Sejarah Melayu dan Hikayat Abdullah
- Tugasan Empat ; Ulasan Kitab Sulalatus SalatinSulalatus Salatin yang
juga dikenali sebagai Sejarah Melayu merupakan kitab hasilkepengarangan
Tun Sri Lanang. Karya ini menceritakan zaman kesultanan Melayumelaka
yang dikatakan dibawa dari Goa. Goa yang selama ini dianggap di
India,sebenarnya merupakan suatu tempat yang terletak di Sulawesi
Indonesia. Karya ini telahdikarang oleh Tun Sri Lanang ketika beliau
menjadi Bendahara Paduka Johor antaratahun 1580 hingga 1615. Tun Sri
Lanang telah dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor padatahun 1565.
Sulalatus Salatin mengandungi 15 bab. Permulaan bab dibincangkan dengan
juraiketurunan raja Melaka sehingga pembentukan Melaka ataupun sesudah
pembukaanMelaka. Pembahagian perbincangan Sulalatus Salatin terbahagi
kepada 2 bahagian ,iaitusebelum pembukaan kota Melaka [ mengandungi 4
bab] dan selepas pembukaan kotaMelaka [ mengandungi 11 bab ] Karya
Sejarah Melayu ini mempunyai banyak versi. Namun, pembentang padahari
tersebut tidak memberitahu secara jelas versi kitab yang dirujuk mereka
untukpembentangan pada hari tersebut. Tiada dijelaskan juga mengenai
perbezaan – perbezaanantara versi Kitab Sejarah Melayu yang lain.
Berdasarkan pembentangan yang lalu, dapatsaya rumuskan bahawa karya
agung ini mengutarakan pelbagai falsafah dan etika didalamnya. Pada hari
pembentangan, para pembentang telah mengutarakan tujuh falsafah,iaitu
ketaatan kepada pemerintah, keadilan, waad, nilai dan etika, adat,
keberanian, dankekuasaan. Dalam karya ini, falsafah ketaatan
dirujuk kepada beberapa orang tokoh yangdisebut dalam karya ini,
antaranya ialah Demang Lebar Daun, Hang Tuah, BendaharaPaduka Raja, Hang
Nadim dan Bendahara Seri Maharaja. Demang Lebar Daun seorangyang taat
apabila membenarkan puterinya berkahwin dengan Seri Tribuana. Hang
Tuahpula terlalu taat kepada sultan sehinggakan rela menerima hukuman
bunuh dari sultan
15
- 16. setelah difitnah
berkelakuan sumbang dengan dayang. Hang Tuah rela dihukum biarpunbeliau
tidak bersalah. Baginda Paduka Raja dikatakan taat kepada sultan
apabila akur dan tidakmemprotes apabila anaknya, Tun Besar dibunuh oleh
anak sultan apabila bola sepakraganya terkena destar anakanda sultan
lalu terjatuh ke tanah. Berpegang kepada prinsip“adat Melayu tidak
perbah derhaka” maka Baginda Paduka Raja menerima perkaratersebut
meskipun anaknya mati dibunuh. Kesimpulan yang dapat dibuat dari
falsafah ketaatan ini, konsep ketaatan yangdiamalkan terlalu keterlaluan
dan terlalu mengagung – agungkan sultan biarpun tindakansultan tersebut
adalah salah dan melampau. Namun, saya berasa agak keliru keranaBaginda
Seri Maharaja dikatakan seorang yang taat kepada sultan. Hal ini
kerana,keengganan beliau mempersembahkan puterinya kepada Sultan Mahmud
telahmenunjukkan ciri penderhakaan kepada sultan. Bendahara Seri
Maharaja berpeluanguntuk membantah hukuman bunuh yang dijatuhkan ke atas
beliau sekeluarga. Beliauketika itu dalam posisi sangat kukuh dari segi
politik dan ekonomi sebaliknya beliaumelarang para pengikutnya daripada
memberontak. Mungkin peristiwa ini menabalkanbeliau sebagai seorang
yang taat kepada sultan. Falsafah kedua yang dibentangkan adalah
Waad. Waad merupakan kontrak sosialdi antara Demang Lebar Daun dan Sang
Sapurba. Jika waad ini dilanggar, maka pelbagaibencana akan menimpa
seperti menghidapi penyakit kerdal. Oleh itu, wujudnya perkaratulah dan
daulat. Saya melihat waad ini sebagai suatu kontrak atau perjanjian di
antaragolongan pemerintah dan rakyat. Terkandung pelbagai perjanjian
yang bertimbal balik.Contohnya, rakyat tidak boleh menderhaka kepada
raja dan raja juga tidak bolehmenzalimi rakyat. Rakyat tidak boleh
menderhaka dan perlu taat kepada raja. Perjanjianini dapat membuatkan
rakyat tunduk patuh kepada raja da sekiranya tidak patuh, merekaakan
ditimpa bencana.
16
- 17. Falsafah ketiga yang
diutarakan ialah falsafah keadilan. Contohnya, SultanMuzaffar Syah
wujudkan undang – undang untuk mengelakkan menteri melakukankesilapan.
Ganjaran kepada kesilapan adalah hukuman. Dalam kitab ini, tidak
banyakyang ditonjolkan mengenai sikap raja yang adil. Ketidakadilan raja
juga denganberaninya ditonjolkan oleh Tun Sri Lanang. Beliau patut
dipuji kerana tidak hanyamenceritakan kebaikan sahaja, malah turut
menceritakan kezaliman raja terhadap rakyatdan pembesar – pembesarnya.
Terdapat banyak peristiwa yang mempamerkanketidakadilan raja.
Falsafah keempat yang ditonjolkan telah dalam pembentangan adalah
falsafahadat. Adat merupakan peraturan yang diamalkan sejak turun –
temurun. Adat perludipatuhi. Dalam Kitab ini terdapat banyak adat Melayu
yang diamalkan oleh golongandiraja dan golongan rakyat. Ada antaranya
masih digunapakai dan ada juga di antaranyadiubahsuai supaya sesuai
dengan peredaran masa. Falsafah kelima yang ditunjukkan adalah
falsafah kekuasaan. Kitab ini terlalubanyak menceritakan kekuasaan raja.
Raja sangat berpengaruh dari segala sudut. Rajaberkuasa menitahkan apa
sahaja kepada rakyat da rakyat perlu menunaikannya jika tidakmahu
dihukum. Saya melihat, kuasa raja sebagai kuasa mutlak terlalu banyak
menindasgolongan rakyat. Kandungan kitab ini mempamerkan sikap raja yang
kejam dan sanggupberbuat apa sahaja demi mendapatkan sesuatu. Raja pada
zaman dahulu terlalu berkuasasehingga bertindak zalim di luar batas
kemanusiaan. Justeru, tidak hairanlah mengaparakyat begitu patuh kepada
raja biarpun diperlakukan dengan buruk rupa.
17
- 18.
Falsafah keenam yang ditonjolkan dalam pembentangan ialah
keberanian.Keberanian raja merujuk kepada keberaniannya menjajah da
mentakluk negeri lain untukmeluaskan pengaruh jajahannya. Dalam kitab
ini, turut diceritakan mengenai sikapkeberanian yang ditonjolkan oleh
golongan rakyat biasa seperti badang. Kitab ini banyakmenonjolkan
ketokohan keberanian Hang Tuah. Hang Tuah digambarkan sebagaiseseorang
yang sangat hebat. Perkara ini seperti sengaja ditonjolkan untuk
menunjukkankehebatan orang Melayu pada waktu tersebut. Falsafah
ketujuh yang ditonjolkan ketika pembentangan adalah nilai dan
etika.Etika dan nilai yang digarap dalam kitab ini diwarisi rakyat.
Selain itu, kitab ini jugamenggariskan tugas – tugas raja dan pembesar
dan peranan – peranan rakyat. Raja jugasebagai bayangan tuhan atau
payung kepada rakyat. Justeru, taat dan setia perluditumpahkan kepada
raja sepenuhnya.Kesimpulannya, secara keseluruhan dapat dilihat betapa
karya agung ini bersifat sejagatdan menyeluruh. Namun, terdapat unsur –
unsur mitos yang seakan – akan tidak masukakal di dalam kitab ini.
Kekuasaan yang ditonjolkan oleh raja secara melampau dan jugakezaliman
raja menunjukkan betapa tidak adilnya raja pada suatu ketika dahulu.
Dalamkitab ini juga ditonjolkan secara melampau ketaatan kepada raja.
Justeru, pepatah “ adatMelayu tidak menderhaka’ begitu terserap dalam
masyarakat Melayu pada suatu ketikadahulu.
18
- 19.
Tugasan lima : Ulasan Hikayat Abdullah.Hikayat Abdullah merupakan
biografi atau penceritaan pengalaman hidup MunsyiAbdullah atau nama
sebenarnya Abdullah Bin Abdul Kadir. Hikayat ini mengandungisegala hal
yang berlaku pada diri Munsyi Abdullah dan masyarakat selat pada
masapemerintahan Inggeris dan peralihan kuasa Inggeris kepada Belanda di
Melaka. Hikayatini merupakan dokumentasi sejarah yang berlatar
belakangkan peristiwa – peristiwa yangberlaku pada abad ke -19 yang
diceritakan mengikut perspektif beliau yang hidup padazaman tersebut..
Turut diceritakan dalam hikayat ini mengenai kisah pembukaanSingapura
dan pembangaunannya pada awal abad ke -19. Dalam hikayat ini,
MunsyiAbdullah telah mengkritik gaya hidup da kepercayaan masyarakat
yang berbilang kaumdi Melaka pada masa itu yang terdiri daripada empat
kapitan, iaitu Keling, Cina, Nasrani,dan Melayu. Masyarakat pada
zaman tersebut begitu taksub dengan kepercayaan tahyulterutamanya
masyarakat Melayu yang begitu mempercayai penanggal dan polong.Perkara
ini diceritakan dengan teliti tentang asal – usul makhluk – makhluk ini
serta carauntuk membunuhnya. Dalam hikayat ini, beberapa kali Munsyi
Abdullah menyatakankebencian beliau terhadap kepercayaaan karut-marut
masyarakat Melayu pada ketika itu. Hikayat ini boleh dikatakan
sebagai dokumentasi Abdullah. Munsyi Abdullahtelah telah membawa pembaca
bertemu dengan tokoh – tokoh sejarah seperti Farquhar,Lord Minto dan
Crawford. Hikayat ini telah menceritakan peribadi mereka
mengikutpandangan Munsyi Abdullah yang berdampingan dengan mereka. Tokoh
– tokoh inidigambarkan sebagai baik dan disanjungi oleh Munsyi
Abdullah. Pembentang tidakmengulas lebih lanjut apakah kebaikan –
kebaikan tokoh yang dilakukan terhadapMunsyi Abdullah sehinggakan tokoh
yang kita anggap mereka jahat tetapi disanjungtinggi oleh Munsyi
Abdullah.
19
- 20. Penceritaan hikayat ini jelas
menunjukkan Munsyi Abdullah seorang yang gigihmenuntut ilmu. Munsyi
Abdullah berketurunan peranakan Arab – India yang berjayamenguasai
bahasa Melayu , bahasa Tamil, Hindustan, Inggeris dan Cina.
Penguasaanbeberapa bahasa ini menunjukkan kegigihan Munsyi Abdullah
mempelajari bahasa.Munsyi Abdullah juga mengkritik sikap masyarakat
Melayu yang malas mempelajaribahasa Melayu. Perkara ini membuktikan
betapa Munsyi Abdullah melakukan pelbagaikritikan sosial dalam
hikayatnya. Dalam pembentangan yang dilakukan, pembentang telah
mengemukakan limafalsafah yang terkandung dalam Hikayat Abdullah, iaitu
falsafah ketuhanan, keadilan,kebenaran dan keindahan. Falsafah ketuhanan
yang dibentangkan oleh pembentangmengenai kebencian karut dan tahyul
masyarakat Melayu yang membelakangkan kuasaAllah S.w.t. Abdullah
berfikiran rasional dan realistikdan tidak mempercayai bomoh,dukun dan
pawang. Beliau juga mengkritik kepercayaan orang Melayu yang
tidakmempercayai ilmu falak dan tidak mempercayai bahawa bumi ini bulat.
Beliau jugamengkritik orang Melayu yang mempercayai peristiwa gerhana
bulan disebabkan bulandimakan oleh Rauf (ular). Musnsyi Abdullah menyeru
masyarakat supaya memandangsesuatu itu secara rasional dan berpegang
kepada kuasa Allah. Perkara ini membuktikan,daalm karya ini Munsyi
Abdullah amat menekankan aspek ketuhanan dalam karyanya. Falsafah
kedua yang dikemukakan oleh pembentang ialah falsafah keadilan.Falsafah
keadilan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan kes Syed Yasin,
keskezaliman Sultan, keadilan Farquha yang sedia membantu golongan
bawahan yangkesusahan. Pada hari tersebut, pembentang tidak pula
mengutarakan pertikaian MunsyiAbdullah mengenai konsep perbezaan taraf
dalam amalan dalam sistem masyarakatMelayu. Beliau menyeru dan menuntut
kesamarataan dalam gagasannya yang terkandungdalam karya. Falsafah
ketiga yang dikemukakan oleh pembentang ialah falsafah kebenaran.Munsyi
Abdullah menyatakan perkara kebenaran dalam hikayatnya. Apa
yangdiceritakan merupakan perkara yang betul – betul berlaku dan
diamalkan sehingga ke hari
20
- 21. ini seperti
kepercayaan tahyul oleh masyarakat Melayu. Ketika
pembentangmembentangkan falsafah ini, tidak begitu jelas diterangkan
mengenai falsafah kebenaranyang dimaksudkan oleh kumpulan pembentang.
Falsafah keempat yang diutarakan oleh pembentang ialah falsafah
keindahan.Keindahan yang dimaksudkan dari segi bahasa, adat dan
pemikiran yang diutarakandalam hikayat. Hikayat Abdullah membawa
perubahan tema, plot, dan jalan cerita sepertikarya – karya yang ditulis
dalam zamannya. Beliau telah menjadikan pengalaman beliausebagai bahan
penulisan. Perkara ini menjadikan karya beliau bersifat realiti dan
tidakdiselitkan dengan cerita – cerita dogeng seperti karya – karya lain
yang ditulis dalamzamannya. Beliau menyelitkan pantun, syair dan kiasan
untuk menyampai kan sesuatupemikirannya. Selain itu, terdapat banyak
kosa kata baharu dan penggunaan teknik dialogdalam karya ini. Boleh
dikatakan bahawa hikayat ini sebagai permulaan karya Melayumoden yang
boleh diibaratkan seangkatan ASAS 50 yang lahir seratus tahun
selepaskelahiran hikayat ini. Jelas menunjukkan pemikiran Munsyi
Abdullah tidak dibatasi olehmasa. Falsafah terakhir yang
dibentangkan ialah falsfah etika yang terkandung dalamhikayat ini.
Undang – undang Singapura dikatakan sebagai hasil kebijaksanaan
Raffles.Pembentang juga mengatakan falsafah etika ini dikaitkan dengan
penceritaan kisah TuanBangoor yang begitu mementingkan nilai kebersihan.
Adat menggunakan keris jugadikatakan sebagai falsafah etika yang
diutarakan dalam karya ini oleh pembentang. Namun, terdapat lagi
falsafah lain yang tidak dibincangkan oleh pembentang.Contohnya seperti
falsafah pemikiran. Tidak dibincangkan mengenai pemikiran MunsyiAbdullah
yang jauh ke depan dan bersifat revolusioner. Beliau juga dianggap
sebagaitokoh yang menerajui perkembangan sastera moden di tanah Melayu
pada ketika itu.Selain itu, perlu juga ditelusuri betapa Munsyi Abdullah
ini begitu teruja dan terpegundengan orang asing yang menjajah Tanah
Melayu pada ketika itu.Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia.
21
No comments:
Post a Comment