Saturday 6 April 2013

Sejarah Melayu dan Hikayat Abdullah

  • Tugasan Empat ; Ulasan Kitab Sulalatus SalatinSulalatus Salatin yang juga dikenali sebagai Sejarah Melayu merupakan kitab hasilkepengarangan Tun Sri Lanang. Karya ini menceritakan zaman kesultanan Melayumelaka yang dikatakan dibawa dari Goa. Goa yang selama ini dianggap di India,sebenarnya merupakan suatu tempat yang terletak di Sulawesi Indonesia. Karya ini telahdikarang oleh Tun Sri Lanang ketika beliau menjadi Bendahara Paduka Johor antaratahun 1580 hingga 1615. Tun Sri Lanang telah dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor padatahun 1565. Sulalatus Salatin mengandungi 15 bab. Permulaan bab dibincangkan dengan juraiketurunan raja Melaka sehingga pembentukan Melaka ataupun sesudah pembukaanMelaka. Pembahagian perbincangan Sulalatus Salatin terbahagi kepada 2 bahagian ,iaitusebelum pembukaan kota Melaka [ mengandungi 4 bab] dan selepas pembukaan kotaMelaka [ mengandungi 11 bab ] Karya Sejarah Melayu ini mempunyai banyak versi. Namun, pembentang padahari tersebut tidak memberitahu secara jelas versi kitab yang dirujuk mereka untukpembentangan pada hari tersebut. Tiada dijelaskan juga mengenai perbezaan – perbezaanantara versi Kitab Sejarah Melayu yang lain. Berdasarkan pembentangan yang lalu, dapatsaya rumuskan bahawa karya agung ini mengutarakan pelbagai falsafah dan etika didalamnya. Pada hari pembentangan, para pembentang telah mengutarakan tujuh falsafah,iaitu ketaatan kepada pemerintah, keadilan, waad, nilai dan etika, adat, keberanian, dankekuasaan. Dalam karya ini, falsafah ketaatan dirujuk kepada beberapa orang tokoh yangdisebut dalam karya ini, antaranya ialah Demang Lebar Daun, Hang Tuah, BendaharaPaduka Raja, Hang Nadim dan Bendahara Seri Maharaja. Demang Lebar Daun seorangyang taat apabila membenarkan puterinya berkahwin dengan Seri Tribuana. Hang Tuahpula terlalu taat kepada sultan sehinggakan rela menerima hukuman bunuh dari sultan 15
  • 16. setelah difitnah berkelakuan sumbang dengan dayang. Hang Tuah rela dihukum biarpunbeliau tidak bersalah. Baginda Paduka Raja dikatakan taat kepada sultan apabila akur dan tidakmemprotes apabila anaknya, Tun Besar dibunuh oleh anak sultan apabila bola sepakraganya terkena destar anakanda sultan lalu terjatuh ke tanah. Berpegang kepada prinsip“adat Melayu tidak perbah derhaka” maka Baginda Paduka Raja menerima perkaratersebut meskipun anaknya mati dibunuh. Kesimpulan yang dapat dibuat dari falsafah ketaatan ini, konsep ketaatan yangdiamalkan terlalu keterlaluan dan terlalu mengagung – agungkan sultan biarpun tindakansultan tersebut adalah salah dan melampau. Namun, saya berasa agak keliru keranaBaginda Seri Maharaja dikatakan seorang yang taat kepada sultan. Hal ini kerana,keengganan beliau mempersembahkan puterinya kepada Sultan Mahmud telahmenunjukkan ciri penderhakaan kepada sultan. Bendahara Seri Maharaja berpeluanguntuk membantah hukuman bunuh yang dijatuhkan ke atas beliau sekeluarga. Beliauketika itu dalam posisi sangat kukuh dari segi politik dan ekonomi sebaliknya beliaumelarang para pengikutnya daripada memberontak. Mungkin peristiwa ini menabalkanbeliau sebagai seorang yang taat kepada sultan. Falsafah kedua yang dibentangkan adalah Waad. Waad merupakan kontrak sosialdi antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba. Jika waad ini dilanggar, maka pelbagaibencana akan menimpa seperti menghidapi penyakit kerdal. Oleh itu, wujudnya perkaratulah dan daulat. Saya melihat waad ini sebagai suatu kontrak atau perjanjian di antaragolongan pemerintah dan rakyat. Terkandung pelbagai perjanjian yang bertimbal balik.Contohnya, rakyat tidak boleh menderhaka kepada raja dan raja juga tidak bolehmenzalimi rakyat. Rakyat tidak boleh menderhaka dan perlu taat kepada raja. Perjanjianini dapat membuatkan rakyat tunduk patuh kepada raja da sekiranya tidak patuh, merekaakan ditimpa bencana. 16
  • 17. Falsafah ketiga yang diutarakan ialah falsafah keadilan. Contohnya, SultanMuzaffar Syah wujudkan undang – undang untuk mengelakkan menteri melakukankesilapan. Ganjaran kepada kesilapan adalah hukuman. Dalam kitab ini, tidak banyakyang ditonjolkan mengenai sikap raja yang adil. Ketidakadilan raja juga denganberaninya ditonjolkan oleh Tun Sri Lanang. Beliau patut dipuji kerana tidak hanyamenceritakan kebaikan sahaja, malah turut menceritakan kezaliman raja terhadap rakyatdan pembesar – pembesarnya. Terdapat banyak peristiwa yang mempamerkanketidakadilan raja. Falsafah keempat yang ditonjolkan telah dalam pembentangan adalah falsafahadat. Adat merupakan peraturan yang diamalkan sejak turun – temurun. Adat perludipatuhi. Dalam Kitab ini terdapat banyak adat Melayu yang diamalkan oleh golongandiraja dan golongan rakyat. Ada antaranya masih digunapakai dan ada juga di antaranyadiubahsuai supaya sesuai dengan peredaran masa. Falsafah kelima yang ditunjukkan adalah falsafah kekuasaan. Kitab ini terlalubanyak menceritakan kekuasaan raja. Raja sangat berpengaruh dari segala sudut. Rajaberkuasa menitahkan apa sahaja kepada rakyat da rakyat perlu menunaikannya jika tidakmahu dihukum. Saya melihat, kuasa raja sebagai kuasa mutlak terlalu banyak menindasgolongan rakyat. Kandungan kitab ini mempamerkan sikap raja yang kejam dan sanggupberbuat apa sahaja demi mendapatkan sesuatu. Raja pada zaman dahulu terlalu berkuasasehingga bertindak zalim di luar batas kemanusiaan. Justeru, tidak hairanlah mengaparakyat begitu patuh kepada raja biarpun diperlakukan dengan buruk rupa. 17
  • 18. Falsafah keenam yang ditonjolkan dalam pembentangan ialah keberanian.Keberanian raja merujuk kepada keberaniannya menjajah da mentakluk negeri lain untukmeluaskan pengaruh jajahannya. Dalam kitab ini, turut diceritakan mengenai sikapkeberanian yang ditonjolkan oleh golongan rakyat biasa seperti badang. Kitab ini banyakmenonjolkan ketokohan keberanian Hang Tuah. Hang Tuah digambarkan sebagaiseseorang yang sangat hebat. Perkara ini seperti sengaja ditonjolkan untuk menunjukkankehebatan orang Melayu pada waktu tersebut. Falsafah ketujuh yang ditonjolkan ketika pembentangan adalah nilai dan etika.Etika dan nilai yang digarap dalam kitab ini diwarisi rakyat. Selain itu, kitab ini jugamenggariskan tugas – tugas raja dan pembesar dan peranan – peranan rakyat. Raja jugasebagai bayangan tuhan atau payung kepada rakyat. Justeru, taat dan setia perluditumpahkan kepada raja sepenuhnya.Kesimpulannya, secara keseluruhan dapat dilihat betapa karya agung ini bersifat sejagatdan menyeluruh. Namun, terdapat unsur – unsur mitos yang seakan – akan tidak masukakal di dalam kitab ini. Kekuasaan yang ditonjolkan oleh raja secara melampau dan jugakezaliman raja menunjukkan betapa tidak adilnya raja pada suatu ketika dahulu. Dalamkitab ini juga ditonjolkan secara melampau ketaatan kepada raja. Justeru, pepatah “ adatMelayu tidak menderhaka’ begitu terserap dalam masyarakat Melayu pada suatu ketikadahulu. 18
  • 19. Tugasan lima : Ulasan Hikayat Abdullah.Hikayat Abdullah merupakan biografi atau penceritaan pengalaman hidup MunsyiAbdullah atau nama sebenarnya Abdullah Bin Abdul Kadir. Hikayat ini mengandungisegala hal yang berlaku pada diri Munsyi Abdullah dan masyarakat selat pada masapemerintahan Inggeris dan peralihan kuasa Inggeris kepada Belanda di Melaka. Hikayatini merupakan dokumentasi sejarah yang berlatar belakangkan peristiwa – peristiwa yangberlaku pada abad ke -19 yang diceritakan mengikut perspektif beliau yang hidup padazaman tersebut.. Turut diceritakan dalam hikayat ini mengenai kisah pembukaanSingapura dan pembangaunannya pada awal abad ke -19. Dalam hikayat ini, MunsyiAbdullah telah mengkritik gaya hidup da kepercayaan masyarakat yang berbilang kaumdi Melaka pada masa itu yang terdiri daripada empat kapitan, iaitu Keling, Cina, Nasrani,dan Melayu. Masyarakat pada zaman tersebut begitu taksub dengan kepercayaan tahyulterutamanya masyarakat Melayu yang begitu mempercayai penanggal dan polong.Perkara ini diceritakan dengan teliti tentang asal – usul makhluk – makhluk ini serta carauntuk membunuhnya. Dalam hikayat ini, beberapa kali Munsyi Abdullah menyatakankebencian beliau terhadap kepercayaaan karut-marut masyarakat Melayu pada ketika itu. Hikayat ini boleh dikatakan sebagai dokumentasi Abdullah. Munsyi Abdullahtelah telah membawa pembaca bertemu dengan tokoh – tokoh sejarah seperti Farquhar,Lord Minto dan Crawford. Hikayat ini telah menceritakan peribadi mereka mengikutpandangan Munsyi Abdullah yang berdampingan dengan mereka. Tokoh – tokoh inidigambarkan sebagai baik dan disanjungi oleh Munsyi Abdullah. Pembentang tidakmengulas lebih lanjut apakah kebaikan – kebaikan tokoh yang dilakukan terhadapMunsyi Abdullah sehinggakan tokoh yang kita anggap mereka jahat tetapi disanjungtinggi oleh Munsyi Abdullah. 19
  • 20. Penceritaan hikayat ini jelas menunjukkan Munsyi Abdullah seorang yang gigihmenuntut ilmu. Munsyi Abdullah berketurunan peranakan Arab – India yang berjayamenguasai bahasa Melayu , bahasa Tamil, Hindustan, Inggeris dan Cina. Penguasaanbeberapa bahasa ini menunjukkan kegigihan Munsyi Abdullah mempelajari bahasa.Munsyi Abdullah juga mengkritik sikap masyarakat Melayu yang malas mempelajaribahasa Melayu. Perkara ini membuktikan betapa Munsyi Abdullah melakukan pelbagaikritikan sosial dalam hikayatnya. Dalam pembentangan yang dilakukan, pembentang telah mengemukakan limafalsafah yang terkandung dalam Hikayat Abdullah, iaitu falsafah ketuhanan, keadilan,kebenaran dan keindahan. Falsafah ketuhanan yang dibentangkan oleh pembentangmengenai kebencian karut dan tahyul masyarakat Melayu yang membelakangkan kuasaAllah S.w.t. Abdullah berfikiran rasional dan realistikdan tidak mempercayai bomoh,dukun dan pawang. Beliau juga mengkritik kepercayaan orang Melayu yang tidakmempercayai ilmu falak dan tidak mempercayai bahawa bumi ini bulat. Beliau jugamengkritik orang Melayu yang mempercayai peristiwa gerhana bulan disebabkan bulandimakan oleh Rauf (ular). Musnsyi Abdullah menyeru masyarakat supaya memandangsesuatu itu secara rasional dan berpegang kepada kuasa Allah. Perkara ini membuktikan,daalm karya ini Munsyi Abdullah amat menekankan aspek ketuhanan dalam karyanya. Falsafah kedua yang dikemukakan oleh pembentang ialah falsafah keadilan.Falsafah keadilan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan kes Syed Yasin, keskezaliman Sultan, keadilan Farquha yang sedia membantu golongan bawahan yangkesusahan. Pada hari tersebut, pembentang tidak pula mengutarakan pertikaian MunsyiAbdullah mengenai konsep perbezaan taraf dalam amalan dalam sistem masyarakatMelayu. Beliau menyeru dan menuntut kesamarataan dalam gagasannya yang terkandungdalam karya. Falsafah ketiga yang dikemukakan oleh pembentang ialah falsafah kebenaran.Munsyi Abdullah menyatakan perkara kebenaran dalam hikayatnya. Apa yangdiceritakan merupakan perkara yang betul – betul berlaku dan diamalkan sehingga ke hari 20
  • 21. ini seperti kepercayaan tahyul oleh masyarakat Melayu. Ketika pembentangmembentangkan falsafah ini, tidak begitu jelas diterangkan mengenai falsafah kebenaranyang dimaksudkan oleh kumpulan pembentang. Falsafah keempat yang diutarakan oleh pembentang ialah falsafah keindahan.Keindahan yang dimaksudkan dari segi bahasa, adat dan pemikiran yang diutarakandalam hikayat. Hikayat Abdullah membawa perubahan tema, plot, dan jalan cerita sepertikarya – karya yang ditulis dalam zamannya. Beliau telah menjadikan pengalaman beliausebagai bahan penulisan. Perkara ini menjadikan karya beliau bersifat realiti dan tidakdiselitkan dengan cerita – cerita dogeng seperti karya – karya lain yang ditulis dalamzamannya. Beliau menyelitkan pantun, syair dan kiasan untuk menyampai kan sesuatupemikirannya. Selain itu, terdapat banyak kosa kata baharu dan penggunaan teknik dialogdalam karya ini. Boleh dikatakan bahawa hikayat ini sebagai permulaan karya Melayumoden yang boleh diibaratkan seangkatan ASAS 50 yang lahir seratus tahun selepaskelahiran hikayat ini. Jelas menunjukkan pemikiran Munsyi Abdullah tidak dibatasi olehmasa. Falsafah terakhir yang dibentangkan ialah falsfah etika yang terkandung dalamhikayat ini. Undang – undang Singapura dikatakan sebagai hasil kebijaksanaan Raffles.Pembentang juga mengatakan falsafah etika ini dikaitkan dengan penceritaan kisah TuanBangoor yang begitu mementingkan nilai kebersihan. Adat menggunakan keris jugadikatakan sebagai falsafah etika yang diutarakan dalam karya ini oleh pembentang. Namun, terdapat lagi falsafah lain yang tidak dibincangkan oleh pembentang.Contohnya seperti falsafah pemikiran. Tidak dibincangkan mengenai pemikiran MunsyiAbdullah yang jauh ke depan dan bersifat revolusioner. Beliau juga dianggap sebagaitokoh yang menerajui perkembangan sastera moden di tanah Melayu pada ketika itu.Selain itu, perlu juga ditelusuri betapa Munsyi Abdullah ini begitu teruja dan terpegundengan orang asing yang menjajah Tanah Melayu pada ketika itu.Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia. 21

Kritikan Sosial Daalm Hikayat Abdullah

Refleksi kritikan sosial 'Hikayat Abdullah'
 
Hikayat salah satu bidang kesusasteraan Melayu silam. Cerita-cerita hikayat biasanya berbentuk panjang dan menceritakan mengenai seseorang atau kejadian yang penting.

Pada kebiasaannya cerita hikayat adalah warisan dari penceritaan secara lisan, dengan itu ia mengekalkan format penceritaan lisan. Kebanyakan cerita hikayat ditulis dalam bentuk di mana, pembaca akan membacanya secara kuat untuk didengari oleh pendengar.

azlanAntara peristiwa yang membaca kepada pembacaan hikayat ini adalah apabila berlakunya peperangan. Hikayat-hikayat mengenai kegagahan dan keperwiraan pahlawan Melayu silam dibacakan dengan lantang bagi diperdengarkan kepada para hulubalang bagi menaikkan semangat juang mereka. Antara yang menjadi kebiasaan bagi dibaca adalah Hikayat Amir Hamzah.

Namun hikayat-hikayat ini kerana kuat pengaruhnya dengan budaya dan kepercayaan Hindu-Buddha yang terlebih dahulu bertapak di kepulauan Nusantara turut mempengaruhi bentuk dan simbol-simbol dalam penulisan/ penceritaan hikayat selepas kedatangan Islam.

Antara contoh yang paling ketara adalah, semasa Hindu-Buddha menjadi agama umum di Nusantara kebanyakan hikayat adalah berkisarkan kepada kesaktian dan kejaiban kuasa para dewa dan dewi. Ia juga menggagaskan konsep raja sebagai dewa di bumi atau anak kepada dewa itu sendiri.

Apabila Islam datang, para pendakwah Islam termasuk para Wali Songo menggunakan cara yang berhikmah dalam mengambil hati masyarakat Nusantara. Antara cara yang digunakan dengan mengasimilasikan dakwah Islam dengan adat, budaya dan kesenian termasuk sastera yang sedia ada.

Justeru, tidak hairan konsep yang hampir sama dengan gagasan raja sebagai wakil dewa atau anak dewa kemudian menjadi sultan adalah bayangan Allah di muka bumi (zhilu-Allah fil ard). Konsep ini disandarkan pula kepada sebuah hadis yang dikaitkan kepada Rasulullah sedangkan pakar hadis kemudiannya menilai hadis tersebut sebagai sangat lemah (daif jiddan).

NONEProf Madya Dr Asri Zainul Abidin dalam artikelnya bertajuk “Bilakah Sultan Menjadi Bayangan Allah di Bumi” menjelaskan:

“Sebenarnya hadis tersebut mempunyai banyak riwayat. Ada yang palsu, ada yang sangat daif (daif jiddan), ada yang daif dan ada yang hasan ataupun mungkin boleh mendekati sahih. Antara lafaz yang palsu atau sekurang-kurang teramat daif:

“al-Sultan bayangan Allah di bumi. Jika mereka berbuat baik bagi mereka pahala dan wajib ke atas kamu syukur. Jika mereka jahat, mereka mendapat dosa, wajib ke atas kamu sabar. Janganlah kejahatannya itu menyebabkan kamu keluar dari ketaatan. Ini kerana, sesungguhnya kehinaan dalam mentaati Allah (dengan mentaati sultan yang jahat) lebih baik dari kekal dalam neraka (kerana menentang sultan). Jika tidak kerana mereka, manusia tidak akan aman.” (hadis ini dihukum oleh al-Albani sebagai ‘terlalu daif’ dalam Silsilah al-Daifah, no. 1664)

Namun secara kesimpulan penilaian hadis, setakat lafaz “Al-Sultan bayangan Allah di bumi” adalah sahih disebabkan pelbagai riwayat. Adapun tambahan selepas lafaz tersebut ada yang hasan, daif, sangat daif dan palsu.

Ada juga riwayat dalam al-Jami’ al-Saghir oleh al-Sayuti (meninggal 911H) yang menyebut:

“al-Sultan bayangan Allah di bumi. Jika seseorang kamu memasuki sesuatu negeri yang tiada sultan padanya, janganlah dia tinggal dalamnya”.

Abdullah Munsyi dan kritikannya

Kemunculan Abdullah bin Abdul Kadir, seorang peranakan Keling dan berketurunan Arab yang fasih membaca dan menulis dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Tamil, bahasa Cina dan bahasa Hindustan membuka lembaran baru dalam dunia penulisan dan persuratan di Nusantara.

Ini kerana, hikayat yang ditulis beliau merupakan suatu rakaman pengamalan sebenar kehidupan sosial pada zamannya. Malah banyak peristiwa besar dan sikap sosial terakam dalam hikayat tersebut sekali gus mencarikkan adat kebiasaan sebuah hikayat yang penuh dengan fantasi kesaktian dan legenda ketokohan individu.

Jenis penulisan beliau ini pada hari ini popular sebagai memoir atau autobiografi. Hikayat Abdullah siap dikarang 1845 dan diterbitkan buat pertama kali pada tahun 1849.
Namun apa yang paling ketara dalam autobiografi ini adalah, sikap Abdullah dan kritikan tajam beliau terhadap suasana sosial pada zaman itu, hasil daripada pemikiran dan ketajaman akal yang mendahului zaman hasil didikan secara paksa rela oleh ayahnya sendiri.

Tidak benar jika dikatakan beliau hanya mengkritik bangsa Melayu kerana jika sesiapa membaca keseluruhan hikayat tersebut, pasti jelas bahawa orang Inggeris, Amerika, Cina, India, Jerman, Belanda, pendek kata apa yang dilalui dan dijumpai serta dilihat sendiri oleh beliau di Melaka dan Singapura, tidak terlepas daripada kritikan dan komentar jujur Abdullah.

Namun yang paling ketara adalah, kritikan Abdullah kepada raja-raja Melayu sepanjang hikayat tersebut. Digambarkan bagaimana Sultan Hussein Syah yang tertipu kepada helah Inggeris kerana mahukan sejumlah wang sebagai habuan dan gaji bulanan bersama temenggung.

Begitu juga beliau sangat kritikal kepada sikap sultan dan kaum kerabatnya, seperti sultanah yang membunuh dan menyeksa dengan sewenang-wenangnya hamba abdi perempuan yang ada rupa kerana cemburu. Ini kerana risau dijadikan oleh Sultan Hussain Syah sebagai gundik.

Lebih jelas lagi apabila Abdullah mengungkapkan sikap raja-raja Melayu dan kerabatnya dengan katanya:

“Setelah Sultan Mahmud mangkat, entah dari mana datangnya, dalam dua tiga hari singgahlah dua tiga orang anak raja di Padang. Setelah sampai di pantai, disuruhnya orang membawa tombaknya ke darat untuk meminta beras, ayam, dan barang-barang lain yang dikehendakinya. Kasihan orang Padang kerana kebodohannya. Apabila mereka nama raja atau anak raja, dihormatinya seperti Allah.

“Dengan gementar tulangnya, mereka serahkan sebarang kehendaknya tanpa bayaran. Sepuluh lima belas hari kemudian, datang pula empat lima anak-anak raja. Mereka pun meminta juga. Ada yang naik sendiri ke darat. Barang yang ditemuinya diambil seperti barang sendiri. Mereka seperti penyamun.
"Tuan punya harta hanya terkelip-kelip matanya, bodoh sebab takut pada nama anak raja. Diam sahaja. Anak raja yang tidak tahu malu dan takut kepada Allah dan makhluk kerana makan barang haram, berbuat sesuka hatinya.

“Ada pula kelakuan seperti binatang, mengejar dan memperkosa anak-anak perempuan. Setelah itu mereka belayar. Kemudian datang pula yang lain. Kehendak mereka tidak boleh dilawan. Jika dilawan, akan dibunuh dan rumah dibakar. Pokok-pokok kelapa mereka habis ditebang untuk umbutnya. Demikianlah mereka membinasakan hamba Allah dengan zalim dan aniaya.

“Mereka meninggalkan kampung halaman dan sawah ladang yang porak-parik, membawa diri ke tempat lain. Ada yang menjadi hamba orang, beribu-ribu orang, bertaburan sepanjang tempat. Kampung-kampung itu tinggal menjadi hutan rimba tempat gajah dan harimau sekarang ini. Tidakkah mereka sedar segala kezaliman dan aniaya mereka itu akan dibalas oleh Allah?

“Ada satu lagi perkara pelik kedengaran. Ada raja yang membuat satu adat, bukannya adat orang Islam atau adat bangsa-bangsa lain di dunia, melainkan adat Iblis ataupun adat hawa nafsu yang jahat. Raja-raja itu mengambil anak-anak dara orang kebanyakan untuk dijadikan gundik dengan paksa, tiada reda perempuan itu, apalagi ibu bapanya.

“Dengan paksa perempuan itu dibawa ke rumahnya. Dipanggilnya khatib atau lebai-lebai yang bebal dalam hukum agama Islam dan tamakkan upah. Disuruh oleh raja nikahkan perempuan itu dengan keris raja. Adakah nikah itu sah?
"Oleh sebab itu, banyaklah lahir anak haram. Kelakuan raja-raja itu seperti iblis yang tidak takutkan Allah dan rasul, dan tiada malu kepada makhluk. Tidakkan patut perbuatan zalim dan aniaya itu dibalas oleh Allah dengan bala-Nya? (Rujuk: Hikayat Abdullah – edisi semi klasik adaptasi oleh Hamzah Hamdani, 2007: 330-338)

Selain daripada itu, Hikayat Abdullah ditutup dengan suatu nasihat dan pandangan yang agak radikal kepada para raja Melayu pada zaman tersebut dan sebelumnya. Justeru tidak hairan mengapa sesetengah cendekiawan Melayu (baca: bangsawan) rasa tidak selesa malah melabelkan beliau dengan pelbagai label termasuk Abdullah Paderi dan sebagainya. (Rujuk: Hikayat Abdullah – edisi semi klasik adaptasi oleh Hamzah Hamdani, 2007: 382-391)

Perihal beliau banyak bekerja dan memuji orang putih (namun tetap dikritik kerana kesombongan/ rasa sudah pandai dalam mempelajari bahasa Melayu) malah sehingga ditugaskan menyalin dan membaik pulih terjemahan Kitab Injil ke dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi, apakah ia menyalahi hukum agama, masih boleh diperdebatkan.

Namun hakikatnya, jasa Abdullah Munsyi kepada korpus kesusasteraan dan persuratan termasuk kewartawanan Melayu adalah sangat besar. Tidak adil jika dinafikan segala sumbangan dan jasa beliau dalam merekod peristiwa zaman dengan begitu cermat dan terperinci serta telus.

Sepanjang membaca Hikayat Abdullah, beliau tidak lekang melafazkan doa dan bertasbih, kadang-kadang mengungkap kata-kata tazkirah dan tazkiatun nafs yang memperlihatkan betapa beliau adalah seorang Muslim yang mempunyai latar belakang pendidikan agama yang kuat selain berpegang teguh dengannya.

Tidak wajar kita menghukum beliau sehingga kepada murtad kerana beliau sangat propenjajah malah banyak membantu penjajah dalam membuat gerak kerja serta mengajar bahasa Melayu. Ini kerana keimanan adalah perihal hati nurani dan hanya Allah yang tidak mempunyai hati yang layak menilai keimanan seseorang, bukan sesama manusia yang juga mempunyai hati nurani dalam dadanya yang juga akan dinilai oleh Allah.

Renungi pula kata-kata nasihat beliau mengenai kepentingan membaca hikayat-hikayat klasik Melayu:

“Ketika itu aku suka membaca hikayat-hikayat kerana banyak faedah kuperoleh daripadanya. Di situlah aku menemui rahsia-rahsia bahasa Melayu. Kalau aku dengar ada orang menyimpan hikayat yang belum aku baca, sedaya mungkin aku akan meminjamnya ataupun menyewanya. Setelah habis kubaca, barulah aku pulangkan.

“Dari situlah aku mendapat kefahaman mengenai tempat hentian dan kuat perlahan dan sebagainya dalam bacaan. Pesanku kepada sekalian sahabat yang membaca kisahku ini, jika hendak pandai dalam bahasa Melayu, rajinlah membaca segala hikayat dalam bahasa  Melayu. Di dalamnya tersembunyi perkara-perkara yang mulia yang tidak kita ketahui faedahnya sekarang. Kemudian hari kelak ia akan berguna apabila kita hendak mengarang, ataupun hendak menggunakannya.

“Pada ketika itu barulah kita teringat bahawa kita pernah bertemu perkataan tersebut dalam kitab dan hikayat yang kita baca. Demikianlah gunanya dan maknanya. Dalam hal ini, jangan engkau salah faham. Kebanyakan hikayat itu aku tahu sebenarnya adalah karut belaka. Aku tidak meminta engkau percaya cerita-cerita itu. Namun biarlah ia tinggal sebagai cerita. Yang penting, pengarangnya itu orang yang pandai. Kita ambil kepandaian ilmunya itu.

“Apabila kita sudah mengetahui semua rahsia tersebut, bolehlah kita mengarang perkara yang kita kehendaki, iaitu kisah yang benar dan rencana yang baik. Apabila sudah kita tahu maknanya, maka bertambah baiklah karangan itu. Sudah terang lagi bersuluh.
"Namun ramai orang yang pandai membaca surat-surat dan hikayat-hikayat Melayu apabila ditanya makna sesuatu perkataan yang ada di dalamnya, mereka tidak dapat menjawab. Mereka tidak belajar tentang asalnya perkataan itu dan tidak mengetahui gunanya. Mereka hanya meniru-niru sahaja.” (Rujuk: Hikayat Abdullah – edisi semi klasik adaptasi oleh Hamzah Hamdani, 2007: 108-109)