Thursday, 6 September 2012

Objektiviti Sejarah

PERSOALAN OBJEKTIVITI, SUBJEKTIVITI, PENGADILAN MORAL DAN SEBAB-MUSABAB DALAM PENTAFSIRAN SEJARAH
Setelah menjalankan penyelidikan, akhirnya sampailah ketikanya untuk membuat pentafsiran terhadapnya. Dan masalah pertama yang harus diperhatikan adalah tentang keterlibatan (involvement) seorang sejarawan terhadap kajiannya, iaitu sama ada dia harus terikat (attached) ataupun terpisah (detached) daripada kajiannya. Dalam hal ini, kita sudah menjelaskan sebelumnya tentang hubungan antara subjek dengan objek. Sesuatu ilmu yang benar-benar tulen dikatakan perlu membuat pemisahan mutlak antara kedua-duanya, yakni antara pengkaji (subjek) dengan kajiannya (objek). Untuk mencapai taraf objektif dan saintifik, seharusnya yang didedahkan hanyalah unsur-unsur yang berkaitan dengan objek. Dengan mengetepikan unsur-unsur yang berkaitan dengan subjek, maka keunggulan (virtue) itu terletak pada adanya pemisahan perasaan subjektif manusia daripada kajiannya.

Dengan memahami konsep subjek dengan objek, atau sifat subjektif dan objektif dalam ilmu, kini sampailah kepada persoalan subjektiviti dan objektiviti dalam sejarah. Dengan konsep subjektiviti di sini, ia bermaksud sejarah sebagai ditulis atau dikisahkan (histoire-recite). Dan dengan konsep objektiviti pula, ia bermakna sejarah sebagaimana terjadinya (histoire-realite). Sesuai dengan konsep dan definisi ini, timbullah dua aliran pemikiran yang cuba mempertahankan keunggulannya masing-masing, iaitu aliran sejarah subjektif dan aliran sejarah objektif.

1.       Objektiviti
Pertama-tama tentang aliran objektif, seperti yang disebutkan dulu, ia muncul berdasarkan tradisi empirisme John Locke dan juga positivisme Auguste Comte yang melihat adanya pemisahan mutlak antara subjek dengan objek. Tradisi inilah yang menjadi asas kepada aliran sejarah objektif yang diperjuangkan oleh Leopold von Ranke (1795 - 1886). Bagi Ranke, matlamat pengajian sejarah adalah untuk menggambarkan kejadian-kejadian "sebagaimana sebenarnya berlaku" (wie es eigentlich gewesen), yang membiarkan fakta-fakta sejarah bercakap dengan sendirinya tanpa penglibatau sejarawan. Inilah juga yang dimaksudkan dengan historisisme, yang menurut Peter Geyl, ia bermakna menjauhkan dirt dari pengadilan, penerimaan atau pengakuan yang tidak ada darjah-darjah kecuali dari apa yang dibekalkan oleh proses sejarah sendiri.

Dengan hasrat untuk melahirkan karya sejarah objektif inilah maka pada tahun 1896 Lord Acton (1834 - 1902) melancarkan projek penulisan 'Cambridge Modern History' yang terkenal itu. Dalam kata­kata aluannya kepada para penyumbang projek ini, belian menegaskan bahawa "we shall avoid needless utterance of opinion or service of a cause. Contributors will understand that our Waterloo must satisly French and English, Germans and Dutch alike; that nobody can tell, without examining the list of authors, where the Bishop of Oxford laid down the pen and whether Fairbairn or Gas quet, Liebermann or Harrison, took it up". Pendeknya, biarlah gambaran para sejarawan tentang sesuatu peristiwa itu serupa sahaja dan memuaskan hati setiap pihak, tanpa sebarang perasaan subjektif atau sikap berat sehelah (bias). Pendirtan seperti ini juga didukung oleh Ratzel, Helmolt, Fustel de Coulanges, Xenopol, dan juga Langlois.

Demikianlah, berkembangnya aliran sejarah objektif adalah berasaskan kepada keyakinan tentang kemampuan memperoleh fakta­fakta sejarah yang muktamad. Malah kecenderungan ini berkait rapat dengan kepercayaan bahawa sejarah ialah sejenis sains, dan kerana itu mampu menghasilkan karya yang bersifat saintifik dan objektif sebagaimana dalam kajian sains tabii.

2.       Subjektiviti
Bagaimanapun semuanya itu tidaklah dapat diterima oleh aliran sejarah subjektif, yang sejak bermulanya penulisan sejarah sehingga kini, ia memang mempunyai pengaruh yang besar dan luas. Malah kenyataan bukan sahaja menunjukkan yang penulisan sejarah subjektif semacam tidak dapat dielakkan (inevitable), tetapi juga dianggap sebagai sesuatu yang penting dan unggul (virtue). ini kerana faktor semula jadi manusia sendiri, yang merniliki nalurt dan kecenderungan memilin dan mernihak kepada sesuatu yang diminatinya atau dianggapnya sebagai penting dan utama. Hakikat inilah yang ditegaskan oleh G. Lichtenherg, seorang filosuf Jerman, bahawa manusia selalu memihak, sekalipun ia tidak memihak, itupun merupakan suatu pilihan. Ia lalu termasuk kelompok orang yang tidak memihak.

Apakah sebab-sebab yang mendorong pembentukan aliran sejarall subjektif ini? Memang banyak sebabnya. Tetapi antaranya adalah kerana faktor nalurt atau kecenderungan semula jadi manusia sendiri yang suka memilin (select) sesuatu yang dianggap penting dan ber­guna, serta mengetepikan (omit) sesuatu yang dianggapnya tidak penting dan tidak berguna.  Di samping itu terdapat pula faktor agama dan ideologi yang membentuk pegangan dan tindakan seseorang. Semakin kuat komitmen manusia kepadanya, maka semakin besarlah kemungkinannya bersikap subjektif. Hasilnya, jadilah tindakan atau penulisannya itu sebagai bersifat memihak, komited dan terlibat (engaged).

Tentang Agama Islam misalnya, sudah ditenrukan bahawa manusia bukan sahaja mempunyai status sebagai Khalifah Allah (wakil Allah) di muka bumi, bahkan juga sebagai Abdullah (Hamba Allah). Sebagai wakil Allah, fungsi manusia adalah untuk melaksanakan tugas memakmurkan muka bumi ini menurut keredaanNya. Sedangkan sebagai hamba Allah, tugas manusia adalah untuk melaksanakan ibadah atau pengabdian dalam pengertian yang seluas-luasnya kepada Allah. Antara tugas dan tanggungjawab manusia Muslim ialah berjihad, yakni menegakkan kalimah atau ajaran Allah di muka bumi, dan juga berdakwah, yakni menyeru manusia ke jalan Allah. Dengan itu seorang intelektual Muslim bukanlah bersifat neutral atau berkecuali, tetapi bersifat functional atau bertanggungjawab melaksanakan kewajipannya itu. Maka tidaklah mungkin seorang sejarawan Muslim yang bertaqwa atau beriman dan beramal salin akan mengabaikan kewajipan berjihad dan berdakwah ini dalam penulisan sejarahnya, walaupun akan dituduh sebagai sejarah propaganda belaka.

Adapun tentang ideologi atau aliran falsafah sekular, antara jenisnya yang banyak mempengaruhi manusia umumnya dan golongan sejarawan khususnya ialah semangat patriotisme dan nasionalisme, disamping relativisme, Marxisme dan Darwinisme (evolusionisme). Tentang nasionalisme misalnya, sebagai ciptaan Barat, ia memperjuangkan kepentingan dan prasangka nasional. Malah ia juga yang melahirkan pendekatan Asia-centric atau Malay-centric, sebagai reaksi terhadap pendekatan Euro-centric atau Anglo-centric.

Tentang relativisme, iaitu keyakinan tentang berlakunya perubahan nilai dengan berubahnya ruang dan waktu, tidaklah dapat dinafikan yang sejarawan turut dipengaruhi oleh iklim pendapat (climate of opinion) atau semangat zamannya (Zeitgeist). Dalam konteks masa kini, sikap 'present-mindedness' menjadikan seseorang sejarawan lebih menekankan keperluan dan kepentingan masa kini. Masalah ini ada kalanya disebut sebagai nunc pro tunc (masa kini untuk masa lampau). Yakni, nilai masa kini menjadi kayu ukur untuk masa lampau. Antara tokoh-tokoh utamanya ialah Carl L. Becker (1873 - 1945) dan Charles A. Beard (1874 - 1948). Bagi Carl Becker misalnya, beliau menganggap bahawa penulisan sejarah ditentukan oleh ahli sejarah sendiri, yang mempunyai akal fikiran, tujuan, pemilihan dan kecenderungan yang berasaskan pengalamannya pada zaman tertentu. Oleh kerana keadaan sosial sentiasa mengalami perubahan, maka kebenaran sejarah pun tidaklah mutlak tetapi relatif atau berubah-ubah. Demikian juga bagi Charles Beard, beliau turut menegaskan bahawa "sejarah ialah pemikiran sezaman mengenai masa lampau". Ia merupakan hasil penulisan ahli sejarah yang mempunyai kepercayaan, nilai-nilai atau prasangka yang dipengaruhi oleh pengalaman zaman tertentu. Sebab itu bagi Beard, Ranke sebenarnya tidaklah menulis sejarah objektif, bahkan cuma menulis sejarah politik sahaja dan malah cuba mempertahankan kepentingan kelas-kelas konservatif yang berkuasa di Eropah.

Dalam konteks ini, Benedetto Croce (1866 - 1952) sendiri pernah menegaskan bahawa "semua sejarah ialah sejarah sezaman". Dan Collingwood yang dipengaruhi olehnya juga menganggap bahawa semua sejarah ialah sejarah pemikiran, yang memerlukan sejarawan menggambarkan kembali dalam fikirannya pengalaman-pengalaman yang lalu (re-enactment of past experience). Untuk melakukan semuanya ini, sejarawan harus memilih (select), menyisip (inter­polate), dan mengkrttik (criticize). Jadi ia tidaklah boleh bergantung pada ingatan dan kewibawaan (memory and authority) fakta-fakta sejarah.  Konsep sejarah seperti inilah yang disebut oleh Louis Gottschalk sebagai "contemporaneity of evidence", cuba diperoleh pengertian oleh sejarawan dengan cara mengkaji sejarah dari sudut masa kini, yang melibatkan peribadi dan pengetahuannya sendiri.

Akibat daripada sebab-sebab tersebut, maka hasilnya lahiriah penulisan sejarah yang bersifat subjektif dalam berbagai-bagai bentuk dan rupa. Pertama, dan segi tujuannya, bagi mereka yang komited terhadap agama atau ideologi tertentu, sudah pasti akan mengambil kesempatan menjalankan dakwah atau propaganda melalui karya-karya sejarah mereka. Dalam pensejarahan Kristian umpamanya, tujuannya tidak lain adalah untuk menegakkan kesucian ajaran Kristian. Dan dalam karya-karya oleh sejarawan Nazi, jelas terpancar tujuannya untuk membuktikan keunggulan bangsa Arya. Sedangkan melalui karya-karya sejarawan Komunis, ia mengandungi propaganda Marxisme dan polisi-polisi Komunisme. Apalagi bagi sejarawan yang bersemangat nasionalisme, maka penulisannya sudah tentu hanya menekankan kepentingan dan keutamaan bangsa. Pendek kata, unsur-­unsur propaganda atau 'partisanship' kelibatannya semacam tidak dapat dielakkan (inevitable) sama sekali.

Memang dari suatu segi sejarah propaganda boleh menjejaskan konsep penulisan sejarah yang saintifik. Tetapi kenyataan menunjukkan bahawa karya-karya sejarah yang paling berpengaruh ialah yang bersifat propaganda.  Misalnya, lihat saja karya klasik Clarendon, History of the Rebellion, atau karya Abbe Raynal, Philosophical History of the Indies, atau karya Henry Wilson, Rise and Fall of the Slave Power in America, serta biografi Frederic Masson tentang Napoleon Bonaparte. Demikian juga karya Vernon L. Parrington, Main Currents of Ame­rican Thought, dan karya Winston Churchill, World Crisis.

Bukan sahaja dan segi tujuannya, bahkan juga dalam aspek-aspek lainnya, turut dipengaruhi oleh sikap subjektif sejarawan, apabila mereka memilih aspek tertentu dan mengetepikan yang lain. Tentang pengertian sejarah misalnya, mereka yang bersikap objektif cenderung memilih pengertian sejarah sebagai kisah-kisah yang berlaku pada masa lampau. Sedangkan mereka yang beraliran subjektif dan relativis menolak takrif konvensional itu, sebaliknya menganggap sejarah sebagai suatu kajian atau penyelidikan yang dilakukan oleh sejarawan. Sebenarnya dengan memilih salah satu antara kedua-dua takrif ini, maka sejak awal-awal lagi seorang sejarawan sudah menonjolkan subjektivitinya. Sebab itulah bagi Carr, setiap percubaan untuk menjawab soalan "apakah sejarah?" maka jawapannya secara sedar atau tidak mencerminkan kedudukan kita pada sesuatu zaman, serta bagaimana tanggapan kita terhadap masyarakat dalam kehidupan kita. Inilah yang disebutkan sebagai “present-mindedness” seperti yang dibahaskan itu.

Lebih-lebih lagi tentang punca atau fakta sejarah, semakin jelaslah menonjolkan subjektiviti sejarawan. Memang bagi Ranke, kita harus percaya kepada bukti atau dokumen sejarah untuk menghasilkan sejarah objektif. Sejarah objektif akan membiarkan dokumen bercakap dengan sendirinya, tanpa memerlukan sebarang penjelasan lagi. Tetapi benarkah dokurnen berupaya menjelaskan segala-galanya, tanpa penglibatan sejarawan? Yang jelas, sejarawan bukan sahaja terpaksa menghadapi bukti sejarah yang terbatas, bahkan juga bukti-bukti yang sudah dipilih atau ditentukan coraknya sejak awal lagi. Realiti sejarah menunjukkan betapa banyaknya bukti sejarah yang telah mengalami penapisan atau kerosakan, terutama oleh golongan yang lebih berkuasa dan kuat. Samalah halnya dengan sistem politik masa kini yang tidak membenarkan penyebaran maklumat yang bertentangan dengan dasar-­dasarnya atas alasan bahawa ia mengancam keselamatan negara (atau keselamatan kerajaan?). Dapatkah suasana pengawalan atau pem­banterasan maklumat atau bukti-bukti sejarah seperti ini mampu menghasilkan sejarah yang objektif dan tepat menurut keadaan sebenamya?

Tidak cukup dengan bukti-bukti yang terbatas atau dibataskan itu, pengaruh subjektiviti sejarawan sendiri menjadikan hasrat melahirkan sejarah objektif semacam impian belaka. Bukti yang sama telah ditafsirkan dengan berbagai-bagai pengertian oleh para sejarawan. Misalnya, lihat sahaja tafsiran yang diberikan terhadap istilah-istilah seperti persamaan (equality) dan kebahagiaan (happiness) yang terkandung dalam Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika tahun 1776. Demikian juga semboyan-semboyan persamaan (equality), kebebasan (liberty), dan persaudaraan yang tercetus dalam Revolusi Perancis 1789. Memang kebanyakan sejarawan cuba memberikan tafsiran terhadap istilah-istilah tersebut persis seperti yang terdapat dalam kamus, atau barangkali lebih mendalam sedikit menurut pandangan falsafah. Malangnya hampir keseluruhan tafsiran sejarawan menyeleweng belaka, lantaran tidak mengenali siapakah sebenarnya tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan Amerika dan juga Revolusi Perancis itu. Sebenarnya hampir keseluruhan angkatan tentera Amerika dan para pemimpinnya seperti Washington, Franklin, Jefferson, John Adams dan lain-lainnya merupakan tokoh-tokoh Freemason yang aktif. Jadi bukan sahaja kelahiran Amerika digerakkan oleh tokoh-tokoh Freemason, bahkan perlembagaan dan juga struktur pentadbirannya juga ialah idea Freemason. Demikian juga tokoh-tokoh Enlightenment yang menggerakkan Revolusi Perancis, seumpama Montesqueiu dan Voltaire, semuanya adalah pendekar Freemason yang kesohor. Sebenarnya semboyan-semboyan tersebut adalah merupakan semboyan asasi Free­mason sendiri (Protocols 1: 25 dan 9: 3), yang maksudnya bukanlah ditujukan kepada semua bangsa atau manusia, tetapi untuk meraih simpati orang terhadap nasib mereka yang terus-menerus dalam keadaan merempat dan tertindasan

Jelaslah bahawa tafsiran sejarawan yang berasaskan sikap subjektif dan kaca mata masa kini (present-mindedness) itu sama sekali tidak secocok dengan perjalanan sejarah yang sebenamya. Walaupun bukti­-bukti dan dokumen sejarah masih tersimpan dengan sempurna sampai kini, namun ia tidaklah mampu bercakap sendiri untuk menjelaskan keadaannya yang sebenar.

Demikian juga apabila sejarawan memilih tema-tema tertentu, maka semakin sukarlah untuk mengelakkan diri daripada bersikap subjektif terhadapnya Sekali lagi faktor agama atau ideologi politik memainkan peranan yang besar dalam menentukan pemilihan atau tekanan kepada tema-tema tertentu.  Seorang sejarawan yang beraliran politik, Whig misalnya tentu akan menekankan konsep liberal dan menentang kuasa mutlak raja. Sebab itulah Herbert Butterfield dalam bukunya, Whig Interpretation of History (1929) telah mendedahkan kesilapan konsep "history as a history of liberty" tersebut. Seorang sejarawan Marxis pula lebih tertarik kepada tema-tema seperti, keruntuhan sistem feudalisme, kebangkitan sistem kapitalisme, imperialisme moden, perjuangan kelas buruh, gerakan petani, penyamun sosial, gerakan wanita dan revolusi. Sedangkan seorang sejarawan nasionalis tentu­nya lebih gemar menekankan tema anti-kolonialisme dan gerakan nasionalisme. Atau lebin jauh dari itu, ditekankan tentang kegemilangan masa lampau bangsa pribumi sebelum kedatangan penjajah, seperti yang dilakukan oleh Abdul Hadi Hassan dalam karya besarnya, Sejarah Alam Melayu. Atau bagi sejarawan yang menyokong kerajaan nasional, tema-tema yang dipilihnya sudah tentu yang secocok dengan gagasan dan wawasan kerajaan.

Masalah tentang tema atau pokok persoalan (subject matter) dalam sejarah tidak syak lagi melibatkan unsur nilai dan falsafah hidup manusia itu sendiri. Sejarawan yang mementingkan politik sudah tentu akan menekankan persoalan politik dalam penulisannya. Demikian juga yang mementingkan ekonomi, atau kebudayaan, atau pemikiran dan sebagainya, sudah tentu turut mempengaruhi penulisan sejarahnya. Apalagi sejarawan yang mengutamakan kerohanian dan akhlak, tentu sekali akan membesar-besarkan persoalan-persoalan seperti ini.

Kedudukan ini akan menjadi semakin ketara apabila sejarawan memilih pendekatan tertentu dalam penulisannya. Seorang sejarawan Marxis terutamanya, sudah tentu lebih tertarik kepada model Marxis, samalah seperti seorang sasterawan Marxis juga akan menulis dari sudut pendekatan ini. Seperti yang disebutkan oleh E. Hobsbawm, walaupun ada sejarawan yang menggunakan teori Marx secara menyeluruh sebagai suatu model yang lengkap, tetapi kebanyakannya menggunakan unsur-unsur tertentu sahaja daripada teori Marx secara 'vulgar' dalam kajian sejarahnya. Melalui penulisan ala-vulgar Marxis ini, maka jadilah sejarah ditafsirkan menurut falsafah Marx. Misalnya dalam persoalan penyebaban (causation) dalam sejarah, maka faktor ekonomilah yang dianggap dominan dalam menentukan perjalanan sejarah. Situasi yang sama juga berlaku bagi sejarawan yang tanpa sedar dipengaruhi oleh pendekatan vulgar Darwin, yang membahaskan perkembangan sejarah berasaskan konsep evolusi yang bermula dengan Zaman Prasejarah atau Zaman Batu. Sebaliknya bagi sejarawan yang menggunakan pendekatan Islam, walaupun faktor ekonomi tidaklah ditolak sebagai di antara sebab berlakunya sesuatu, namun sebab asasinya ialah Allah sendiri. Dan permulaan sejarah manusia pula bukannya dari pertngkat manusia-haiwan pada Zaman Batu, tetapi dan manusia istimewa yang berpangkat nabi, iaitu Adam.

Kemudiannya apabila sampai kepada persoalan pengadilan moral (moral judgement) dalam penulisan sejarah, sudah pasti golongan sejarawan yang dipengaruhi agama atau ideologi tertentu tidak dapat bersikap neutral, sebaliknya akan menjadi terlibat (involved) dan komited di dalamnya. Arnold Toynbee misalnya, walaupun merupakan seorang tokoh sejarawan moden yang terkemuka, namun tetap berpegang kuat kepada ajaran-ajaran moral Kristian. Sebab itulah dia menganggap yang penyingkiran orang-orang Arab Palestin oleh Israel itu sama ganasnya den gan pembunuhan enam juta Yahudi oleh golongan Nazi.

Demikianlah, boleh dikatakan yang sejarah subjektif atau yang bersifat terlibat itu tidak dapat dielakkan (inevitable) sama sekali. Dan dengan itu pula matlamat melahirkan sejarah objektif dan neutral hampir-hampir menjadi semacam impian (ideal) belaka. Bagaimana­pun terdapat kalangan sejarawan yang tetap mempertahankan keunggulan sejarah objektif. Dalam hal ini mereka menolak konsep objektiviti seperti yang dipakai dalam falsafah atau sains tabii, yang melihat adanya pemisahan mutlak antara subjek dengan objek. Sekiranya konsep objektiviti yang ketat dalam falsafah itu dipakai dalam sejarah, sudah tentu tidak akan wujud penulisan sejarah yang objektif. Justeru itu konsep objektiviti dalam sejarah hams lebih longgar dari itu, secocok dengan kenyataan hidup dan pemakaian bahasa harian.

Ada dua aspek objektiviti yang cuba dipakal dalam sejarah. Pertama, objektif dari segi fakta sejarah, ia diukur berdasarkan ketepatau dan kejituannya. Jadi, seperti yang disarankan oleh Ranke sebelumnya, yang dikatakan sejarah objektif itu tidak lain ialah penulisan yang berdasarkan fakta atau kenyataan sejarah yang sebenarnya. Nampaknya konsep objektiviti seperti ini tidak begitu diterima oleh sejarawan kerana ia masib bertolak daripada konsep dikotomi antara subjek dengan objek. Padahal, seperti yang dijelaskan tadi, konsep pemisahan mutlak seperti yang dipakai dalam falsafah atau sains tulen itu dianggap kurang secocok dengan pemakaiannya dalam sejarah.

Dengan menolak aspek objektiviti dari segi fakta itu, lalu disarankan bahawa aspek objektiviti dalam sejarah seharusnya dilihat dari segi pentafsiran sejarawan sendiri yang bersifat adil dan jujur atau dalam erti kata yang lain, bersikap neutral atau tidak memihak dan berat sebelah. Misalnya, kalaupun seseorang sejarawan itu menganut agama atau ideologi tertentu, namun kalau pentafsirannya bersifat neutral, yakni tidak memihak kepada keyakinannya sendiri, maka itu sudah dianggap sebagai objektif. Bagaimanapun, seperti yang dihujahkan sebelumnya, alangkah sukarnya bagi sejarawan yang komited dengan agama atau ideologi tertentu itu untuk bersikap neutral dalam menghadapi isu-isu yang menyentub keyakinannya. Lagipun, bukankah neutralisme itu send in termasuk sejenis sikap subjektif juga?  Seseorang yang tidak berpihak itu juga bererti memilih sikap tertentu dan menolak sikap-­sikap lain. Malah neutralisme itu sduah merupakan suatu aliran faham yang tersendiri dan mandiri, samalah seperti aliran-aliran pemikiran lainnya.

Dengan anggapan bahawa sejarah subjektif sebagai tidak dapat dielakkan itu tidaklah bererti yang sejarah objektif tidak dapat dicapai sama sekali. Dalam batas-batas yang tidak bercanggah dengan agama atau ideologi yang diyakini, memang kita harus bersikap optimis untuk melahirkan penulisan sejarah yang objektif, adil dan jujur.

Pengadilan Moral
Dengan menolak objektiviti dan menerima subjektiviti dalam sejarah, maka dengan sendirinya seorang sejarawan kelihatan semacam cuba memihak atau bersikap berat sebelah dalam kajiannya. Dari sinilah pula lahirnya masalah penilaian etik atau pengadilan moral (moral judgement), iaitu apabila sejarawan didapati dengan sengaja atau tidak sengaja menilai atau menghukum sesuatu, baik dengan memuji atau mengejinya, dengan menggunakan perkataan-perkataan seperti balk, mulia, kejam, ganas, atau label-label yang digunakan oleh media Barat terhadap setengah golongan Muslim seperti terrorist, aggresor, ex­tremist, separatist, fanatic, militant dan lain-lainnya. Sejauh manakah terdapat persetujuan di kalangan ahli sejarah tentang penerapan pengadilan moral dalam sejarah?  Sama seperti isu-isu sebelumnya, ternyata kalangan sejarawan sekular terus berbentur pendapat dalam menghadapinya, malah sentiasa berkonflik dalam mencart kepastian tentangnya. Dan dalam hal ini, terdapat dua aliran pemikiran yang bertentangan, iaitu golongan yang menerima dan golongan yang menolak kehadiran pengadilan moral dalam sejarah.

1.       Konservatif
Pertama sekali bagi golongan yang menerimanya, sebagai aliran konservatif, kemunculannya boleh dikatakan bermula dengan kemunculan kesedaran tentang sejarah itu sendiri. Dan dalam hal ini, Herodotus sendiri dikatakan telah merintis jalan melakukannya, den gan cara memuji kemenangan Greek dalam pertempuran di Marathon dan Salamis, serta menganggap Athens sebagai penyelamat negara-negara Greek. Sebaliknya dia menuduh raja-raja Farsi sebagai angkuh, kejam dan ganas kerana tindakan mereka menakiuki Greek. Bagaimanapun ada juga ketikanya dia menyesali tindakan Athens yang menyokong pemberontakan Jonia, serta memuji keberanian askar-askar Farsi sekalipun tewas dalam pertempuran Salamis. Dalam hal ini Herodotus didakwa sebagai dipengaruhi oleh tradisi epik sejak Homer, dengan menjadikan karya sejarahnya untuk memaparkan keberanian dan keperwiraan orang-orang Greek yang berjaya mempertahankan maruah dan kedaulatau mereka daripada serangan musuh yang lebih besar.

Tentang Thucydides, memang beliau dikatakan menekankan soal objektiviti dalam kajiannya, bahkan tidak pula melakukan pengadilan moral dalam karyanya itu. Bagaimanapun pendiriannya yang menyalahkan jeneral-jeneral Athens itu menimbulkan tuduhan di kalangan penulis Athens sendiri bahawa beliau adalah seorang pengkhianat negara.

Dengan kebangkitan pensejarahan Rom, unsur pengadilan moral telah dipergunakan dengan seluas-luasnya. Livy umpamanya, telah memuji zaman Rumawi kuno kerana masyarakatnya memuliakan nilal­nilal utama Rumawi (virtus Romana), sebaliknya mengutuk zaman kerana masyarakatnya mengabaikan kod etika itu. Demikian juga dia memuji zaman lama yang mengamalkan sistem republik yang menjaga hak asasi rakyat. Sebaliknya Tacitus mengutuk sistem diktator yang diamalkan oleh maharaja- maharajanya. B aginya, fungsi terpenting sejarah ialah mengenang jasa-jasa daripada dilupakan, serta mengelak daripada celaan dan kutukan anak-cucu. Demikian juga Plutarch, turut menekankan persoalan moral dalam karyanya Parallel Lives, bahkan berjaya pula dalam usahanya itu. Memang jika diamati, terdapat sifat kebangsaan di kalangan sejarawan Rom itu, oleh kerana mereka gemar memuji bangsa Rom sebagai bangsa yang terbaik, dan sebaliknya mengeji atau mengecilkan bangsa-bangsa lain. Tetapi pada umumnya tindakan ini lebih merupakan cara untuk membimbing masyarakat Rom ke arah suatu keadaan atau sifat yang mulia.

Adapun tentang sejarawan Krtstian pada Zaman Pertengahan, tidak syak lagi merekalah yang paling banyak mengamalkan pengadilan moral, sejajar den gan peranan mereka sebagai tokoh-tokoh agama yang bertanggungjawab mengajarkan moral kepada para penganutnya.

Bagaimanakah situasinya pada Zaman Moden ini? Sebenarnya pada zaman inilah pengaruh pengadilan moral mulai dipertikaikan, walaupun kelihataunya aliran konservatif masih kuat pengaruhnya. Misalnya, tokoh-tokoh Sejarawan be sar abad ke- 18 seumpama Gibbon, Hume, Rollin, Robertson, Raynal dan Voltaire, semuanya menerima konsepsi Bolingbroke bahawa sejarah ialah pengajaran falsafah melalui teladan philosophy teaching by example), dan golongan sejarawan bertanggungjawab mengajarkannya. Malah pada abad ke-19 juga, terutama di England pada zaman Queen Victoria (1837 - 1901), ia me­rupakan zaman moraliti, atau moraliti merupakan semangat zaman­nya (zeitgeist), hingga pengaruhnya meliputi setiap bidang kehidupan dan ilmu pengetahuan. Pada zaman inilah terkenalnya gaya Victoria (Victorian style), dengan tokoh-tokoh sejarawan yang juga merupakan pemimpin moral, yakni memainkan dua peranan sekaligus.

Antara tokoh sejarawan lnggeris pada zaman Victoria itu ialah Thomas Carlyle, yang mana seperti John L. Motley, menganggap bahawa pengadilan moral bukan sahaja merupakan kecenderungan setiap orang, bahkan merupakan kewajipan yang tertinggi. Namun tokoh  yang paling jelas komitmennya kepada fungsi moral dalam sejarah ialah Lord Acton, yang pada tahun 1895 dilantik sebagai Regius Professor di Universiti Cambridge.  Baginya, walaupun pendapat­pendapat berubah, tabiat-tabiat berubah, kepercayaan-kepercayaan timbul dan tenggelam tetapi hukum moral telah diukirkan di atas kepingan logam yang abadi (Opinions alter, manners change, creeds rise and fall, but the moral law is written on the tablets of eternity). Bukan sahaja tokoh-tokoh tersebut, bahkan tokoh-tokoh kontemporari seumpama Isaiah Berlin, Veronica Wedgwood, dan Arnold Toynbee, semuanya menekankan kepentingan dan kewajipan moral dalam sejarah. Tentang Arnold Toynbee misalnya, baginya pengusiran orang-orang Arab dari Palestin oleh orang-orang Yahudi itu sama besar jenayahnya dengan pembunuhan enam juta orang-orang Yahudi oleh Hitler. Dan sama seperti semangat Isaiah Berlin dalam syarahannya yang berjudul "Historical Inevitability", Adrian Oldfield juga dalam rencananya yang bertajuk "Moral Judgements in Histoty" menganggap bahawa masalah pengadilan moral tidak dapat dielakkan (inevitable) dalam penulisan sejarah.

2.    Progresif
Sesuai dengan ciri konflik yang terdapat dalam aliran sekular tersebut, maka timbullah reaksi terhadap golongan konservatif. ini bermula dengan kemunculan konsep sejarah saintifik atau objektif yang dipopularkan oleh Leopold von Ranke (1795 - 1886) pada abad ke-19. Bagi Ranke, oleh kerana matlamat kajian sejarah adalah untuk memaparkan perkara yang sebenarnya berlaku, maka unsur pengadilan moral haruslah diketepikan kerana ia bukanlah tugas ahli-alili sejarah. Penulisan sejarah objektif tidak dapat dicapai sekiranya ahli sejarah dipengaruhi oleh pengaruh atau nilai sezaman (zeitgeist).

Sebagai aliran progresif dan pragmatik, golongan ini memang menarik perhatian sejarawan yang cuba mempertahankan sejarah sebagal suatu disipin yang tersendiri dan terpisali daripada disiplin­disiplin lain. Bagi Herbert Butterfield misalnya, beliau berpendapat bahawa  pengadilan moral adalah tidak bersangkut-paut dengan penyiasatau  (sejarah) dan asing kepada ruang intelek sejarah saintifik. Sedangkan bagi G. Kitson Clark pula, adalah lebih balk jika ahli sejarah cuba memahami dan menjelaskan sesuatu daripada bertindak sebagai seorang hakim. Masalah-masalah moral terpisah daripada sejarah, dan kerana itu sebaiknya diserahkan sahaja kepada golongan lain, seperti ahli agama, ahli falsafah atau ahli perundangan.

Jadi berdasarkan pandangan golongan progresif tersebut, terdapat dua alasan utama kenapa mereka menolak pengadilan moral. Pertama, kita tidak dapat menerapkan  pengadilan moral dalam sejarah, justem nilai-nilai adalah bersifat relatif atau berubah-ubah menurut ruang dan waktu. Kita mungkin boleli menerima sesuatu yang berasaskan fakta­-fakta yang bersifat objektif, tetapi tidak dapat menerima tafsiran­tafsiran  yang bersifat subjektif. Seperti yang dijelaskan sebelumnya, tafsiran sejarah biasanya dipengaruhi oleh nilai-nilai tertentu. Bagi golongan progresif, oleh kerana nilai-nilai ini berbeza-beza dan henibah­ubah, sudah tentu tidak dapat dikenakan pada setiap masa dan tempat. Lagipun, masa lampau sudahpun berlalu, dan tidak ada lagi pada masa kini untuk diadili. Yang berialu biarlali berlalu, dan tidak perlu dihakirni lagi. Lagipun, apakah faedahnya mengadili masa lampau dalam pengajian sejarah saintifik?

Yang kedua, sejarah sebagai suatu disiplin ilmu yang kbusus dan tersendiri tidak harus bercampur-aduk atau bersatu dengan bidang­bidang lain, seperti agama atau moral. Biarlah masalah sejarah diserahkan kepada ahli-ahli sejarah sahaja, dan masalah agama dan moral diselesaikan oleh ahli-ahli agama dan moral. Setiap bidang mempunyai ahli-ahlinya sendiri, serta memainkan peranan dalam lingkungannya masing-masing. Dalam erti kata yang lain, hujah-hujah golongan progresif ini adalah berasaskan nilai-nilai relativisme dan dual isme.

Bagaimanapun, pendirian golongan progresif ini ternyata tidak dapat bertahan. Mengenai hujab pertama uuipamanya, benarkali yang ada cuma nilal-nilal relatif?  Dalam pengajian etika atau moral, kita mengetahui adanya dua sistem, iaitu etika deskrtptif dan etika normatif. Etika deskriptif merupakan kaj ian tentang berbagai-bagai Si stem moral yang wujud dalam sejarah, tanpa membuat penilaian atau pengadilan terhadapnya. Dan kerana banyaknya sistem yang ada, dan berbeza pula antara satu dengan yang lain, maka timbullah anggapan babawa nilai itu bersifat relatif. Antara sebab utama timbulnya perbezaan sistem moral ini terletak pada matlamat terakhir atau tertinggi (summum bonum) yang ingin dicapai, misalnya apakah yang dianggap paling bemilai di sisi manusia. Ada yang berpegang pada matlamat 'kelazatan' (hedonism), atau 'kegunaan' (utilitarianism), atau kemajuan progress), kesempurnaan (perfect), dan sebagainya. Pendek kata, setiap golongan atau aliran mempunyai summum bonum yang tersendiri.

Tetapi di samping etika deskrtptif yang bersifat relatif, terdapat pula etika normatif yang bersifat absolut (ethical absolutism). Berbeza daripada yang pertama, etika normatif bukan sahaja cuba menilai atau mengadili sistem-sistem moral yang ada, bahkan mencadangkan sistem moral alternatif yang dianggap terbaik, standard dan universal. Misalnya terdapat etika perubatan atau perundangan yang dipatuhi oleh para pengamal profesion ini. Ataupun ajaran-ajaran tertentu yang diterima semua agama dan ideologi, seperti ikhlas, amanah, pemurah dan sebagainya. Nilai-nilai yang absolute atau abadi inilah yang dikenali sebagai philosophia perennis, iaitu kebenaran yang abadi dan tidak berubah yang diketahui secara menyeluruh.

Bukan sahaja dalam falsafah etika, bahkan dalam agama Islam sendiri terdapat ajaran yang bersifat absolute dan juga yang bersifat relatif. Ajaran-ajaran yang absolute atau kekal itu dikenali sebagai Qat'iyyah, yakni jelas dan tegas, atau al-ma'lum mm ad-dini bi al­darurat, yakni yang dikenali dan diketahui umum. Sedangkan ajaran-­ajaran yang relatif disebut sebagai Zanniyah atau ijtihadiyah yakni kurang jelas serta berbeza-beza. Sekiranya ajaran-ajaran Qat'iyyah itu berdasarkan Nas-Nas al-Quran dan Hadis secara jelas dan terang, tetapi ajaran-ajaran Zanniyah lebih merupakan prinsip-prinsip umum melalui ijtihad para ulama. Walaupun ia merupakan ijtihad, namun ia tetap merupakan hukum yang pasti selagi tidak terdapat ijtihad lain yang membatalkannya.

Jelaslah bahawa baik di dalam falsafah mahupun di dalam agama Islam terutamanya, terdapat pengakuan tentang wujudnya nilai atau ajaran-ajaran yang bersifat absolute dan relatif. Dan khusus dalam sejarah sendiri, Lord Acton juga menekankan kepentingannya kerana memang terdapat yang disebutnya nilai-nilai ulung atau kanun moral am. Dengan mengutuk perbuatan-perbuatan jenayah, dapatlah sejarah menjadi pedoman kepada manusia dan dapat membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sempurna.

Selain itu, konsepsi relativiti itu sendiri mengandungi unsur-unsur destruktif di dalam dirinya sendiri. Dari segi logiknya, sekiranya segala sesuatu itu bersifat relatif, maka konsep relativiti itupun seharusnya bersifat relatif juga. Sekiranya unsur absolute dalam sejarah ditolak, maka unsur relativiti yang absolute juga tertolak. Pendeknya, seperti hukum dialektika Hegel, tidak ada tesis (idea) yang kekal, kerana pasti ada antitesisnya. Dan hasilnya dalam bentuk sintesis itu sendiri merupakan tesis baru, yang akan ada pula antitesisnya. Demikianlah seterusnya. Jadi yang dikatakan doktrin relativiti  itu juga dapat berubah.

Kemudiannya tentang hujah yang kedua, iaitu konsep ilmu yang bersifat dualistik atau terpisah dengan yang lain-lainnya, tidaklah dapat diterima oleh perkembangan ilmu yang semakin menuju ke arah rapprochement atau kedekatan antara satu sama lain. Berbalik kepada konsep disiplin, telah kini sudah dicabar oleh konsep inter-disiplinari. Dan yang dikatakan sifat autonomi ilmu itu kini sudah dicabar oleh sifat heterenomi ilmu. Jika semuanya ini dikaitkan dengan ajaran Islam, ternyata sifat dualisme ilmu itu tidak ada tempatnya sama sekali, oleh kerana Islam me­ngajarkan konsep ilmu yang bersepadu (integrated) dengan Aqidah, Syariat dan Akhlak atau moral. Jadi dalam hubungannya dengan pengadilan moral ini, sudah tentu sejarah tidak dapat dipisahkan dengan ajaran moral.

Sebenarnya konsep ilmu yang bersepadu ini adalah bertolak daripada masalah fungsi atau tugas sejarawan itu sendiri. Jika bertolak daripada konsep sejarah saintifik, maka tugas sejarawan tidak lebih cuma memaparkan apa yang menjadi kenyataan (is = das Sein = ma huwa al-ka 'in). Tetapi bagi golongan yang komited, mereka lebih menekankan apa yang seharusnya terjadi (ought = das Sollen = ma yajibu an-yakuna). Atau seperti yang pernah dikatakan orang, bahawa seorang ilmuan adalah terikat dengan fakta, tetapi seorang cendekiawan dapat memberi pandangan dan saranan. Menurut istilah Profesor Dr. Hamka, seorang "akademisi" (lepasan universiti) hanya berfikir apa yang ada, yakni terikat dengan fakta. Tetapi seorang "akademisu" (lepasan surau) berfikir menurut apa yang mestinya, dan terikat dengan cita-cita dan perjuangan. Jelasnya, terdapat apa yang dikatakan sebagai tanggungjawab atau kewajiban moral (moral obligation) bagi seseorang cendekiawan atau "akademisu".

Di sinilali timbulnya penentangan Herbert Butterfield terhadap pengadilan moral. Baginya, peranan ahli sejarah hanyalah mengisahkan sesuatu peristiwa itu dengan jelas sebagaimana adanya, dan terpulanglah kepada pembaca untuk mengadili baik-buruknya. Tetapi sebagaimana ditegaskan sebelumnya, konsep ilmu yang bersepadu menuntut sikap fungsional dan bukannya neutral bagi seorang ilmuan atau cendekiawan. Lebih-lebih lagi bagi cendakiawan Muslim, terdapat tugas asasi sebagai seorang pendakwah untuk melaksanakan kewajiban menyeru ke arah kebaikan dan melarang keburukan.

Sebenarnya hujah-hujah golongan yang menolak pengadilan moral itu lebih bersifat teoritikal, oleh kerana dari segi praktiknya, hampir tidak ada orang yang bebas daripada tindakan mengadili sesuatu. Mungkin pengadilan moral secara terbuka atau terang-terangan tidak dilakukannya, iaitu tidak memakai istilali-istilah seperti ganas, kejam, bijaksana, dan sebagainya. Namun ia tidak dapat mengelakkan diri daripada mengadili sesuatu secara tersembunyi iaitu melalui pemilihan tema dan persoalan, pemilihan fakta-fakta, penggunaan gaya bahasa, dan sebagainya. Pendeknya, sekiranya secara terbuka mereka mendakwa bersikap objektif, tetapi secara tersembunyi dia tetap dipengaruhi oleh sikap subjektif.

Selain itu, patut juga diperingatkan bahawa tuntutan agar pihak lain tidak melakukan pengadilan moral itu sebenarnya akan pendakyah yang memperalatkan sejarah untuk matlamat buruk mereka. Mereka cukup menyedari  bahawa sejarah merupakan senjata yang paling berkesan untuk mencapai matlamat mereka. Sebab itu mereka segera mengeksploitasinya, sepertimana yang dilakukan oleh Hitler dan pembantunya, Goebbels. Jadi jikalau tidak dibantah tindakan pengadilan moral yang buruk dengan pengadilan moral yang baik, maka sudah tentu yang buruk akan terus bermaharajalela dan berpengaruh. Sudah terlalu banyak ilmu yang membawa kebinasaan, di samping banyak pula yang membawa kemanfaatan. Ilmuan yang bermoral sudah tentu akan membawa ilmunya ke arah tujuan yang bermoral pula, bukannya dengan bersikap neutral atau berkecuali yang hanya menguntungkan kaum oportunis tersebut.

Kalau benar pengadilan moral itu tidak dapat dielakkan, dan malah perlu untuk menegakkan kebaikan dan membanteras  keburukan, masalahnya ialah tindakan manakah yang boleh atau perlu diadili? Pertama sekali, pengadilan moral hanya dilakukan terhadap tindakan yang disengajakan atau diniatkan, bukannya yang berlaku secara tidak sengaja. Dengan prinsip ini, tidaklah dijatuhkan pengadilan moral ke atas orang yang tidak siuman, atau orang yang dipaksa melakukannya. Unsur sengaja atau dengan kesedaran penuh ini adalah kriteria asas untuk mengadili sesuatu, iaitu sama ada dipuji atau dikeji.

Yang keduanya, pengadilan moral bukan sahaja dilakukan berdasarkan niat atau tujuannya, bahkan juga pada cara tindakannya itu. Memang dalam hal ini ada sejarawan yang tidak mementingkan niat atau tujuan yang buruk, asalkan perbuatannya itu membawa kebaikan kepada orang ramai. Demikian juga mereka cuba memaafkan cara dan tindakan seseorang yang zalim dan kejam, semata-mata kerana dikatakan niat atau tujuannya baik. Jadi asalkan salah-satunya baik, iaitu sama ada tujuan atau caranya, cukuplah untuk mendapat pujian daripada sejarawan.

Dalam menghadapi kes ini sebenarnya terdapat dua jenis pengadilan yang harus diambilkira, iaitu pengadilan sekular dan pengadilan teologi. Dalam pengadilan sekular, barangkali puji-pujian seperti yang diberikan itu dapat dibenarkan. Tetapi dalam pengadilan teologi (Islam), ia melibatkan persoalan pahala dan dosa. Misalnya, walaupun pada zahirnya perbuatan seseorang itu membawa kebaikan dan kebajikan kepada orang ramai, tetapi dia tetap berdosa sekiranya niat atau tujuannya buruk, iaitu tidak dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata, sebaliknya kerana dorongan-dorongan lain. Demikian juga, walaupun niat atau tujuannya baik, tetapi cara perbuatannya salah dan mungkar, maka dia tetap dikira berdosa. Menurut kaedah Fiqh Islam, sekadar niat yang baik tidaklah dapat menghalalkan perbuatan yang haram (al-niyat al-hasanat la-tubarir al-haram). Syariat Islam tidak membenarkan prinsip Machiavellianisme yang menghalalkan setiap cara untuk mencapai tujuan (The end justifies the means).  Setiap tujuan yang baik harus dicapai dengan cara yang baik pula.

Penyebaban (Sebab-Musabab)
Antara masalah besar dalam pentafsiran sejarah yang sejak lama menimbulkan kontroversi adalah tentang penyebaban (causation), iaitu tentang sebab-musabab berlakunya sesuatu kejadian tertentu. Dalam sejarah, masalah penyebaban timbul melalui usaha untuk menjelaskan lagi perjalanan sejarah secara kritis. Jelasnya, penjelasan (explanation) sejarah melibatkan kajian tentang sebab-musabab atau punca-punca terjadinya sesuatu peristiwa itu. Jadi sejarah tidak setakat penceritaan secara naratif sahaja, bahkan juga penjelasan dan analisis tentang sebab-sebabnya.

Memang dari segi tertentu, tidak selalunya penjelasan sejarah melibatkan kajian sebab-musabab, walaupun kajian sebab-musabab dapat menjelaskan sejarah. Ini kerana seperti kata William H. Dray, ada kalanya kita tidak bertanya "mengapa" (yakni sebab-sebabnya) tetapi "bagaimana" sesuatu kejadian itu berlaku. Malah bagi Michael Oakeshott, semua pertanyaan mengenai sebab itu sebetulnya merupakan pertanyaan mengenai "bagaimana". Dan sama seperti Dray dan Oakeshott, D.H. Porter juga melihat penjelasan sejarah sebagai suatu jawapan terhadap pertanyaan mengenai "bagaimana" berlakunya sesuatu. Jadi yang dibangkitkan bukannya sebab-sebabnya, tetapi proses atau selok-belok terjadinya sesuatu. Pendeknya, setengah pihak tidak mengambil pusing tentang sebab-musababnya, malah menganggapnya sebagai kurang penting dalam menjelaskan sesuatu.

Selain itu, ada juga pihak yang kelihatannya semacam mengambil mudah sahaja terhadap persoalan ini, dengan cara memberi jawapan yang berbentuk simplistik terhadap pertanyaan tentang sebab-­musababnya. Misalnya, jawapan-jawapan yang diberikan itu dengan mudah dikatakan sebagai kebetulan (chance, accident) sahaja, tanpa memerlukan penelitian yang serius terhadapnya. Penjelasan simplistik ini pernah juga disebut oleh J.B.Bury sebagal teori hidung Cleopatra (Cleopatra's Nose) yang dikatakan cukup mengesankan bagi Mark Anthony, hingga menentukan arus sejarah. Andaikata hidungnya tidak mempersonakan, tentulah Mark Anthony tidak akan tertarik kepada­nya, dan akibat Peperangan Actium serta nasib dunia keseluruhannya akan menjadi berlainan.

Bagaimanapun penjelasan simplistik ini ada kalanya juga muncul dalam bentuk ilmiah, iaitu sebagai suatu aliran pemikiran yang eksklusif. Dan yang terpenting sekali melalui teori Darwinisme atau evolusionisme, yang mengajarkan tentang kejadian-kejadian yang wujud secara kebetulan sahaja. Kemudiannya terdapat pula teori sejarah menurut Jean Paul Sartre, bahawa kewujudan sesuatu itu tidak mem­punyai sebab atau alasan atau keperluan. Malah pernah juga dikatakan yang sejarawan Jerman yang terkemuka, Friedrich Meinecke, turut tertarik kepada peranan kebetulan ini dalam sejarah.

Di samping semuanya itu terdapat juga penolakan terhadap konsep penyebaban ini lantaran keakuran hubungannya dengan akibat. Yakni, hubungan di antara sebab dan akibat dianggap tidak jelas, dan malah sengaja dipenggal-penggalkan sahaja. Masa lampau sendiri tidak me­ngenai perbezaan-perbezaan, atau penggalan-penggalan antara sebab dan akibat. Sebab itulah tokoh sejarawan seumpama Geoffrey Barraclough sampai menyarankan agar sejarawan seharusnya tidak lagi menekankan masalah sebab-sebab, sebaliknya tumpukan sahaja kepada akibat-akibatnya. Penyebaban atau sebab-sebab adalah milik sejarah, sedangkan akibat atau natijahnya adalah milik kita kini. Pe­nyebaban atau motif adalah tersembunyi dalam diri manusia, yang mana hanya Tuhan jua yang dapat mengetahuinya. Sedangkan kesan atau natijahnya dapat disaksikan sampai kini. Let Bygones Be Bygones.

Betapapun juga wujudnya sikap massa bodoh atau penolakan terhadap penjelasan tentang sebab-musabab ini, ternyata sekali yang ia cuma mewakili segelintir manusia sahaja. Sebetulnya manusia dalam keadaan biasa (normal) dan waras tidak akan mempertikaikan lagi tentang wujud atau tidaknya sebab-musabab sesuatu itu. Yang dipertikaikan sejak lama hanyalah pada jenis sebab-musababnya, atau sebab-sebab yang lebih penting dan utama.  Di sinilah timbulnya berbagai-bagai bentuk aliran fahaman di kalangan sejarawan, yang melahirkan berbagai-bagai bentuk tafsiran pula tentang sejarah.

1.    Sekular
Pada umumnya terdapat dua aliran besar tentang masalah penyebaban dalam sejarah, iaitu aliran sekular dan aliran teologi. Pertama sekali mengenai aliran sekular, cirinya yang utama ialah konflik atau pertentangan pendapat tentang hierarki sebab-musababnya (hierarchy of causes). Dalam bentuknya yang ekstrim, terdapat kecenderungan untuk menonjolkan faktor tertentu sahaja sebagai faktornya yang asasi dan terpenting (linear causation). Tanpa syarat mutlak tertentu (conditio sine qua non), tidaklah akan terjadi perkara-perkara lain.

Dari segi unsur-unsurnya, penyebaban yang bercorak sekular ini menjelaskan sebab-sebab yang dikaitkan dengan alam tabii dan lebih-­lebih lagi dengan manusia. Dalam hubungannya dengan alam tabii, menurut perspektif antropologi, agama primitif dikatakan bermula dengan kepercayaan animisme dan dinamisme, yang melihat gejala alam sebagai penentu baik-buruk nasib manusia. Sebagai agama alam (natural religion), ia cuba mencari keterangan dan penjelasan tentang sesuatu perkara itu pada gejala-gejala alam tabii. Jadi walaupun pada dasarnya ia merupakan agama atau kepercayaan, dan bukannya sekular, namun cara penjelasannya itu menonjolkan watak sekular.

Ciri yang sama juga dapat dibandingkan dengan kepercayaan kepada sistem geomancy, terutama geomancy China yang dikenali sebagi feng shui (angin dan air). Menurut kepercayaan tradisi ini, hidup manusia akan berada di dalam kesenangan dan kekayaan jika sentiasa dalam keadaan harmoni atau seirama (in tune) dengan alam dan per­sekitaran. Sebarang sikap atau tindakan yang bertentangan dengan sifat dan perialanan alam sekitar itu nescaya akan membawa kesusahan dan kesengsaraan pada manusia. Pendeknya, penjelasan tradisi China tentang sebab-musabab berlakunya sesuatu pada diri manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan peraturan alam tabii dan persekitaran.

Pada Zaman Moden, tokoh terkenal yang menekankan kepentingan alam sebagai faktor penyebab dalam sejarah ialah Mostesquieu. Baginya, alam atau persekitaran menentukan kehidupan manusia. Demikian juga Abbe Raynal, turut menekankan kepentingannya untuk menjelaskan keterbelakangan orang-orang Amerika. Dan selepasnya ramailah para sarjana yang mendengungkan peranan besar iklim atau geografi sebagai penentu nasib manusia, seperti Alexander von Humboldt dan Henry T. Buckle, Richard Green dan Friedrich Ratzel,  Frederick J. Turner dan Brooke Adams.  Ratzel umpamanya, telah menulis sebuah buku yang berjudul Anthropogeography atau Outline of the Influences of the Geographical Environment upon History (1882). Dengan menyebutkan peranan alam di sini bukan sahaja dimaksudkan pada alam atau persekitaran, bahkan juga pada yang disebut sebagai "bencana-bencana alam" (natural disasters) seumpama kemarau, banjir, ribut taufan serta mala petaka yang datang daripada haiwan dan tumbuh-­tumbuhan, dan sebagainya lagi. Dalam erti kata yang lain, terdapat kuasa atau tenaga "impersonal" yang memainkan peranan yang me­nentukan terhadap arah dan perjalanan sejarah manusia. Dan kuasa atau tenaga alam ini berlaku secara tabii, bukannya ditentukan oleh sebarang kuasa lain seperti yang diyakini oleh orang-orang agama. Yakni, ia bersifat natural, bukannya bersifat supernatural.

Dengan menyebut kuasa "impersonal" tersebut, sebenarnya ia menonjolkan realiti konflik yang terdapat di kalangan sejarawan tentang masalah penyebaban itu sendiri. ini kerana, di samping terdapatnya kalangan yang menekankan kuasa "impersonal", tidak sedikit pula yang menekankan kuasa "personal". Dalam sejarah, kontroversi antara kedua-dua pihak ini telah mewujudkan aliran-aliran yang tersendiri.

Mengenai golongan yang menekankan kuasa "personal", ia mementingkan peranan individu. Aliran individu ini dikenali sebagai teori Manusia Agung (Great Man theory), yang menekankan peranan dan ketokohan seseorang yang tertentu sebagai faktor utama yang membawa perubahan besar dalam sejarah. Teori ini dipelopori oleh Plutarch (46 - 120), seorang sejarawan Greek, tetapi dipopularkan oleh sejarawan Inggeris Thomas Carlyle (1795 - 1881). Sebagai jaguh teori kultus peribadi personality - cult) dalam sejarah, beliau menganggap sejarah adalah rangkaian biografi tokoh, terutama tokoh hero yang menentukan perjalanan sejarah.  Di Amerika, aliran ini turut dikembangkan oleh Ralph Waldo Emerson (1803 - 1882).

Seperti yang sudah dijelaskan, teori "personal" itu sudah tentu ditolak oleli teori "impersonal" tersebut. Terutama di kalangan tokoh­-tokoh "enviromentalist", mereka berpendapat bahawa manusia agung itu tidak lain hanyalah anak zamannya atau masyarakatnya. Tidak ada manusia atau individu besar yang mampu melawan arus semangat zamannya (zeitgeist) atau semangat tempatnya (ortgeist). Pendeknya, bukannya tokoh agung yang menggerak dan membentuk sejarah sebaliknya masyarakatlah yang membentuk tokoh agung. Antara tokoh-­tokoh pendukung teori ini adalah seperti Herbert Spencer (1820-1903) dan juga Francis Galton (1822 - 1911).

Antara kedua-dua pendapat yang ekstrim itu terdapat pula aliran lain yang mendakwa sebagai bersifat pertengahan. Dan tokoh utama aliran ini ialah William James (1842 - 1910), yang berpendapat bahawa seseorang manusia agung memang dapat mempengaruhi masyarakat kalau kena pada ketikanya (timing). Tetapi kalau tidak kena masa atau ketikanya, seperti datang dulu atau kemudian, mereka tidak dapat diterima oleh masyarakat atau zamannya.

Sebenarnya soal kesesuaian masa ini lebih dulu dibayangkan oleh Leopold von Ranke (1795 - 1886). Ketika mengupas gerakan reformasi di Jerman, beliau menganggap bahawa kejayaan Martin Luther dalam gerakannya pada tahun 1517 itu tidaklah semata-mata kerana kehebatannya tetapi kerana kesediaan masyarakat Jerman sendiri untuk menyambut atau menyokongnya. Sebelum kemunculan Luther sendiri sudah muncul tokoh-tokoh reformasi, seumpama John Huss dan Wycliff. Tetapi semuanya gagal belaka, kerana masanya dianggap belum sesuai lagi. Bagaimanapun semangat zaman (zeitgeist) ketika kemunculan Luther sudah berubah, atau lebih tepat, sudah masak dan matang.  Sebab itulah apabila Luther melancarkan gerakannya, beliau mencapai kejayaan. Jadi bagi Ranke, kejayaan Martin Luther tidaklah boleh ditafsirkan semata-mata kerana kebolehannya tanpa merujuk kepada semangat zamannya.

Sepintas lalu dengan penjelasan seperti ini dapatlah diwujudkan persefahaman antara aliran individu dengan aliran masyarakat itu. Bagaimanapun, apa yang didakwa sebagai aliran pertengahan ini jelas kepalsuannya, kerana sebarang tekanan kepada aspek kesesuaian masa atau tempat itu tidak lain merupakan ciri aliran masyarakat belaka. Ketokohan seseorang itu diukur berdasarkan kerelaannya mengikut semangat masyarakat atau zamannya, bukannya berdasarkan kemampuannya mengubah masyarakat atau zamannya ke arah idealismenya. Jadi kalau tren zamannya ialah berpoya-poya atau budaya hawa nafsu (hedonistic culture), janganlah cuba berjuang untuk mengubahnya, nanti akan menghadapi kegagalan. Sebaiknya ikut sajalah tren ini agar dapat menjadi tokoh agung zamannya. Inilah "logik" kesesuaian masa yang dikatakan bersifat pertengahan itu!

Dalam konteks inilah Sidney Hook cuba membezakan apa yang disebutnya sebagai eventful man dengan event-making man. Sekira­nya eventful man itu menjadi pemimpin cuma dengan cara menye­suaikan diri dengan kehendak masyarakat dan zamannya itu ke arah matlamat tertentu, tetapi event-making man menentukan arah dan matlamat serta berusaha untuk mencapainya, walaupun matlamat itu bukannya apa yang dicitakan oleh masyarakatnya.

Konflik bukan sahaja berlaku antara kuasa "personal" dan "im­personal', atau individu dan masyarakat, bahkan juga antara aliran idealis dan aliran materialis. Mengenai aliran idealis, telah disebutkan sebelumnya tentang asal-usulnya sejak daripada Plato, sedangkan pada Zaman Modennya ja dikembangkan oleb George Berkeley. Kemu­diannya aliran ini mencapai kematangannya di tangan George Hegel, yang kebetulannya merupakan tokohnya yang terbesar. Sebagai suatu aliran, ia mengajarkan kebenaran wujud idea atau akal sebagai hakikat yang tidak perlu diragukan lagi.

Bagaimanapun dalam bidang sejarah, aliran idealisme Hegel bertolak daripada proses dialektika atau perkembangan akal fikiran (mind) secara bertahap, yang disebut sebagai tesis, antitesis dan sintesis. Pada tahap pertama, terdapat fikiran subjektif (subjective mind) yang bersifat mandiri, atau belum menyatakan dirinya. Bagi pada tahap, kedua timbul fikiran objektif (objective mind), iaitu apabila fikiran merealisasikan dirinya yang terpendam itu. Akhirnya wujudlah fikiran absolute (absolute mind), dan kedua-dua tahap itu mengalami perdamaian dan kesatuan. Namun ketiga-tiga tahap ini akan menjadi tiga tahap lagi, dan demikianlah seterusnya proses dialektika ini.

Jadi bagi Hegel, perkembangan pemikiran ialah suatu proses sejarah. Atau dalam ertikata yang lain, semua sejarah ialah sejarah pemikiran (all history is the history of thought). Ia merupakan suatu proses yang rasional, seperti kata Hegel sendiri: "segala sesuatu yang rasional ialah nyata, dan segala sesuatu yang nyata ialah rasional". Pendeknya, akal fikiranlah yang menguasai dunia, yakni sejarah didasari oleh rencana yang rasional. Sebab itu proses sejarah ialah proses yang logik, bukannya kebetulan (accidental) sahaja. Bagaimanapun oleh kerana fikiran objektif muncul dalam bentuk negara, yakni negara merupakan ikarnasi fikiran objektif, maka ini bererti yang pengkajian sejarah bagi Hegel hanyalah sejarah negara atau politik. Dan bagi Hegel, negara Jerman merupakan model perwujudan pemikiran yang terakhir.

Selepas Hegel, aliran idealisme dalam sejarah turut ditekankan oleb Benedetto Croce (1866 - 1952), dan kemudiannya oleh penyokong Croce yang terkemuka, iaitu R.G. Collingwood (1889 - 1943). Seperti Hegel, Collingwood juga mencanangkan bahawa semua sejarah ialah sejarah pemikiran. Bagaimanapun idealisme Croce dan Collingwood lebih merujuk kepada masalah konsep sejarah daripada masalah pe­nyebaban dalam sejarah.

Kalau sekiranya aliran idealis melihat dominasi pemikiran terhadap dunia, dan dengan itu mempengaruhi perjalanan sejarah, sebaliknya aliran materialis lebih menekankan asas kebendaan sebagai penggerak asasi kejadian-kejadian sejarah. Sungguhpun terdapat pertentangan yang menjolok antara kedua-dua aliran ini, namun apa yang menakjubkan ialah bahawa aliran materialisme ini tumbuh berasaskan tradisi Hegelian juga. Sebagai suatu aliran, tradisi Hegelian selepas kematiannya telah berpecah kepada dua aliran pula, iaitu Hegelianisme kanan dan Hegelianisme kiri. Hegelianisme kanan mempunyai sifat konservatif, yakni mempertahankan sifat asalnya yang idealistik. Sebaliknya Hegelianisme kiri telah merombak dasar idealistik secara radikal, dengan menggantikannya dengan asas materialistik. Golongan ini biasanya dikenali sebagai "Young Hegelians", yang terdiri daripada Ludwig Feuerbach (1804 - 1872), Karl Marx (1818 - 1883), dan Friedrich Engels (1820 - 1895).

Secocok dengan dasar materialisrnenya, Feuerbach menegaskan babawa "manusia ialah apa yang dimakannya" (Der Mensch ist was er isst). Untuk memperbaiki kehidupan manusia, bukannya dengan cara menghebohkan masalah dosa-pahala, tetapi dengan memberikan mereka makanan yang baik. Khusus tentang Marx dan Engels, konsep sejarah kebendaan mereka pada dasarnya memang bertolak daripada proses dialektika Hegelian. Tetapi jika Hegel melihat perubahan ini dalam konteks pertentangan antara idea, sebaliknya Marx melihatnya sebagal berpunca dari keadaan kebendaan yang menyemai perasaan permusuhan antara kelas. Berdasarkan prinsip lapisan bawah (sub-structure) yang menguasai lapisan atas (super-structure), iaitti faktor ekonomilah yang menguasai dan mempengaruhi segala sesuatu, terkenallah konsep sejarah kebendaan (materialist conception of history) yang melihat unsur ekonomi sebagai faktor asasi yang menggerak dan mengubah sejarah. Malah gerakan reformasi  agama yang dipimpin oleh Martin Luther itupun, bagi Engels, dilatarbelakangi oleh kepentingan ekonomi kelas­-kelas yang berharta di kalangan pengikut Luther. Jadi bukannya kerana motif keagamaan seperti anggapan kebanyakan orang.

Sebenarnya konflik antara aliran idealisme dengan aliran materialisme ini dapat dibandingkan dengan teori keberkaitan (zussamenhang) Max Weber (1864-1920). Bagi Weber, konflik antara empayar Farsi dengan Yunani yang telah mencetuskan Peperangan Marathon itu tidaklah semata-mata kerana faktor fizikal (Kausalzussamenhang), bahkan juga kerana faktor mental atau pemikiran (Sinnzussamenhang). Sekiranya peperangan ini dimenangi oleh Farsi, sudah tentu pemikiran agama akan mempengaruhi Eropah, seperti pengaruhnya di Timur Tengah. Tetapi berkat kemenangan fizikal di Marathon, maka proses sekularisasi di dunia Barat tidak terhenti sehinggalah sekarang.

Sebagaimana ditegaskan sebelumnya, penjelasan tentang penyebaban yang menekankan faktor tertentu sahaja sebagai yang terpenting itu disebut sebagi linear causation. Nampaknya penjelasan yang menjurus itu mulai dipertikaikan oleh sejarawan, terutama pada masa kini. Sebagai suatu masalah yang kompleks, kejadian-kejadian dalam sejarah tidaklah tercetus kerana faktor tertentu sahaja, tetapi kerana berbagai-bagai sebab (multiple causation). Misalnya, di samping adanya faktor luaran, ada pula faktor dalaman. Atau di samping faktor jangka panjang, terdapat faktor jangka pendek atau segera. Ataupun disebut juga faktor-faktor politik, sosial, ekonomi, agama, dan sebagainya.

Pembebasan tentang masalah penyebaban dalam sejarah akhirnya akan membawa kita kepada suatu masalah abadi, iaitu sama ada wujud atau tidaknya hukum am (general law) dalam sejarah. Di kalangan sejarawan sekular, masalah ini bergema melalui konflik antara aliran determinisme dengan aliran indeterminisme. Atau dalam pengertian lain, berlaku konflik antara aliran absolute dengan aliran relatif dalam masalah penyebaban. Bagi aliran determinisme, ia mempercayai bahawa sejarah manusia mempunyai sebab tertentu yang sudah ditetapkan sejak awalnya lagi, serta bersifat absolute atau tidak berubah di dalam ruang dan waktu mana sekalipun, persis konsep nasib (tyche) dalam pensejarahan Greek dulu. Apa yang sudah terjadi dan akan terjadi seolah-olah tidak dapat dielakkan (inevitable) lagi. Que sera sera! Sedangkan bagi aliran indeterminisme, ia menolak adanya sebab-sebab yang absolute atau tetap untuk setiap ruang dan waktu itu, sebaliknya menekankan unsur relatif atau berubah-ubah dan berbeza.

Sebenarnya masalah hukum am (general law) ialah masalah falsafah. Atau dalam konteks sejarah, ia adalah masalah dalam bidang falsafah sejarah (philosophy of history). ini kerana dalam falsafah, sering dibahaskan tentang masalah kebebasan (freedom, liberty), dan masalah determinisme tersebut terrnasuk dalam persoalan tentang kebebasan ini. Misalnya, sekiranya manusia itu dikatakan bebas, bagaimanakah cara penyelesaiannya dalam menghadapi ajaran determinisme yang bersifat mengikat atau membelenggu manusia? Inilah antara persoalan falsafah yang sering dibangkitkan, yang kerana itu tidaklah dikupas di sini.
Demikianlah, melalui pembahasan tentang masalah penyebaban menurut aliran sekular ini, jelas menonjolkan siri-siri konflik yang tiada hujungnya. Ia bermula dengan konflik tentang perlu atau tidaknya kajian tentang sebab-musabab ini dalam sejarah. ini diikuti oleh konflik tentang sama ada perubahan sejarah dipengaruhi oleh faktor alam ataupun manusia. Dan khusus tentang manusia, terdapat konflik antara faktor "personal" dengan faktor "impersonal", atau antara aliran individu dengan aliran masyarakat, atau aliran idealisme dengan aliran materialisme dan disamping itu juga terdapat pertentangan antara golongan yang menekankan faktor tertentu sahaja, dengan golongan yang melihat berbagai-bagai faktor yang saling mempengaruhi (re­ciprocal causafity). Dan kalau boleh disebutkan di sini, terdapat juga konflik antara determinisme dengan indeterminisme. Pendeknya, konflik atau pertentangan pendapat dalam masalah penyebaban ini memang merupakan ciri asasi aliran sekular, yang "kebetulannya" berkembang di dunia Barat.

2.    Teologi
Di samping aliran sekular, sebenarnya sejak awal sejarah manusia lagi sudah terdapat aliran teologi yang "kebetulannya" pula berkembang di dunia Timur. Tetapi jika ciri utama aliran sekular ialah konflik yang berterusan tentang sebab-sebabnya yang utama atau sebenar, sebaliknya ciri asasi aliran teologi ialah kepastian tentang sebabnya yang sebenar, iaitu Tuhan (Allah). Tuhanlah yang merupakan sebab pertama (First Cause) dan utama, kemudian baru terdapat sebab-sebab sampingan yang lain. Sebenarnya sebab-sebab yang ditonjolkan oleh aliran sekular yang menimbulkan konflik itu tidaklah ditolak oleh aliran teologi. Namun semuanya itu hanya merupakan sebab-sebab sampingan (secondary causes) belaka, sedang yang menjadi Sebab Utamanya (Primary Cause) ialah Tuhan. Golongan sekular membatasi diri mereka pada sebab-sebab alamiah (nature) dan manusia, seraya berfikiran bahawa hal-hal itu sahajalah yang merupakan penyebab-penyebab yang sebenarnya dan perubahan-perubaban apapun yang terjadi di dunia ini. Tetapi bagi golongan agama, segala sesuatil di dunia ini diciptakan oleh Tuhan, maka ia sendirilah yang merupakan Penyebab Utama dan Akhir bagi setiap kejadian di dunia ini. Pendeknya, penjelasan sejarah menurut aliran teologi adalah bersifat absolut, sedangkan menurut aliran sekular bersifat relatif.

Di samping faktor ketuhanan tersebut, tidak pula dinafikan bahawa faktor kemanusiaan (human factor) turut memainkan peranan penting dalam kejadian sejarah. Dalam teologi Islam, terkenallah mazhab-­mazhab yang ekstrim seumpama mazhab Jabariah yang bersifat fatalistik, di samping mazhab Qadariah atau Muktazilah yang menekankan kebebasan kemahuan (free will) manusia. Sedangkan di tengah-tengahnya terdapat pula mazhab Ahli Sunnah wal-Jamaab yang walaupun meyakini kekuasaan mutlak Tuhan, namun manusia juga mempunyai kebebasan dalam batas-batas tertentu. Mazhab yang sederhana inilah yang menjadi pegangan kebanyakan jemaah umat Islam.

Kemudiannya dalam hubungannya dengan masalah determinisme sejarah pula, aliran teologi meyakini bahawa semua peristiwa yang terjadi di alam ini telah ditetapkan (taqdir) sejak zaman azali, yang tidak dapat ditolak atau dihindari Dan yang menetapkan atau menentukan­nya itu ialah Tuhan sendiri. Dengan itu penjelasannya juga bersifat absolute, berbanding dengan aliran sekular yang bersifat relatif atau berbeza dan berubah-ubah dari semasa ke semasa.

Pengadilan Moral

PENGADILAN MORAL: KES NAZI DI JERMAN
(Sumber: Qasim Ahmad. 1991. Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 35-50.)

Salah satu persoalan yang kerap dibincangkan dalam penulisan sejarah ialah isu pengadilan moral. Perkara ini selalu menimbulkan kontroversi yang berpanjangan. Secara kasarnya, terdapat dua sikap di kalangan ahli sejarah tentang hal ini. Di satu pihak, terdapat mereka yang mengatakan bahawa pengadilan moral itu tidak patut dilakukan, kerana di antara si pengkaji sejarah dengan pelaku (atau masyarakat) yang dikajinya itu, mungkin terdapat sistem nilai yang berlainan. Dengan kata lain, apabila ahli sejarah itu membuat peng­adilan moral ia mungkin tidak dapat bersikap adil kepada orang atau masyarakat yang dikaji atau diadilinya. Di pihak yang lain pula, terdapat para ahli sejarah yang menyokong pengadilan moral di dalam sejarah. Di antara hujah yang diutarakan bagi mempertahankan pendirian ini ialah seseorang pelaku di dalam sejarah itu ber­tanggungjawab di atas perlakuannya, lantas ia patut dipersalahkan kalau berlaku salah, dan diakui kebaikannya kalau ia berlaku baik. Lagipun, kata golongan ini, kalaulah kita katakan pengadilan moral itu tidak mungkin dikendalikan kerana manusia, atau masyarakat, mempunyai sistem nilai yang berbeza, maka kita seolah-olah mengatakan yang manusia tidak mempunyai apa-apa ciri persamaan. Ini, hujah pihak ini lagi, amatlah sukar diterima. Kalaulah ketiadaan persamaan itu diterima juga, maka, tanya mereka, bagaimana mungkin dijelaskan persetujuan yang sudah diiktiraf (sekurang-kurangnya di dalam pemahaman biasa) tentang apa yang dimaksud­kan dengan "baik", "jahat", "tinggi", "kelabu", dan sebagainya? Atau apakah manusia terpaksa sentiasa mengemukakan definisi apabila mereka menggunakan perkataan-perkataan begini? Lebih penting lagi, barangkali, ialah apakah faktor yang mungkin mem­persatukan manusia dan yang menimbulkan sikap saling mema­hami sesama manusia sekiranya persamaan di kalangan manusia terus dinafikan?

Segala yang di atas inilah yang ingin saya bincangkan seterusnya dan saya akan gunakan kes Nazi di Jerman sebagai kes rujukan. Harapan saya ialah agar beberapa aspek dan implikasi daripada isu ini dapat diperincikan dengan lebih jelas lagi.

Apakah pengadilan moral? Ringkasnya, pengadilan moral ialah perlakuan menjatuhkan hukuman, ataupun tindakan mengenakan penilaian tertentu terhadap sesuatu peristiwa sejarah atau kepada seseorang pelaku di dalam sejarah. Misalnya, di dalam tulisan seorang ahli sejarah ada dinyatakan sesuatu peristiwa itu tidak baik, Ketua Negara itu bersalah, masyarakat pada masa itu mundur, sistem politik ini tidak progresif dan sebagainya. Pendeknya si penulis atau ahli sejarah itu telah menghukum dan menilai.

Dalam kes Nazi di Jerman, di antara persoalan yang selalu timbul ialah bagaimana seseorang ahli sejarah boleh menghukum atau mengadili Adolf Hitler; menilai tindakan Nazi membunuh lebih kurang enam juta orang Yahudi (tua muda, kecil besar, lelaki wanita) di Eropah; dan mempertimbangkan reaksi ketua kaum dan orang awam Yahudi. Bolehkah seseorang itu bersikap berkecuali saja? Apakah masalah yang terlibat? Kalaulah terdapat kesulitan, bagaimanakah pula cara mengatasinya?

Lucy Dawidowicz, di dalam bukunya, The War Against the Jews, dengan tegas mengatakan kes pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi - yang juga dipanggil holocaust (bencana) - tidak membenarkan sikap berkecuali" di pihak para ahli sejarah. Oleh itu bukunya, kata Dawidowicz, tidaklah terlerai daripada sistem nilai. Maknanya, bukunya itu turut menjelaskan ada perkara yang baik, ada yang tidak baik, ada orang yang bersalah dan ada orang yang tidak bersalah pada zaman pemerintahan Nazi di Jerman.

Setelah mengetahui pendirian Dawidowicz ini, maka tindakan­nya tidak mahu menilai sikap ketua kaum Yahudi yang telah didakwa oleh sesetengah pihak sebagai telah bersubahat dengan Nazi tentulah menarik perhatian kita. Kata Dawidowicz,

"Dalam membincangkan perlakuan segolongan kecil pemimpin Yahudi yang telah dituduh melakukan jenayah oleh mereka yang terselamat dan para sarjana, saya telah dipengaruhi oleh pendapat Profesor Herbert Butterfield, yakni ahli sejarah memang tidak mungkin mengetahui manusia secara batinnya. Perkara ini ber­laku sebab ahli sejarah tidak dapat menyiasat lubuk pemikiran dan hati mereka, tempat “pembentukan akhir niat dan garis tang­gungiawab itu" ditentukan."

Salah seorang sarjana yang dimaksudkan oleh Dawidowicz ialah Hannah Arendt, seorang sarjana Yahudi Amerika yang terkenal di Barat. Arendt di dalam bukunya Eichmann In Jerusalem: A Report on the Banality of Evil dengan tegas membuat dakwaan seperti yang dikatakan oleh Dawidowicz. Dakwaan Arendt bukanlah ditujukan kepada segolongan kecil pemimpin Yahudi tetapi kepada semua mereka "hampir tanpa pengecualian".

Ekoran dakwaan ini, Arendt menyatakan bahawa sekiranya orang Yahudi telah betul-betul tidak diurus dan tidak pula mem­punyai pemimpin, maka nasib mereka tidak mungkin menjadi se­teruk yang telah mereka alami. Huru-hara dan kesusahan mungkin berlaku tetapi mangsa gas chamber (kamar gas) Hitler tidak mungkin meningkat di antara empat setengah hingga enam juta orang. Inilah kebenaran yang sepenuhnya, tegas Arendt.7 Inilah "penyelewengan sejarah", jawab Dawidowicz.

Terdapat beberapa aspek perbincangan di atas yang wajar dite­liti lebih halus lagi. Salah satu daripadanya ialah dakwaan Dawido­wicz bahawa ia terpengaruh dengan pendapat Butterfield, Dawido­wicz tidak mahu mengadili pemimpin Yahudi yang dikatakan ber­subahat atau membuat kesalahan tidak melakukan sesuatu untuk menentang Nazi. Prinsip Butterfield yang nampak jelas dipegang oleh Dawidowicz di sini ialah kita tidak boleh membuat keputusan terhadap sesuatu kelakuan manusia tanpa mengetahui isi hati si pelaku itu sendiri. Tetapi, anehnya, Dawidowicz tidak pula terikat dengan pertimbangan begini dalam mengadili orang Nazi.

Sikap berbeza Dawidowicz dalam kes Nazi ini, bagi saya, menunjukkan bahawa di dalam keadaan tertentu dalam sejarah, tidak perlu mengetahui niat seseorang, atau sesuatu kumpulan orang, sebelum pengadilan diberikan. Ini kerana perbuatan itu mungkin telah melanggar ciri-ciri hukum moral, sosial dan sebagai­nya yang sudah diterima. Andaian di sini ialah adanya satu kayu ukur pengadilan yang diiktiraf. Apa yang saya maksudkan ialah niat yang suci murni tidak boleh menukarkan perbuatan salah menjadi perbuatan yang tidak bersalah. Memang terdapat perbuatan yang bersifat agak neutral, yakni tidak dengan jelas melanggar ciri-ciri hukum moral yang diiktiraf, lantas pengadilan terhadapnya bergan­tung kepada niat di sebalik pelaksanaan perbuatan itu; dan begitu juga terdapat perbuatan yang nampak baik lahiriahnya, tetapi boleh diadili sebagai tidak baik kerana niatnya.

Dalam kedua-dua kes terakhir di atas, pernyataan peri musta­haknya mengetahui niat adalah munasabah. Berkaitan dengan ini, pernyataan Butterfield bahawa kebenaran yang hakiki tentang sesuatu perkara itu "tidak mungkin dihuraikan melainkan pada Hari Pengadilan jua", dapat dimengerti dan diterima. Manusia bukan Tuhan dan dia tidak berupaya untuk mengetahui segala sesuatu. Namun begitu, ketidakupayaan kita untuk mencapai kesempurnaan pengetahuan ini tidak pula melepaskan kita daripada tanggung­jawab membuat pengadilan. Kita terpaksa melaksanakan keadilan menurut ukuran lahiriah, setakat yang mampu dibuat oleh manusia. Perbuatan yang baik secara lahiriah tetap diterima sebagai baik kiranya niat jahat di sebaliknya tidak dapat dibuktikan; perbuatan jahat secara lahiriah tetap diadili sebagai jahat, dan hukuman ke atasnya tidak patut diringankan kalau unsur-unsur tidak sengaja di pihak pelaku atau para pelaku, tidak dapat dibuktikan. Memang terdapat kemungkinan sesuatu peristiwa di dalam sejarah itu tidak dapat diadili kerana ketiadaan bukti yang cukup. Ini serupalah halnya dengan kes masa kini yang tidak dapat dibawa ke mahkamah kerana kekurangan bukti. Masalah kekurangan bukti ini biasanya bukan berkaitan dengan hal untuk menentukan baik buruknya sesuatu peristiwa, tetapi untuk mencari orang yang bertanggungjawab terhadap peristiwa itu. Apabila keadaan ini wujud, maka prinsip yang patut dianuti ialah tidak bersalah melainkan kalau dapat dibuktikan sebaliknya.

Timbul persoalan mengapa ahli sejarah perlu memikul tugas sebagai hakim di mahkamah sejarah? Bukankah apa yang baik bagi masyarakat pada suatu masa tidak semestinya pula baik bagi masya­rakat pada masa yang lain pula? Mungkin dikatakan bahawa agak keterlaluan bagi ahli sejarah masa kini menghukum tidak baik amalan masyarakat lain pada masa silam, walhal masyarakat itu sendiri menganggap amalan itu baik, berperanan dan tidak pun membantahinya Mengapa ahli sejarah mesti menjaga tepi kain orang? Bukankah perbuatan ini mencerminkan sikapnya yang mengada-ada, sikap angkuh, sikap memandang rendah pada per-adaban orang lain dan menganggap bahawa ia saja yang baik, betul dan bagus?

Saya rasa, persoalan ini dapat dipecahkan jika andaian tentang hakikat kemanusiaan dapat dijelaskan. Pada hemat saya terdapat dua andaian iaitu:

Konsep tidak salah, baik, bagus, menggembirakan dan sebagainya itu adalah mutlak, yakni sama saja sepanjang zaman dan bagi seluruh insan; dan kalaupun ada pengecualian yang tertentu masih boleh diberikan garis lingkungan yang nyata; atau konsep tidak salah, bagus, menggembirakan dan sebagainya itu adalah relatif, yakni tidak mutlak.

Bagi yang berpegang kepada andaian pertama, maka tuduhan men­jaga tepi kain orang bukanlah merupakan sesuatu yang patut dikesali atau dimarahi. Baginya, tidak menjaga tepi kain orang bermakna tidak menghiraukan nasib orang lain, tidak peduli-mempeduli sesama manusia. Bagi yang berpegang kepada andaian kedua pula maka pernyataan menjaga tepi kain orang tetaplah tinggal menurut pengertian biasa dan perbuatan menjaga tepi kain orang jelas menunjukkan sifat mengada-ada dan segala lain yang tidak baik yang mungkin boleh dikaitkan dengannya.

Walau bagaimanapun, bagi saya soal keangkuhan, sikap memandang rendah peradaban orang lain dan anggapan bahawa orang lain semuanya salah, hanya ia saja yang betul, baik dan bagus, patut dipisahkan daripada sifat menjaga tepi kain orang. Dengan kata lain, seseorang yang menjaga, atau mahu menjaga tepi kain orang tidak semestinya mempunyai sifat tidak baik. Sebaliknya, seseorang yang tidak menjaga tepi kain orang pula, tidaklah semestinya bebas daripada sifat ini. Apa yang saya maksudkan di sini ialah peribahasa menjaga tepi kain orang patutlah digunakan tanpa menyiratkan pengertian negatif di dalamnya.

Kalau kita amat-amati pembicaraan Butterfield dalam bab "Pengadilan Moral Di Dalam Sejarah", kita sebenarnya tidak boleh mengatakan Butterfield sebagai anti-pengadilan moral, Beliau tidak bersetuju dengan penyalahgunaan tugas pengadilan. Kerapkali juga ia memperlihatkan sikap semacam tawar hati untuk menjalankan tugas ini, (atau untuk mengesyorkan pelaksanaannya), disebabkan beberapa kerumitan yang terlibat. Di antara penyalahgunaan tugas dan juga masalah yang dikemukakan oleh Butterfield ialah:

-     Tiap sudut daripada kehidupan manusia itu tidak dapat di­pisahkan daripada soal moral. Tetapi ahli sejarah tidak dapat mengadili manusia pada setiap waktu. Oleh itu pengadilan moral yang dibuat sekali-sekala ke atas sesuatu peristiwa yang dipilih adalah tidak memadai untuk memenuhi hasrat di sebalik tugas ini.

-     Pengadilan sering digunakan sebagai alat untuk mendedahkan kesalahan lawan dan menutup kesalahan sendiri atau kawan.

-     Pengadilan ahli sejarah adalah di peringkat rendah, yakni peng­adilan yang merupakan bukan pengadilan moral tetapi pengadil­an moral setengah masak.

Di dalam kes penyelewengan yang pertama di atas, soal pemilihan kes sejarah yang hendak diadili memanglah sukar hendak dielakkan, seperti sukarnya ahli sejarah mengelakkan diri memilih peristiwa mana dalam sejarah yang mahu ditulisnya, dan peristiwa mana pula yang tidak mahu disentuh, disentuh sedikit, lebih sedikit atau sedikit­-sedikit saja. Terpulanglah kepada ahli sejarah sendiri menentukan kes mana yang paling baik untuk diadili atau ditulis bagi mencapai tujuan yang dianggap sah di dalam penulisan sejarah. Faktor lain, seperti kekurangan atau ketiadaan bahan yang lengkap dan penilai­an tentang kadar kepentingan peristiwa secara keseluruhan turut memainkan peranan di dalam hal ini.

Kes kedua dalam senarai di atas menyentuh soal kejujuran, pe­nelitian dan kesediaan ahli sejarah melihat sesuatu peristiwa sejarah itu daripada berbagai-bagai aspek dan sudut pandangan, termasuk kesediaan untuk melihat kelemahan pihak sendiri dan pihak kawan. Kiranya ada ahli sejarah yang tidak ingin berbuat begitu dalam melaksanakan pengadilan moral, maka yang patut menjadi sasaran kritik bukanlah tugas pengadilan moral tetapi ahli sejarah itu sendiri.

Kes ketiga adalah berkait dengan kes kedua. Cara mengatasi penyelewengan begini bukanlah dengan melarikan diri daripada tugas pengadilan moral. Kerumitan yang timbul patutlah diselesai­kan dengan memperlengkapkan lagi ahli sejarah dengan kemahiran yang diperlukan, agar pengadilan moralnya tidak hanya dan tidak lagi merupakan pengadilan moral setengah masak.

Sebagai rumusan perbincangan setakat ini, saya ingin menekan­kan akibat yang mungkin mengekori sesuatu andaian yang telah disebut sebelum ini, yakni andaian tentang mutlak atau relatifnya sistem moral. Saya juga mahu menegaskan bahawa isu yang dibin­cangkan ini bukanlah hanya mustahak kepada ahli sejarah sebagai ahli sejarah, tetapi lebih penting lagi, kepada ahli sejarah sebagai manusia. Justeru itu, isu ini patut juga dihadapi oleh manusia lain. Ringkasnya, kiranya manusia memang memiliki ciri-ciri moral mutlak yang sama secara keseluruhannya, maka mereka yang ber­pegang kepada andaian sebaliknya, dan bertindak atau tidak bertin­dak bertolak daripada andaian yang berlainan itu sudah tentulah memulakan rantaian peristiwa yang berasaskan sesuatu yang tidak sepatutnya menjadi asas. Sekiranya manusia itu memang tidak memiliki ciri-ciri moral mutlak yang sama secara keseluruhannya, maka seseorang yang membuat andaian yang sebaliknya pula yang melakukan kesalahan yang baru sahaja disebutkan tadi.

Apa yang jelas di sini ialah terdapat kemungkinan kerugian pada kedua-dua andaian itu walaupun dalam masa yang sama, kedua-duanya kelihatan juga menjanjikan keuntungan. Kalau kita percaya bahawa salah satu saja daripada dua andaian ini yang boleh dijadikan asas, maka pemilihan menjadi soal pokok. Penyelesaian soal pokok inilah yang akan mewarnai penulisan sejarah. Jawapan­nya akan menentukan sama ada sejarah boleh membuat pengadilan moral di samping menentukan di mana dan bagaimana pengadilan itu patut dibuat. Inilah persoalan yang perlu diselesaikan oleh ahli sejarah sebagai manusia biasa dan juga oleh bukan ahli sejarah yang juga manusia biasa. Rantaian perkembangan peristiwa yang akan berlaku, ekoran daripada pemilihan asas tempat bertolak, merupa­kan perkembangan peristiwa yang akan meninggalkan kesan kepada manusia secara keseluruhannya.

Ahli sejarah dan manusia lain menyelesaikan persoalan ini dari sudut yang berbeza-beza. Akibatnya rumusan mereka juga berbeza-­beza. Kadangkala, terdapat juga andaian yang sama tetapi penekan­annya pula yang berlainan. Dua orang, misalnya, mungkin bersetuju tentang adanya ciri-ciri moral mutlak bagi manusia sejagat, tetapi mereka mungkin pula berbeza pendapat tentang had persamaan ciri-­ciri tersebut, atau tentang jenisnya. Perselisihan yang beginilah, dan juga perselisihan tentang unsur-unsur idealisme yang patut ada, atau dilahirkan, di dalam sesuatu masyarakat itu, yang boleh menyebab­kan tumbuhnya perbezaan di dalam pentafsiran. Perbezaan begini patutlah disedari dan diterima kewujudannya. Adalah terlalu idealistik bagi sesiapa pun untuk mengharapkan manusia akan semua­nya bersependapat tentang sesuatu perkara, apatah lagi tentang semua perkara. Walau bagaimanapun, perbezaan sedemikian ini tidaklah patut dijadikan alasan untuk menafi kewajaran pengadilan moral di dalam sej arah. Rumusan begitu tidaklah kena pada tempat­nya.

Dawidowicz, melalui buku The War Against the Jews, mengata­kan Jerman sebagai sebuah negara telah melanggar perintah "Thou shalt not murder" (Anda tidak boleh membunuh). Maka mustahil bagi Jerman, katanya, untuk mengambil sikap berkecuali di dalam hal ini. Jelaslah, bahawa peraturan atau perintah jangan mem­bunuh itu telah digunakan oleh Dawidowicz sebagai satu peraturan mutlak yang tidak boleh dilanggar; dan kerana negara Jerman Nazi dan Hitler melanggar peraturan ini maka mereka bersalah. Tidak ada bukti untuk menunjukkan pembunuh-pembunuh yang terlibat itu gila bagi membolehkan mereka dilepaskan daripada pengadilan dan hukuman. Tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa per­buatan pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi itu dilakukan kerana tidak sengaja bagi membolehkan bukuman diringankan. Soal kemungkinan perbuatan membunuh telah memainkan peranan dalam konteks pemikiran, sosial, politik dan ekonomi Jerman Nazi, dan sama ada perbuatan itu disukai atau tidak oleh kebanyakan orang Nazi tidak perlu dimasukkan sebagai unsur penilaian atau pengadilan. Kenapa? Kiranya perbuatan membunuh itu berperanan, maka keputusan pengadilan ialah: peranan itu patut dimainkan bukan oleh tindakan pembunuhan, tetapi oleh perkara atau perbuat­an yang lain. Seterusnya, sekiranya orang Nazi Jerman menyukai dasar itu maka keputusan pengadilan ialah mereka menyukai sesuatu yang salah dan oleh sebab itu patut dihukum. Di dalam pembicaraan Nuremberg, salah satu hujah bela ketua-ketua kanan Nazi yang dibicarakan ialah mereka hanya mentaati Fuhrer, Ketua Negara mereka. Kesalahan mereka di dalam hal ini ialah menem­patkan perintah Ketua Negara lebih atas daripada peraturan mutlak moral.

Seterusnya kalaulah dihujahkan bahawa di dalam keseluruhan sistem Nazi tindakan pembunuhan itu adalah sesuatu tindakan yang tidak dapat dielakkan, yakni masalah mereka tidak mungkin selesai tanpa tindakan yang demikian, maka di dalam hal yang sedemikian itu apa yang patut disalahkan ialah sistem yang mereka anuti sendiri. Apakah penghukuman ini merupakan satu sikap yang mencermin­kan penilaian tentang adanya satu sistem atau peradaban yang lebih baik daripada yang lain? Jawabnya ya. Jawapan ini ialah kesimpulan yang patut lagi munasabab, seandainya kita telah mengakui adanya ciri-ciri atau peraturan mutlak sejagat. Apakah jawapan ini memper­lihatkan perasaan angkuh, sikap memandang rendah (dalam erti kata menghina) peradaban orang lain dan memperlihatkan sikap "aku saja betul, baik dan bagus"? Jawabnya tentu tidak. Seperti yang telah dijelaskan dalam perbincangan di bahagian awal tadi, perlaku­an menjaga tepi kain orang patutlah dileraikan daripada pengertian negatif.

Di sini saya ingin sekali lagi merujuk kepada karya Butterfield. Saya merasa terharu dengan dua kes tentang pengkajian sejarah yang terdapat di dalam penulisan Butterfield. Kes pertama ialah apabila ia menegaskan bahawa tugas mengisahkan Hitler paling sesuai sekali dilakukan oleh ibu Hitler sendiri. Kes kedua ialah apabila ia mengatakan bahawa peranan para ahli sejarah ialah men­ceritakan peristiwa di dalam sejarah itu sejelas yang mungkin. Jadi, segala keburukan di dalam sesuatu peristiwa yang terkutuk itu patutlah diterangkan sejelas-jelasnya. Oleh itu, kiranya sesiapa yang membaca kisah itu mempunyai perasaan perikemanusiaan, mem­punyai peraturan etika, maka dengan sendirinya pembaca akan menghukum jahat sesiapa yang patut dihukum jahat. Sebaliknya, kalau pembaca yang berkenaan memang tidak mempunyai kehalusan perasaan, maka betapa banyak penilaian dan penganalisisan moral yang diutarakan pun, tidak mungkin akan mengusik hatinya. Demikianlah jalan penghujahan Butterfield.

Saya terharu dengan contoh pertama kerana menggambarkan bagaimana telitinya Butterfield dalam menekankan bahawa pengi­sahan di dalam sejarah itu patut dibuat berdasarkan sikap simpati, kasih sayang dan pemahaman yang mendalam tentang seseorang atau sesuatu peristiwa dan bukannya berasaskan perasaan benci, sikap endah tak endah dan pemahaman yang cetek. Namun begitu dalam keharuan ini pun saya masih dapat melihat bahawa Butterfield bukan menentang pengadilan moral di dalam sejarah tetapi hanya menentang pengadilan yang tidak baik saja. Soal siapa yang selayaknya mengisahkan riwayat Hitler adalah soal kedua.

Dalam contoh kedua, saya terharu kerana Butterfield yang, saya rasa, mahu menjaga rapi unsur keadilan dan kebijaksanaan di dalam pengadilan moral, mungkin telah melakukan kesalahan kerana bersikap terlalu rapi - ia begitu rapi sehingga ia hanya mahu menyerahkan tugas pengadilan itu kepada pembaca saja. Saya bersetuju dengan sebahagian daripada pendapat Butterfield ini. Memang mungkin terdapat kes pembaca yang memang arif: terkilat ikan di air sudah diketahui jantan betinanya. Tetapi tidak semua pembaca berkeupayaan sebegitu rupa. Oleh itu, kadangkala, misalnya, kalau Si penulis percaya yang sesuatu pihak di dalam sesuatu peristiwa sejarah itu patut mendapat simpati daripada Si pembaca, maka ia patut mengemukakan alasan dan hujahnya dengan jelas. Sekiranya alasan begitu masih juga tidak meninggalkan kesan di dalam hati Si pendengar (pembaca) maka Si penulis tidak perlu lagi diburui oleh rasa bersalah atau kesal kerana sekurang-kurangnya ia telah tidak menyembunyikan sesuatu. Mungkin juga Si pembaca tidak menye­tujui alasan dan hujah Si penulis atau kedua-dua mereka mempunyai sistem nilai yang bertentangan di antara satu sama lain. Sekali lagi, persoalan ini berkisar, pada pokoknya, bukan tentang patut atau tidak patut pengadilan moral itu dikendalikan, tetapi bagaimana paling baik persoalan ini boleh dikendalikan. Cara bagaimana paling baik dan patut dilaksanakan tentulah bergantung pada keadaan yang wujud pada sesuatu ketika itu.

Sekarang, soalnya ialah bagaimana mungkin seseorang itu mengadili pencabulan pihak Nazi terhadap orang Yahudi? Dalam hal ini, dan berhubung dengan peranan yang telah dimainkan oleh para pemimpin Yahudi sendiri, eloklah kita tinjau pendapat Dawi­dowicz dan seorang lagi penulis Yahudi, yakni Hannah Arendt. Jelas terdapat percanggahan pendapat di antara kedua-dua mereka ini. Dawidowicz mahu membela para pemimpin Yahudi sementara Arendt tidak. Pembelaan yang diketengahkan oleh Dawidowicz berkait rapat dengan masalah niat, yakni persoalan rumit yang telah ditimbulkan sebelum ini.

Dawidowicz tidak menafikan yang para pemimpin kaum Yahudi bersubahat dengan orang Nazi. Ia tidak membela mereka dengan penafian ke atas kebenaran hal itu. Pembelaannya adalah disabitkan dengan niat mereka berbuat begitu. Menurut Dawido­wicz, ketua kaum Yahudi telah dilanda oleh satu dilema yang besar. Kes penubuhan Judenrat (Majlis Golongan Tua) di Poland, misal­nya, memperlihatkan masalah ini. Di Poland dan di negara-negara lain yang dikuasai oleh Nazi, kaum Yahudi telah diarahkan untuk menubuhkan Judenrat sebagai badan hubungan di antara pemerin­tah (Nazi) dengan masyarakat Yahudi. Oleh sebab dasar Nazi sudah jelas anti-Yahudi, ketua kaum Yahudi khuatir bahawa penubuhan Judenrat dan penyertaan mereka akan disifatkan sebagai tanda sokongan mereka kepada Nazi. Sebaliknya, kalau mereka tidak menubuhkan Judenrat serta turut menjadi ahlinya, maka kepentingan kaum Yahudi mungkin tidak akan diperhatikan pula, atau orang Yahudi akan diwakili oleh golongan yang tidak bersimpati langsung dengan Yahudi. Bagi Dawidowicz, orang Yahudi dan ketua mereka bergading bahu dengan Nazi, atau tunduk kepada Nazi, semata-­mata kerana terpaksa. Mereka tidak mengharapkan apa-apa keun­tungan secara peribadi.

Isu kerjasama Yahudi-Nazi ini juga disentuh oleh Arendt. Arendt menarik perhatian kita kepada satu peruntukan di dalam Pembicaraan Nuremberg, yakni Undang-undang (Penghukuman) ke atas Orang Nazi dan Pembantu Nazi 1950. Bahagian 10 undang­-undang ini membolehkan seseorang yang dituduh itu dibebaskan daripada tuduhan terlibat di dalam jenayah sekiranya ia telah melakukan tindakannya itu "untuk menyelamatkan dirinya dari­pada bahaya maut serta-merta". Bahagian 11 pula membolehkan seseorang membela dirinya sekiranya ia telah melakukan "apa yang paling terdaya olehnya untuk meringankan akibat daripada kesalah­an", atau kalau ia melakukan kesalahan tertentu demi "mengelak­kan akibat yang lebih berat daripada apa yang terjadi." Bagi Arendt, "adalah jelas, Bahagian 10 dan 11 undang-undang ini digubal setelah memikirkan penglibatan pembantu Yahudi dalam keganasan Nazi." Katanya lagi:

"Sonderkommandos" (unit-unit khas) Yahudi telah digunakan di dalam proses pembunuhan di merata tempat; mereka telah melakukan perbuatan jenayah untuk menyelamatkan diri dari­pada bahaya maut serta-merta, dan ahli-ahli Majlis serta ketua Yahudi telah bekerjasama kerana mereka fikir mereka boleh "mengelakkan akibat yang lebih berat daripada apa yang telah terjadi".

Walaupun Arendt jelas menyalahkan pihak Judenrat kerana dasar kerjasama mereka, namun terdapat juga bahagian-bahagian di dalam bukunya itu yang menerangkan bahawa sebenarnya pendiri­annya tidak jauh berbeza daripada pendirian Dawidowicz. Misal­nya, ia menyatakan di dalam keadaan krisis seperti yang dihadapi orang Yahudi itu"... tidak ada kumpulan atau orang bukan Yahudi telah bertindak dengan cara yang berbeza". Inilah "hakikat yang menyedihkan", tambahnya. Seolah-olah untuk menekankan lagi penegasannya itu, Arendt telah menyebut peristiwa kebangkitan orang Yahudi di Belanda. Akibatnya, 430 orang Yahudi telah ditangkap dan diseksa berbulan-bulan lamanya hingga mati. Kata Arendt, ... setiap orang daripada mereka tentunya telah mencem­burui saudaranya (yang mati di kamar-kamar gas) di Auschwitz dan malahan di Riga dan Minsk juga." Kalau Dawidowicz tidak menyalahkan orang Yahudi dan ketua mereka, maka siapakah yang disalahkannya? Pendirian Dawidowicz boleh kita lihat daripada pernyataannya yang berbunyi:

Masa seluruh Fropah rebah terlantar di bawah kekuasaan Jerman, orang Yahudi yang dipenjara di gheto-gheto mempunyai kesempatan yang paling tipis untuk menentukan nasib mereka jika dibanding dengan bangsa atau negara lain".

Dengan kata lain, Dawidowicz seolah-olah berkata: kenapa tidak disalahkan kuasa-kuasa Eropah lain yang mengetahui akan jenayah Hitler tetapi tidak bertindak? Apakah Dawidowicz cuba mencari helah untuk “menutup kesalahan... kawan", atau apakah ia mahu mengelakkan “pengadilan moral setengah masak?" Apakah adil bagi Dawidowicz menyeret masuk kuasa-kuasa Eropah lain untuk diperhisabkan sekali di dalam kes ini?

Kalau kita bertolak daripada andaian bahawa masyarakat manusia sejagat memang bertanggungjawab ke atas nasib semua ahlinya, (bukan saja daripada segi menentang kezaliman tetapi juga daripada segi menyediakan manusia dan suasana yang tidak mung­kin menimbulkan kezaliman itu), maka tindakan atau sikap Dawi­dowicz itu memang boleh disifatkan sebagai wajar. Penerimaan andaian ini penting dijelaskan sebagaimana penting bagi kita juga menjelaskan penerimaan andaian bahawa manusia itu bertanggung­jawab terhadap tindakannya sendiri. Tanpa menerima andaian babawa manusia itu bertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri, pengadilan ke atas tindakan manusia adalah sesuatu yang tidak munasabah. Begitulah juga pengadilan ke atas negara-negara lain, malah ke atas seluruh dunia, adalah tidak munasabah kalau kita tidak menerima andaian tentang hubungan antarabangsa yang di­sebutkan sebelum ini.

Memang kita sedar bahawa terdapat sebab-sebab negara Eropah enggan bertindak terhadap pemerintahan Hitler, terutama­nya di peringkat awal. Satu sebab yang sering diketengahkan adalah sama dengan sebab yang diberi bagi menerangkan kenapa orang Yahudi tidak menentang Hitler: untuk mengelakkan bencana yang lebih berat.

Apakah di sini kita boleh memaafkan kuasa-kuasa besar Eropah dengan menggunakan hujah yang telah digunakan oleh Dawidowicz bagi membela pemimpin Yahudi? Apakah ini membuktikan kebenaran penegasan Arendt bahawa dalam keadaan krisis seperti yang dihadapi oleh kaum Yahudi, '... tidak ada kumpulan atau orang bukan Yahudi yang bertindak dengan cara berlainan?"

Terdapat dua atau lebih individu atau kumpulan yang bertindak dalam bentuk yang sama tidak semestinya menjadikan tindakan itu wajar. Semua sekali mungkin bersalah. Dalam hal ini kita terpaksa kembali kepada perbincangan tentang apa yang kita terima dan tidak terima sebagai sesuatu yang mutlak; untuk kembali kepada sistem nilai:

- Kalau kita menganggap bekerjasama dengan kekejaman! musuh, berkecuali terhadapnya atau lari daripadanya sebagai sesuatu yang mutlak tidak baik, maka kita akan tetap menyalah­kan orang Yahudi, Jerman, negara Fropah dan sesiapa sahaja yang terlibat seperti yang disebutkan itu.

-   Kalau kita menganggap bahawa bekerjasama dengan keke­jaman/musuh, berkecuali terhadapnya atau lari daripadanya itu adalah sesuatu yang bukan mutlak tidak baik, tetapi ketidakbaik­annya itu tertakluk kepada beberapa pertimbangan tertentu, maka kita terpaksa pula menentukan apakah pertimbangan­-pertimbangan tertentu itu.

- Kalau salah satu daripada pertimbangan tertentu kita itu ialah hal-hal yang dikatakan wajar dilakukan demi mengelakkan ben­cana yang lebih buruk maka kita tidak akan menyalahkan kumpulan orang yang terlibat itu kiranya terbukti niat mereka adalah begitu.

-         Kalau pengecualian atau pertimbangan tertentu kita ini me­rangkumi juga tindakan yang dilaksana demi menyelamatkan diri dan negara sendiri, maka lebih banyak lagi orang dan negara yang akan dikecualikan atau dibebaskan daripada kesalahan dari tuduhan.

Sebaliknya pula, kita mungkin menganggap bahawa berkecuali ter­hadap kekejaman/musuh, bekerjasama dengannya atau lari dari­padanya, adalah perkara yang tidak dapat dimaafkan kecuali per­buatan yang serupa itu di sampingi dengan persediaan, atau usaha menentang keganasan itu. Maka di dalam kes begini perlulah dicari bukti bagi menunjukkan adanya persediaan atau usaha ke arah itu. ini tentu sekali merupakan perkara yang amat rumit. Di dalam sua­sana keganasan yang diranjaui pula oleh satu sistem pengintipan yang menyeluruh, seseorang mungkin mendakwa ia telah sengaja tidak membuat apa-apa persediaan atau usaha (atau sesuatu yang boleh ditafsirkan begitu oleh pihak pemerintah) bagi mengelakkan timbulnya syak wasangka pada pihak pemerintah: Malah, seseorang mungkinjuga membuat hujah bahawa ia bekerjasama dengan kega­nasan (walaupun ia membencinya) dengan tujuan menghapuskan keraguan pemerintah tentang ketaatsetiaannya kepada kerajaan. Dengan kata lain, strateginya ialah untuk kekal hidup dan bertenaga sehingga ke peringkat wujudnya suatu masa dan keadaan yang sesuai untuk menentang dan menghapuskan keganasan itu. Pada masa itu, barulah ia akan menunjukkan belangnya. Di mana kita berada seka­rang? Bagaimana akan kita cari garis pemisah yang membezakan apa yang kita panggil dayus dengan apa yang kita panggil kepintaran? Bagaimana mungkin kita membuat penghakiman sejarah? Di sinilah pentingnya kita mengetahui sama ada terdapat atau tidaknya satu-­satu penetapan mutlak tentang bagaimana sesuatu matlamat itu patut atau boleh diusahakan. Apakah matlamat itu menghalalkan cara, yakni biar apa pun caranya?

Sebagai rumusan ingin saya jelaskan sekali lagi bagaimana, peri mustahaknya dibuat penentuan tentang ada atau tidak ukuran mutlak apabila seseorang itu membuat sesuatu penganalisisan sejarah. Kepercayaan seseorang tentang ada atau tidaknya apa yang dipanggil unsur mutlak itu, tanggapan dan juga tindakannya atau ketiadaan tindakan tentu boleh menimbulkan rantaian peristiwa yang tersendiri. Maka begitu juga halnya dengan pendirian ahli sejarah tentang sama ada ia mahu atau tidak mahu mengendalikan peng­adilan moral di dalam penganalisisan sejarahnya. Sikap pro, anti, atau berkecuali di dalam soal ini boleh mengakibatkan rantaian pemikiran atau peristiwa yang tersendiri yang seterusnya akan menimbulkan akibat-akibat lain. Dakwaan ini adalah tidak keterla­luan rasanya, selagi kita percaya bahawa apa yang dipanggil penye­baban itu memang ada memainkan peranan di dalam sejarah dan juga kehidupan. Selain itu, terdapat juga kemungkinan, seperti kata seorang ahli sejarah, "sekiranya yang pakar, cermat dan terlatih gagal untuk menghasilkan pengajaran daripada sejarah, maka yang curang dan tidak terlatih akan melakukannya bagi pihak mereka." Walaupun ahli sejarah patut mengendalikan pengadilan moral, ia tidak semestinya pula merupakan seorang yang ahli atau mampu berbuat begitu. Namun, mengaku tidak mampu tidak semestinya tidak baik. Pengakuan ini memang mungkin menjadikan seorang itu tawar hati dan mengundurkan diri, tetapi boleh juga menjadikan seseorang itu lebih bergiat untuk mengatasi kekurangan, sama ada secara sendirian atau secara berkelompok. Pokoknya, jalan keluar daripada masalah ini bukanlah lari daripadanya "tetapi memper­lengkapkan lagi para ahli sejarah dengan kemahiran yang berkait...." Dan masalah ini perlu dihadapi dan diselesaikan oleh para ahli seja­rah sebagai manusia biasa dan juga oleh bukan ahli sejarah yang  juga manusia biasa".