Tuesday 12 March 2013

CONTOH SOALAN PENSEJARAHAN MALAYSIA

Bahagian A
1. John Bastin, dalam syarahannya pada tahun 1959 menegaskan penulisan yang bertumpuan Asia atau Malaya (Malaya centric atau Asia-centric) tidak akan mudah dilaksanakan kerana banyak halangan. Bincangkan halangan-halangan tersebut dan reaksi sejarawan lain terhadap perbahasan beliau.
2. “Penulisan sejarah kebangsaan bermaksud beberapa sejarah masa lalu disenyapkan, dipinggirkan atau dilenyapkan daripada menjadi sebahagian daripada naratif kebangsaan”.
Dengan merujuk kepada pernyataan ini bincangkan sejauh manakah sejarawan tempatan mampu membawa dimensi baru kepada penulisan sejarah kebangsaan.
Bahagian B
3. “Historiografi secara umumnya didefinisikan sebagai penulisan sejarah. Namun kadangkala penulisan sejarah tidak semestinya mengandungi erti sejarah sebagaimana yang difahami pada hari ini.” Bahaskan pendapat tersebut berdasarkan rujukan terhadap mana-mana satu teks pensejarahan Melayu tradisional.
4. Ideologi asas atau etika politik yang ingin diterapkan oleh pengarang teks Sejarah Melayu ialah ketaatsetiaan mutlak dan mengelakkan rakyat daripada melakukan perbuatan derhaka. Berdasarkan contoh-contoh yang jelas, bincangkan sejauh manakah pernyataan tersebut benar?
5. Tulisan-tulisan pentadbir kolonial tentang orang Melayu mencerminkan sikap, motif dan justifikasi tertentu yang berkaitan dengan kepentingan dan kemaraan dasar-dasar kolonialisme di negeri-negeri Melayu.
Ulaskan pernyataan tersebut berdasarkan beberapa tulisan yang dikemukakan oleh Hugh Clifford dan Frank Swettenham

CONTOH SOALAN PENSEJARAHAN MALAYSIA

Jawab EMPAT [4] soalan sahaja.
1. ‘Euro-centric’ dan ‘Malaysia-centric’ merupakan isu pensejarahan Malaysia
yang agak berterusan. Bincangkan isu-isu tersebut dan sarankan cara-cara
penyelesaian.
2. Zainal Abidin bin Abdul Wahid menganggap Sejarah Melayu sebagai karya
yang amat penting dan menyumbang besar kepada pensejarahan Malaysia.
Sejauhmanakah anda bersependapat dengan pandangan beliau.
3. Munshi Abdullah bin Abdul Kadir dikatakan telah memperkenalkan
pembaharuan dalam penulisan sejarah Malaysia. Dengan merujuk kepada
karya-karya tertentu, bezakan hasil pena beliau dengan hasil penulisan
tradisional Melayu yang lain.
4. Berdasarkan kepada karya Isabella Bird (The Golden Chersonese and the
Way Thither, 1883) dan buku Margaret Brooke (My Life in Sarawak, 1913),
nilaikan sumbangan pengarang Barat berjenis pengembara dan penduduk
sementara kepada pensejarahan Malaysia.
5. Buku-buku yang bercorak sejarah yang dikarang oleh pegawai pentadbir
penjajah di Tanah Melayu, Sarawak mahupun Borneo Utara (Sabah)
mempunyai matlamat tertentu. Berpandu kepada karya-karya spesifik,
huraikan tujuan hasil penulisan tersebut dan sebab-musabab bertujuan
sedemikian.
…2/-
- 2 - [HSM 215]
6. Steven Runciman dan Robert Pringle yang merupakan sejarawan
professional berbangsa Barat telah menghasilkan buku masing-masing
tentang sejarah Sarawak. Sejauhmanakah karya-karya mereka
mempamerkan keobjektifan.
7. Nilaikan sumbangan Khoo Kay Kim, The Western Malay States 1850-1873:
The Effects of Commercial Development on Malay Politics (1972) dan Lim
Teck Ghee, Peasants and their Agricultural Economy in Colonial Malaya
1874-1941 (1977) kepada pensejarahan Malaysia.
-- oo000oo

PENSEJARAHAN MALAYSIA


Pensejarahan atau disebut dengan nama historiogrifi iaitu merujuk kepada hasil-hasil kajian dan penulisan oleh sejarawan.Menurut kamus dewan edisi ke empat,pensejarahan membawa maksud karya atau penulisan berkaitan dengan sejarah,sumber sejarah adalah dokumen atau rekod sama ada dalam bentuk bertulis mahupun bercetak.Manakala oxford English dictionary pula telah manyatakan sumber atau “source” brmaksud sebuah karya yang memberi maklumat atau bukti (yang tulen atau asli) berkenaan sesuatu fakta, kejadian atau siri hal-hal tersebut. Manakala menurut Mohd Yusof Ibrahim sumber sejarah boleh dimaksudkan sebagai kumpulan bahan rujukan untuk kegunaan penyelidikan dalam semua bidang ilmu. Catatan atau tulisan yang dihasilkan menjadi rujukan penting bagi generasi yang seterusnya untuk mengetahui peritiwa lampau dan juga sebagai saksi utama kepada sesuatu peristiwa yang telah berlaku.
Permulaan pensejarahan bermula apabila wujudnya sistem tulisan.Perkembangan pensejarahan Malaysia pada peringkat awal tidaklah begitu menggalakkan.Hal ini kerana pada zaman tersebut masyarakat di Malaysia tidak sedar akan kepentingan sejarah dan mereka juga tidak mempunyai ilmu yang berkaitan sejarah.Malah masyarakat pada zaman tersebut juga kebanyakkannya buta huruf.Pensejarahan Malaysia berkembang
dalam dua tahap perkembangan iaitu pesejarahan zaman feudalisme iaitu tradisi melayu lama dan pensejarahan moden iaitu penulisan sejarah yang dicatat oleh sejarawan british yang bersifat Euro-Centric.

PENSEJARAHAN ZAMAN FEUDAL DI MALAYSIA
Feudalisme ialah satu istilah yang dipinjam dari sejarah eropah.Istilah feudalisme sangat digemari pada kurun ke-10 selapas berlakunya revolusi perancis.Terdapat banyak takrif tentang maksud feudalisme,tetapi secara kasarnya terdapat dua maksud umum yang merangkumi segala ciri persamaan dan perbezaan. Takrif pertama menekankan bahawa feudalisme ialah satu bentuk organisasi politik dan social yang mempunyai kelas atau susun lapis tertentu iaitu mengikut susun lapis hierarki.Manakala mengikut takrif umum yang kedua, feudalisme membawa maksud satu system hubungan bertimbal balas yang yang berdasarkan ketaatsetiaan antara dua kumpulan manusia bebas. Di Malaysia zaman feudalisme dapat dilihat pada zaman perintahan raja atau sultan iaitu zaman sebelum campur tangan penjajah di Tanah Melayu khususnya kuasa british.
Perkembangan pensejarahan Malaysia pada zaman feudal adalah berdasarkan kesusasteraan iaitu melalui puisi,sajak,gurindam,syair,hikayat dan penulisan tentang urusan pentadbiran seperti undang-undang,perkembangan politik dan peranan para pemerintah.Perkembangan pensejarahan pada peringkat awal kebanyakkannya adalah ditulis berdasarkan cerita rakyat.Cerita rakyat merupakan salah satu cabang kesusasteraan melayu lama yang paling tua.Cerita rakyat disampaikan melalui peraturan(lisan)serta lahir dalam masyarakat melayu yang bercorak tradisinal yang masih tidak mengenal huruf serta tinggal di kawasan pedalaman.menurut Professor Mohd Taib Osman, sastera rakyat atau cerita rakyat mempunyai berbagai-bagai jenis,antaranya ialah cerita rakyat yang mengandungi unsur-unsur seperti mitos, legenda,lipur lara, ungapan, nyanyian rakyat dan teka-teki. Cerita rakyat yang di tulis semula boleh digunakan sebagai sumber sejarah masyarakat bawahan tetapi ia harus diberi kepercayaan yang terhad dengan batasan tertentu.
Penulisan sejarah pada zaman feudal adalah berdasarkan kesusasteraan yang mengandungi unsur mitos.Menurut Bascom.mitos sejenis prasa naratif yang bercorak tradisional yang dianggap oleh masyarakat bahawa ceritanya melalui pertuturan yang dianggap benar-benar berlaku pada masa lampau.Mitos diterima oleh masyarakat pada zaman tersebut dengan penuh keprcayaan dan keyakinan,malah hal ini diajarkan supaya
masyarakat mempercayainya tanpa mempersoalkan kebenarannya.Mitos dianggap suatu cerita yang suci dan lahir daripada kepercayaan agama yang mengisahkan tentang dewa
dewi,asal usul kejadian alam,manusia dan kematian.Contohnya penulisan tentang asul
usul raja yang dikatakan berasal dari keturunan yang mulia dan tinggi darjadnya.Mitos juga digunakan untuk menerangkan tentang asal usul satu adad ritual atau pantang larang.
Bagi pedapat sarjana-sarjana barat,mitos merupakan gambaran yang bercorak simbolik terhadap sesuatu fenomena alam. menurut Profesor Mohd Taib Osman pula,mitos sebagai satu genre tidak lagi wujud dalam sastera rakyat melayu.Hal ini disebabkan orang-orang melayu sudah meninggalkan kepercayaan atau agama yang dianuti pada zaman purba. Perkembangan pensejarahan zaman feudal tidaklah berfokuskan kepada penulisan sejarah,malah ianya lebih berfokus kepada kesusasteraan.
Selain memasukkan unsur-unsur mitos dalam penulisan sejarah pada zaman tersebut ,unsur-unsur lagenda juga dimasukkan di dalam penceritaan yang berkaitan sejarah.Lagenda dianggap benar,mereka menganggap cerita itu benar-benar berlaku. Lagenda merupakan cerita yang ditokok tambah jalan penceritaannya supaya cerita tersebut lebih menarik.Lagenda akan lari daripada realiti cerita asalnya.Contohnya ia akan menambah cerita untuk menaikkan nama sultan.
Pensejarahan Malaysia sebenarnya telah bermula pada zaman peradaban hindu di Alam Melayu lagi iaitu dengan menggunakan bahasa Jawa Kuno dalam penulisannya.Selepas kedatangan islam di Tanah Melayu, maka media tulisan telah diperkenalkan dengan menggunakan huruf-huruf Arab sebagai skrip penulisan dalam bahasa melayu. Sejak daripada itu kegiatan menulis mula berkembang dengan pesat, malah pada masa yang sama terdapat juga usaha-usaha yang dilakukan untuk menyalin semula karya-karya sastera melayu pengaruh hindu yang ditulis dalam bahasa jawa kedalam tulisan jawi..Ekoran daripada kedatangan islam ke tanah melayu juga telah menyebabkan pensejarahan Malaysia telah mengalami sedikit perubahan dengan memasukkan unsur yang berkaitan dengan agama islam.Contohnya penggunaan gelaran terhadap raja telah di tukar kepada sultan .Malah dalam penulisan hikayat-hikayat telah dimasukkan dengan nama-nama nabi dan kekuasaan Allah.Hal ini dapat dilihat dalam penulisan Hikayat Merong Mahawangsa dengan ungkapan :
Maka sabda nabi Allah Sulaiman,baik perbuat-lah oleh hamba barang kuasa engkau .
Selain itu,penulisan sejarah atau hikayat jaga telah dimasukkan dengan cerita-cerita
tentang raja yang memeluk islam.Hal ini dapat dibuktikan dengan membaca Hikayat Raja-raja Pasai yang tertulis:
Telah berapa lamanya raja kecil besar di atas kerajaan, maka baginda bermimpi pada suatu malam, berpandangan dengan keelokan Rasululluh sallallahu alaihi wasallam.Maka sabda rasulullah pada raja kecik besar,”ucap oleh mu kalaimah syahadat”.maka sembah raja kecil besar,”baiklah tuanku, yang mana sabda junjungan itu tiada hamba lalui.
Pensejarahan yang ditulis pada zaman feudal tidak mementingkan bidang
pengkajian.Penulis sejarah hanya menulis berdasarkan cerita tanpa menyalidik terlebih dahulu adakah peristiwa tersebut benar-benar berlaku ataupun rekaan untuk menyedapkan cerita semata-mata.Contohnya Hikayat Merong Mahawangsa,ia tidak dapat menemukan bukti sahih tentang penceritaannya.Hal ini dinyatakan oleh Winstendt yang menolak Hikayat Merong Mahawangsa sebagai sebuah penulisan sejarah dengan menyatakan:
Were it not for the colophon giving a list of kedah rulers…the Hikayat Merong Mahawangsa would never have been styled the “kedah annals”or accepted as serious history.(winstedt,1958:133)
Penulisan sejarah pada masa tersebut hanyalah menitik beratkan penceritaan sahaja dan tidak mempedulikan kebenarannya, jadi pensejarahan pada zaman tersebut tidak boleh dipercayai supenuhnya.
Penulis sejarah atau penulis hikayat-hikayat pada zaman feudalisme, menulis cerita berdasarkan kehendak raja atau pemerintah pada zamannya.Dengan adanya beberapa hasil penulisan dalam perbendaharaan kesusasteraan melayu tradisional dapatlah disimpulkan bahawa masyarakat melayu feudal mempunyai sutu konsep tertentu tentang sejarah.Penulisan sejarah yang ditulis atas perintah raja adalah bertujuan untuk menceritakan tentang asal-usulnya dan memberitahu orang yang terkemudian tentang rajanya. Hal ini dapat kita baca didalam Hikayat Merong Mahawangsa yang bertulis:
…maka fakir pun hidirlah menghadap baginda, penuh sesak di penghadapan itu membicarakan negeri dan mengkaji kitab.Setelah itu maka titah bagainda yang maha mulia,”bahawa hamba pinta perbuatkan hikayat pada tuan,peri peruturan segala raja-raja melayu dengan istiadatnya sekali, supaya boleh diketahui segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita ini, serta dikurniai dengan sejarahnya,”
Dalam penulisan tentang hikayat-hikayat tersebut, biasanya penulis akan mengagung-agungkan nama raja serta segala keturunannya.Contohnya penulisan Bustan`us-salatin adalah bertujuan untuk mengagung-agungkan Sultan Iskandar Thani. Dalam
pengarangan hikayat tentang raja, watak raja biasanya diletakkan sebagai watak yang baik.Malah jika raja itu kejam penulis tidak akan menulis tentang kekejaman raja tersebut secara terang-terangan,tetapi penulis akan menyindir raja tersebut mulalui penulisannya. Selain itu, terdapat banyak lagi hikayat-hikayat yanag dikarang untuk menaikkan nama raja dan para pembesar istana.
Perkembangan pensejarahan Malaysia pada zaman feudalisme juga banyak
menceritakan tentang pelaksanaan undang-undang dalam pentadbiran kerajaan tradisional dalam penulisannya.Undang-undang yang ditulis dalam naskah akan menggabungkan dengan perlambagaan negeri.Penulisan tersebut akan menyentuh kedudukan raja dan para pembesarnya yang jagu akan mengaitkan tentang undang-undang yang berkaitan dengan jenayah..Contohnya penemuan naskah undang-undang yang berjadul,undang-undang Minangkabau dari Perak. Hal ini jelaslah menunjukkan bahawa perkembangan pensejarahan juga telah berkembang ekoran daripada pencatatan undang-undang.
Ekoran daripada kepesatan aktiviti perdagangan dan dasar peluasan kuasa oleh kuasa-kuasa besar eropah di Tanah Melayu pada abad ke-15 masihi telah menyebabkan pensejarahan Malaysia sekali lagi mengalami perubahan.Kedatangan pedagang-pedangan
dan sarjana-sarjana barat ke Tanah Melayu telah banyak mengubah penulisan sejarah
Malaysia.Seperti yang kita ketahui orang-orang barat sememangnya suka menulis tentang sejarah.Mereka telah memgamalkan apa yang diamalkan semasa mereka di India iaitu meraka suka menyalin hasil penulisan karyawan tempatan.Kedatangan mereka telah menyababkan banyak sejarah melayu telah disalin kedalam bahasa inggeris, malah dalam penulisan tersebut mereka banyak munulis dan mengagung-agungkan kaum mereka yang dikatakan bertamadun tinggi dan bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang-orang timur.Mereka juga terlalu memandang rendah terhadap orang melayu apabila menyatakan melayu itu malas. Walaubagaimanapun perkara tersebut telah menyebabkan orang-orang melayu mula sedar akan kepentinggan pensejarah.Hal ini telah sekali gus telah menyebabkan lahirnya penulis-penulis tempatan yang menulis sejarah Malaysia dengan lebih terperinci dan jelas.

PENUTUP
Justeru, melalui penerangan di atas tadi dapatlah disimpulkan bahawa pensejarahan Malaysia pada zaman feudal tidaklah berkembang secara bersendiri atau khusus,malah ianya berkembang dalam bidang kesusasteraan.Penulisan sejarah pada peringkat ini hanyalah berfokuskan kepada cerita rakyat semata-mata. Bidang pensejarahan Malaysia pada zaman feudalisme merupakan suatu perkara yang amat menarik untuk dibincangkan dan dikaji, hal ini menyebabkan terdapat pelbagai pihak cuba menghuraikan pensejarah mengikut pandangan mereka sendiri.Pentafsiran golongan ini tidak dapat disangkal walaupun terdapat percanggahan idea di antara mereka. Walaupun begitu, bidang pensejarahan amat penting kepada Negara kita.Jika tanpa sejarah , manusia secara keseluruhannya akan kehilangan arah, malah tidak mempunyai identiti diri, bangsa dan budaya yang sebenar.

BIBLIOGRAFI
Abu talib ahmad dan cheah boon kheng, isu-isu pensejarahan,pulau pinang, universiti sains Malaysia, 1995.

Arba`Yah Mohd Noor, Ilmu Sejarah Dan Pensejarahan, Kuala Lumpur ,Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2002.

Badriyah Haji Salleh Dan Liok Ee,Alam Pensejarahan Dan Pelbagai Perspektif, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1975.

Dr.Ismail Hamid, Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama, Kuala Lumpur,Perpustakaan Universiti Malaya, 2001.

Mohd Taib Osman, Tradisi Lisan Di Malaysia, Kuala Lumpur,KBBS,1975.

Mohd Taib Osman, Kesusasteraan Melayu Dengan Corak Masyarakat Dan Budaya :Tradisi Lisan Atau Sastera Rakyat Yang Bercorak Cerita,Kumpulan Esei Melayu Lama.

Mohd Yusof Ibrahim,Ilmu Sejarah :Falsafah, Pengertian Dan Kaedah , Kuala Lumpur , Dewan Bahasa Dan Putaka,2000.

Mohd. Yusuf Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah,Pengertian dan Kaedah, Kuala Lumpur,:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997.

Muhammad Yusoff Hashim, Pensejarahan Melayu : Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka,1992.

R.Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur, Marican & Son (M) Sdn Bhd,1985.

Siti Salwa Haji Salleh, Karya Agong : Hikayat Merong Mahawangsa,Kuala Lumpur,Universiti Malaya, 1998.

Siti Hawa Selleh, Hikayat Merong Mahawangsa,Kuala Lumpur, Universiti Malaya,1991.

Wan Mohd Mahyiddin, Isu-isu Nasional, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978









KESIMPULANNYA

Bahan-bahan Pensejarahan Malaysia amatlah banyak dan seringkali pengkajian yang dibuat ke atas bahan- bahan ini amatlah sedikit. Pensejarahan Malaysia lebih menceritakan kepada kita tentang alam Malaysia pada dahulu kala berdasarkan Hikayat, sejarah, silsilah, kisah dan lisan yang disampaikan. Walaupun Pensejarahan masih lagi belum dicapai sepenuhnya untuk dikaji tetapi dengan adanya bahan-bahan tersebut maka kita akan dapat mengetahui tentang peristiwa yang pernah berlaku pada masa lampau.

PENSEJARAHAN MALAYSIA


PENSEJARAHAN MALAYSIA SEBELUM ABAD 20
PENGENALAN

"Sejarah merujuk kepada keseluruhan masa yang sudah berlepas. Tiada suatu bidang yang boleh dikatakan terkeluar daripada lingkungan sejarah. Ekonomi atau sastera atau politik atau agama dan sebagainya sama ada seseorang ahli sejarah layak atau tidak layak mengendalikan satu-satu aspek pengajian itu bergantung kepada latihan yang pernah diterimanya." Apabila menyebut tentang sejarah maka skop sejarah tidak terhad kepada hal-hal politik sahaja. Sejarah juga merujuk kepada keseluruhan zaman yang sudah lepas. Oleh itu, bolehlah dikatakan segala peristiwa yang telah berlaku atau yang telah lepas sama ada ianya meliputi Ekonomi, sastera atau politik dan sebagainya yang menyentuh tentang manusia maka ia bolehlah dikatakan sebagai sejarah.
'Pensejarahan' pula ialah penulisan sejarah. Manakala, 'Pensejarahan Malaysia' pula merujuk kepada karya-karya sejarah mengenai sama ada keseluruhan Malaysia atau satu-satu bahagian yang terkandung dalam entiti politik Malaysia. Dikatakan bahawa, sejarah Malaysia dikatakan bermula lebih kurang pada abad ke 15 iaitu sesuai dengan masa adanya karya-karya sejarah dalam ertikata yang lebih tepat tulisan itu pada umumnya tertumpu kepada kesultanan Melayu Melaka dan dikenali sebagai Sejarah Melayu. Dan dengan wujudnya Sejarah Melayu maka bermulanyalah yang diistilahkan sebagai Pensejarahan Malaysia walaupun sebelum itu telah wujud beberapa penulisan sejarah tentang Malaysia. Sejarah raja-raja Riau, Syair Perang Siak, Silsilah Raja-raja Brunei, Hikayat raja-raja Pasai dan Hikayat Patani merupakan karya-karya sejarah yang juga menyentuh tentang Malaysia.

PENSEJARAHAN MALAYSIA

Penyelidikan setakat ini menunjukkan bahawa selama beberapa kurun dari awal tahun masihi lagi sudah ada tulisan-tulisan yang sekurang-kurangnya menyentuh "Semenanjung Kencana" ini. Catitan- catitan yang dibuat oleh para pengembara dari berbagai negara seperti China, Sanskrit, Pali, Arab dan sebagainya. Namun, penulisan yang dibuat tidak dapat dipastikan kebenarnya kerana pada masa itu istilah yang digunakan tentang Semenanjung Tanah Melayu lebih kepada bahasa yang mereka gunakan iaitu seperti Langkasuka, Chin Tu, Pan-Pan dan sebagainya. Walaupun Kedah yang tertua dan pernah dikenali sebagai sebuah pusat perdagangan yang penting sejak awal tahun masihi lagi yang biasa dilawati oleh pedagang dari india dan antarabangsa tetapi penulisan tentang Kedah hanya tertumpu berkenaan hal-hal perdagangan dan hal-hal kebudayaan yang wujud di lembah Bujang . Hanya sebuah negeri sahaja yang menulis tentang keseluruhan pelaksanaan di dalam negeri dan luar negeri iaitu Melaka dan Tidak keterlaluan kalau Sejarah Melayu (ada tuntutan mengatakan bahawa Sejarah Melayu telah siap dikarang pada tahun 1536 berdasarkan kajian yang diperbuat oleh sarjana menunjukkan pengambilan waktu yang amat panjang. Misalnya daripada versi awal 1535/36 menuju kepada bentuk yang panjang yang dibawa dari Goa iaitu versi 1612. ) dianggap sebagai karya sejarah mengenai Malaysia yang pertama.
Pensejarahan Melayu antara abad 17 hingga 19 memperlihatkan beberapa ciri tertentu dari segi isi kandungannya ia lebih merupakan sejarah istana dan memang ditulis untuk mengharumkan pemerintahan seseorang raja. Tumpuan secara menyeluruh diberikan kepada golongan atasan, gambaran tentang kehidupan dan keadaan rakyat jelata tidak pernah dipaparkan. Pada zaman dahulu ada lebih kurang dua faktor yang mendorong seseorang penulis untuk mengarang iaitu yang pertama, ingin menyebarkan ajaran dan pengetahuan agama dan kedua bagi mengharumkan keagungan satu-satu wangsa atau pemerintah. Oleh itu, tidak hairanlah apabila dikatakan bahawa;

Fungsi utama pensejarahan atau tradisi lisan ialah;
1. untuk menunjukkan kesahihan kedudukan satu-satu kerabat diraja
2. untuk mengukuhkan kedudukan tradisi sosiopolitik yang perlu dipatuhi oleh masyarakat. Keperluan ini telah melahirkan banyak pensejarahan dalam bentuk salasilah.
Tiadanya penulisan sejarah berkenaan masyarakat pada masa itu adalah kerana pada masa itu semua sumber ini adalah berasaskan kepada sastera sahaja dan pada masa itu belum ada lagi konsep sejarah sebagai satu bidang ilmu yang kerana;
1. Tiada satupun istilah dalam perbendaharaan Melayu lama yang membawa konsep History sebagaimana dimengertikan zaman sekarang
2. Pensejarahan Melayu lama yang membawa unsur mitos dan lagenda dicantumkan
Maka, penulisan sejarah lebih ditumpukan kepada hal-hal istana sahaja terutamanya zaman Kesultanan Melayu Melaka. Setelah Portugis menyerang dan menakluk Melaka pada tahun 1511 maka telah wujud beberapa penulisan barat di Tanah Melayu. Walaupun tulisan itu tidak diterbitkan pada masa itu tetapi ia telah cukup membuktikan bahawa karya yang ditulis oleh rakyat tempatan adalah benar seperti tulisanan Alfonso De albuquerque. Alfonso De Albuquerque tidak hanya menakluk Melaka, beliau juga banyak menulis tentang Melaka dalam surat-suratnya kepada Raja Manuel yang menjadi bahan asas anaknya Bras De albuquerque menerbitkan buku pada tahun 1557 dan diberi judul Cammentarios De Alfonso De Albuquerque.
Setelah penaklukan Portugis ke atas melaka maka Sultan Mahmud telah lari ke Kampar dan mangkat di Kampar pada 1528 dan penerusan kesultanan Melayu Melaka telah diasaskan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II. Semasa di Johor inilah Sejarah Melayu dikarang oleh Bendahara Johor iaitu Tun Seri Lanang pada tahun 1612 . Setelah itu, apabila pergolakan politik yang paling genting berlaku pada awal kurun ke 18 dan melibatkan orang Minangkabau dan orang Bugis. Zaman kucar-kacir dalam sejarah Johor Lama itu menjadi bahan untuk penyusunan beberapa karya sejarah dan sesungguhnya penulisan tentang zaman inilah yang paling lengkap dalam sejarah negeri-negeri Melayu Semenanjung. Sebelum kurun ke 19 karya-karya itu ditulis oleh ketiga-tiga pihak iaitu Bugis, Minangkabau dan orang Melayu tempatan. Ada nada berat sebelah bahkan kadangkala kenyataan diputarbelitkan Pada masa ini, walaupun terdapatnya karya-karya dari tiga pihak tetapi antara abad 18 dengan abad 19 dikatakan bahawa hanya dua buah negeri Melayu telah memperlihatkan kesedaran tentang sejarah yang agak ketara iaitu Johor dan Kelantan. Namun, walau bagaimanapun wujudnya karya-karya itu yang pastinya Sejarah Melayu dan Hikayat Merong Mahawangsa tergolong dalam satu jenis pensejarahan Melayu yang agak unik bersama-sama dengan banyak cerita atau tradisi lisan.
Tingginya nilai pensejarahan Melayu lama sudah disedari oleh para sarjana. Banyak kitab-kitab lama telahpun dikaji dan dikupas sebagai bahan-bahan asas untuk pengkajian sejarah Tanah Melayu. Tumpuan karya terakhir dari rangkaian kronologi ialah Tuhfat Al-Nafis karangan Raja Ali Haji. Tuhfat AlNafis sebenarnya bukanlah karya yang terakhir kerana ada banyak lagi bahan yang menjadi bahan kajian Pensejarahan Malaysia seperti Misa Melayu, Sejarah dan Syair Siak, Peringatan sejarah negeri Melayu dan lain-lain lagi , yang merupakan usaha pensejarahan yang serius dan bukan "cerita atau Hikayat dewa Mambang.

PENULISAN MODEN

Terdapat penulisan yang berbentuk moden sebenarnya telah lama wujud iaitu semasa penaklukan Portugis di Melaka lagi telah ada penulisan tentang Malaysia seperti tulisan Alfonso. Setelah kedatangan orang British maka terdapat satu versi penulisan yang menyentuh tentang Tanah Melayu. Nama-nama seperti Winstedt dan Frank Swettenham tidak asing lagi sebagai ahli sejarah yang menulis sejarah-sejarah Tanah Melayu. Tetapi amatlah menyedihkan sebagai orang luar yang sepatutnya tertakluk dengan disiplin sejarah pada zaman itu penulisan mereka amat mengabaikan hakikat objektif dalam penulisan sejarah. Sebenarnya, telah ada penulis tempatan yang termahsyur dalam lembaran sejarah Malaysia iaitu Munshi abdullah, beliau lebih menumpukan pada sastera seperti Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah adalah merupakan sumber sejarah yang amat bernilai. Tulisan Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantaan dan Hikayat Abdullah (1842) merupakan tulisan riwayat hidup yang pertama dalam sejarah kesusasteraan Melayu.
Pada tahun 1847, James Richardson Lagon mengasaskan Journal Of The Indian Archipelago and Eastern Asia. Journal ini menceritakan tentang bahan-bahan yang amat bernilai di Semenanjung Tanah Melayu. Penulis yang sering kali mencurahkan tenaga ialah Capt. James Low, Dr. Robert Little, Thomas Braddell dan Thomas Oxley. Selain itu nama seperti C. J. Irving, Frank Swettenham , W.E. Maxwell, W.A Pickering dan A. M. Skinner. Sering kali menulis tentang sejarah Tanah Melayu. Antara peranan yang dimainkan oleh Journal ini adalah untuk mencari nama Tanah Melayu. Pada masa itu Semenanjung Tanah Melayu belum diberikan nama yang tertentu. Oleh yang demikian sesuatu perkara penting yang menarik perhatian persatuan itu ialah mencari nama. Maka disinilah bermulanya perkataan 'Malaya' yang terus digunakan hingga abad 20 dan seterusnya.

PENSEJARAHAN MALAYSIA


Sejarah adalah satu disiplin ilmu yang mempunyai peranan yang sangat penting terutamanya kepada negara kita yang masyarakatnya terdiri daripada berbilang keturunan[1][1]. Melalui pengetahuan sejarah membolehkan kita mengetahui latarbelakang kepada sesuatu masalah, tindakan dan isu dengan tepat dan benar. Melalui sejarah kita akan dapat mengetahui dan memahami latar belakang negara ini dan sentiasa mengambil iktibar daripada peristiwa yang pernah terjadi di negara kita[2][2]. Sejarah boleh mengelakkan sikap melampau, dengan kata lain sejarah dapat memberi panduan dan menjadi guru yang memungkinkan kita terlepas daripada mengulangi kesilapan yang serupa. Sejarah dapat memberi teladan, iktibar, menunjukkan batasan-batasan kerana melalui sejarah kita belajar daripada contoh-contoh yang pernah berlaku pada zaman lalu.

Kajian sejarah menekankan aspek seseorang sejarawan mencari kebenaran dan sentiasa mematuhi tatacara  (etika) penyelidikan serta bersikap kritis[3][3]. Dalam pada itu kesedaran sejarah itu juga biasa dilihat sebagai kesedaran terhadap perlunya sejarah itu diasaskan kepada kebenaran iaitu kepada fakta-fakta atau peristiwa-peristiwa yang sebenarnya telah berlaku pada sesuatu ketika dahulu dan bukannya peristiwa-peristiwa yang direka atau dikhayalkan sahaja. Ini ditegaskan oleh Khoo Kay Kim yang menyatakan bahawa tugas utama para sejarawan adalah untuk mengejar kebenaran atau hakikat. Justeru para sarjana seharusnya sentiasa berdiri di sebelah pihak yang benar.[4][4] Peristiwa yang benar itu akan meresap dan menimbulkan kesan yang bererti di dalam jiwa seseorang, malah sesebuah masyarakat.

 Bidang penulisan merupakan salah satu bidang yang penting dalam disiplin sejarah. Sejak zaman-berzaman, manusia daripada pelbagai peradaban yang terbesar seperti Islam, China dan Eropah telah menghasilkan penulisan daripada pelbagai sudut. Mereka yang menulis mengenai pensejarahan digelar sejarawan ; sejarawan dalam bidang politik, ekonomi, ketenteraan atau sosial. Demikian juga bentuk atau hasil penulisan mereka ada yang berupa sejarah politik, ekonomi, sosial atau ketenteraan. Lazimnya penulisan karya sejarah dihasilkan mengikut bidang dan kepakaran penyelidik masing-masing. Memang telah menjadi tugas dan tanggungjawab sejarawan untuk melakukan penyelidikan dan seterusnya menghasilkan karya pensejarahan untuk dipersembahkan kepada umum (khalayak pembaca) ataupun kepada siapa yang mengarahkannya.[5][5]  Sejarawan tetap komited dan mempunyai kepentingan untuk melahirkan sesuatu karya pensejarahan. Ini kerana sejarah itu adalah suatu kisah yang berkait rapat dengan kehidupan masyarakat. Sejarah adalah realiti yang mementingkan kebenaran , berperanan merakamkan peristiwa penting atau kejadian yang telah berlaku pada masyarakat atau kehidupannya pada zaman lalu. Sejarah boleh membangkitkan perasaan bangga terhadap negara. Sejarah dapat memupuk semangat kecintaan seseorang itu kepada negaranya, justeru wajarlah sejarah itu perlu dipelajari, difahami oleh setiap warganegara Malaysia agar tidak berlaku permasalahan kepada rakyat dalam menuju wawasan negara. Melalui penghayatan sejarah semangat patriotisme dapat disemai, dibajai dan dipupuk dan apabila rakyat di negara ini memahami sejarah kebarangkalian timbulnya rasa tidak puas hati terhadap setiap langkah pemimpin kerajaan akan dapat dihapuskan.

Kepentingan sejarah kepada umat manusia telah dijelaskan dalam al-Quran dalam Surah Al-Fathir (Pencipta) ayat 44 yang bermaksud: “Apakah mereka tidak mengembara di muka  bumi, lalu mereka memerhatikan bagaimana akibatnya orang-orang yang sebelum mereka?”[6][6]

Justeru itu, sebagai satu disiplin ilmu yang menyajikan pelbagai kisah dan himpunan-himpunan pengalaman manusia, sejarah amat perlu dipelajari, difahami dan diamati agar kesilapan dan kecurangan yang pernah dilakukan oleh generasi terdahulu tidak diulangi oleh generasi masa kini dan akan datang. Malah pelbagai saranan telah dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap kepentingan sejarah. Antara lain beliau menyatakan; sejarah lebih daripada sumber untuk mempelajari masa lampau, bahkan sejarah menunjukkan arah untuk masa depan dan mereka yang tidak belajar dari sejarah akan didera mengulanginya bekali-kali. Hanya dengan mengetahui apa yang kita lakukan semalam, kita tahu apa yang hendak kita lakukan pada hari ini.[7][7] Menoleh ke belakang menyedarkan kita betapa jauh kita sudah berjalan dan disepanjang langkah perjalanan itu mungkin banyak titik-titik hitam yang telah kita lalui. Mungkinkah kita menyaring nilai-nilai  yang baik dan yang buruk supaya dapat memacu negara ke tahap yang lebih cemerlang dalam mencapai wawasan negara.

Setelah hampir setengah abad negara kita mencapai kemerdekaan, seharusnya masyarakat Malaysia mengangkat kedudukan sejarah perjuangan bangsanya kerana dengan cara sedemikian ia akan dapat menanam bibit-bibit kecintaan sejati kepada negara. Bangsa yang besar adalah bangsa yang tahu menghargai pahlawannya; baik mereka yang berjuang dengan  senjata untuk mempertahankan negara dengan sanggup mengorbankan jiwa raga; atau mereka yang berjuang dengan kepintaran siasah dan akal fikiran untuk menyedarkan masyarakat Melayu seterusnya bergerak menuntut kebebasan dari penjajah dan mengembalikan maruah bangsanya.

Ringkasnya sejarah adalah medium yang paling sesuai dan penting bagi membina keperibadian kebangsaan agar rakyat Malaysia sentiasa mengambil iktibar dan menjadikan kesilapan generasi terdahulu sebagai contoh agar kesilapan yang sama tidak akan diulangi oleh generasi pasca merdeka. Sebagaimana kata George Santayana “Mereka yang tidak belajar daripada sejarah akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali.” Perkara yang sama telah ditegaskan oleh Khoo Kay Kim, “History is past everything” dan perkara yang lepas itu akan memberi penjelasan kepada yang terjadi pada hari ini.[8][8] Hanya dengan memahami perjalanan dan kesinambungan sejarah, baru kita dapat melahirkan satu generasi yang berjaya membuat persiapan memperbaiki kelemahan seterusnya bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran pada masa akan datang.



1.1  Definisi Pensejarahan



Pensejarahan (historiography) berasal dari perkataan sejarah (history). Sejarah secara umumnya diertikan sebagai “the record of events or the events themselves.”[9][9] Dalam pengertian ini, “record of event” (catatan peristiwa-peristiwa) dan “the event themselves” (peristwa-peristiwa itu sendiri), saling mempunyai pertalian yang relatif. Sesuatu peristiwa yang terjadi itu dicatatkan maka jadialah ia sejarah.

            Tetapi dalam pengertian yang lebih kompleks, Encyclopedia Britannica telah memberikan kenyataan berikut:

“…it was only in comparatively modern times that the meaning of the word (history) was extended to include the phenomena that form their subject.”



Dalam konteks ini, ‘peristiwa’ dan ‘catatan mengenai peristiwa’ akan mengembang dan membentuk perkara-perkara yang selanjutnya. Contohnya di dalam ‘peristiwa’ sejarah lazimnya dicatatkan perkara-perkara seperti (i) benar / sahih ataupun tidak peristiwa itu; (ii) bagaimana, sebab-musabab, perkembangan dan kesan daripada peristiwa berkenaan; (iii) tokoh / watak yang menjadi pelaku dalam sesuatu peristiwa; (iv) bila peristiwa tersebut terjadi dan lain-lain. Manakala di dalam ‘catatan mengenai peristiwa’ pula, di dalamnya terkandung perkara-perkara seperti; (a) siapakah yang mencatatkan peristiwa itu; (b) bagaimana peristiwa tersebut dicatatkan – tetap atau tidak, bias atau sebaliknya, obejktif atau subjektif, emosional atau rasional, apa dan bagaimanakah sudut pandangan pencatat berdasarkan peristiwa dan latar belakang yang mengaitkannya; (c) apakah cara dan kaedah (metodologi), pendekatan dan teori, falsafah dan pemikiran yang digunakan dan diambil oleh pencatat berkenaan; (d) sekiranya dalam konteks pengertian pencatatan peristiwa pada masa ini, di mana nilai-nilai ilmiah atau saintifik terterap ke dalam pencatatan tersebut dengan menggunakan sumber kedua (secondary) dan bagaimanakah sumber-sumber ini dikendalikan dan dipersepsikan.

Menurut pandangan Muhd. Yusof Ibrahim[10][10], pensejarahan dapat ditakrifkan sebagai hasil karya atau penulisan yang ditulis oleh ahli sejarah atau sejarawan. Sejarawan akan mengkaji dan menyelidik tentang zaman, masyarakat, peristiwa yang telah berlaku dan akan menghasilkan penulisan pensejarahannya. Sejarawan akan melakukan kajian  dalam bidang atau mengikut kepakaran masing-masing seperti bidang politik, ekonomi, ketenteraan dan sosial.[11][11] Pendapat ini adalah selari dengan Khoo Kay Kim yang menyatakan pensejarahan merujuk kepada penulisan sejarah atau karya sejarah[12][12], yang dihasilkan oleh sejarawan.[13][13] Walaupun pada zaman sekarang memang menjadi tugas ahli sejarah untuk menulis seberapa yang boleh berhampiran dengan kebenaran, tetapi pensejarahan merupakan tafsiran seseorang ahli sejarah tentang masa yang lepas, maka sejarah keseluruhan masa yang telah berlalu adalah bersifat objektif, manakala pensejarahan pula bersifat subjektif. Justeru apabila dikatakan sejarah ditulis kembali bukanlah bermakna sejarah itu diubah, yang diubah ialah pensejarahan iaitu tafsiran ahli sejarah tentang satu-satu peristiwa atau perkembangan yang berlaku dahulu.   Mentafsir peristiwa sejarah bukanlah mudah dan kemuktamadan sukar dicapai. Para sejarawan akan cuba menghampiri kebenaran sedekat mungkin. Bagi sejarawan Malaysia, soal kekurangan sumber, jurang masa, penguasaan bahasa, perbezaan kebudayaan, soal psikologi dan lain-lain lagi menjadi hambatan.

     Hakikat yang tidak dapat dinafikan samada pensejarahan itu dalam bentuk tradisi atau moden, pensejarahan itu dihasilkan untuk mencari kebenaran yang paling hampir terhadap peristiwa-peristiwa yang dikaji. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan dari segi tanggapan terhadap kebenaran ataupun kenyataan sejarah dan juga kaedah untuk menentukannya.[14][14] Mohd. Taib Osman  pula mentakrifkan pensejarahan  sebagai “kisah tentang peristiwa –peristiwa bersejarah yang telah disusun dalam bentuk sastera yang agak baik juga dan fungsinya adalah untuk pengajaran dan kemegahan generasi semasa pengarang dan keturunan-keturunan mereka.”[15][15]

            Perkembangan ilmu sejarah di Malaysia yang ada pada hari ini berkembang secara evolusi[16][16]. Begitu juga dengan perkembangan pensejarahan itu sendiri. Disebabkan perkembangan atau evolusi ilmu itu penting maka ia perlu diteliti dan dikaji oleh para sarjana dalam satu-satu bidang sejarah itu sendiri. Sesiapa yang mengkaji proses perkembangan negara bangsanya sesungguhnya mengkaji sejarah. Masyarakat Melayu mula menulis dan menghasilkan karya sejak zaman Kesultanan Melayu lagi. Ini dapat dibuktikan melalui kelahiran karya Sejarah Melayu  (Sulalatus  Salatin)[17][17]  pada kurun ke-17 yang merupakan sebuah naskah agong yang dapat dijadikan sandaran oleh para pengkaji dalam menyelidik zaman Kesultanan Melayu di samping tulisan orientalis Barat. Hal ini telah diakui oleh Khoo Kay Kim yang menyatakan bahawa tradisi pensejarahan di Malaysia telah bermula pada kurun ke-16.[18][18] Perkara yang sama telah ditegaskan juga oleh Muhammad Yusof Hashim bahawa  persejarahan negara harus bermula dengan tradisi Melaka[19][19]. Selain daripada Sejarah Melayu, antara tulisan-tulisan Melayu yang awal seperti Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa[20][20], Misa Melayu dan  Tuhfat al- Nafis. Penulisan yang dihasilkan kebanyakan adalah berkisar kepada golongan pemerintah. Ini mungkin disebabkan golongan kelas atasan ini sahaja yang mengetahui baca tulis pada ketika itu. Mungkin ada kebenarannya pendapat tersebut kerana apabila ditelusuri kembali perkembangan persuratan dalam masyarakat Melayu hampir dapat disahkan bahawa konsep sejarah sebagai bidang ilmu berasingan tidak wujud pada zaman dahulukala. Ini dapat dibuktikan kerana tiada satupun istilah perbendaharaan kata Melayu lama yang membawa konsep “history” sebagaimana yang difahami pada hari ini. Sebaliknya apa yang dianggap sebagai “history” adalah berasaskan tulisan-tulisan hikayat, salasilah dan syair-syair[21][21].

Kedatangan imperialis Barat telah turut memberi kesan kepada perkembangan pensejarahan yang berjaya memupuk minat kepada masyarakat Melayu untuk  meminati dan menyedari kepentingan sejarah. Ini bermakna bidang penulisan sejarah telah mengalami satu perubahan dan mendapat satu suntikan baru dengan dapat mempelajari kaedah dan cara penulisan yang lebih baik. Bermula dari tempoh tersebut telah banyak berlaku perubahan dalam perkembangan sejarah sebagai satu disiplin ilmu. Realitinya kebanyakan karya mengenai Malaysia sama ada budaya atau masyarakat-masyarakat ditulis oleh penulis-penulis Barat. Mereka kelihatan begitu tertarik untuk menulis tentang masyarakat kita dan begitu tinggi perasaan ingin tahu tentang negara kita. Peranan penulis Portugis dan Belanda dalam menghasilkan laporan-laporan sezaman amat besar nilainya dalam melakukan kajian ke atas Melaka . Apabila British berada di Tanah Melayu banyak karya tentang negara ini telah dihasilkan yang kemudian menjadi asas untuk penulisan buku-buku teks bagi penggunaan murid-murid sekolah. Sistem persekolahan Barat pula mewujudkan kepercayaan bahawa penulisan sejarah secara saintifik iaitu dengan mentaati peraturan perihal ketepatan tarikh dan fakta yang hanya dilakukan oleh mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi[22][22]. Ini memberi suatu gambaran bahawa bangsa Inggeris begitu tertarik untuk mengkaji dan ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang kebudayaan dan masyarakat-masyarakat yang baru mereka jajahi. Kebanyakan daripada tulisan itu yang berupa pelaporan rasmi serta penulisan sejarah untuk tujuan-tujuan rasmi dan tidak diterbitkan[23][23]. Antara nama-nama seperti C.J. Irving, Frank Swettentham, W.E. Maxwell, W.A. Pickering dan A.M . Skinner mulai ditemui di samping dua atau tiga orang daripada generasi pertengahan pertama abad ke-19 terutamanya J.F. McNair dan Thomas Braddell. Braddell banyak memberikan hasil tulisan kepada Logan’s Journal yang pernah menerbitkan dua buah buku iaitu Prisoners Their Own Warders dan Perak and the Malay Sarong and Kris. Pegawai-pegawai British di negeri-negeri Selat berkali-kali ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan perselisihan di negeri-negeri Melayu. Justeru itu, secara tidak langsung pegawai-pegawai British ini telah menghasilkan penulisan sejarah politik di beberapa buah negeri Melayu. Keterlibatan Frank Swettenham dalam kancah politik di negeri-negeri Melayu telah menyebabkan beliau menghasilkan sebuah karya yang berjudul British Malaya: Account of the Origin and Progress of British Influence in Malaya yang telah diterbitkan pada 1906 selepas beliau bersara dari perkhidmatan kolonial di Malaya. Seorang lagi pegawai British yang banyak menulis tentang negeri-negeri Melayu ialah Hugh Cliford[24][24]. Sama seperti Frank Swettenham, beliau telah ditugaskan berkhidmat di tengah-tengah masyarakat Melayu di negeri-negeri pantai timur berbanding dengan Frank Swettenham yang lebih terlibat dengan masyarakat Melayu pantai barat. Secara keseluruhannnya pegawai-pegawai British yang berkhidmat di Tanah Melayu dalam era 1870-an sehingga 1900 digalakkan menghasilkan penulisan atau sekurang-kurangnya mencatat kenangan mereka sama ada dalam bentuk buku atau makalah tentang dunia timur. Ini disebabkan pengetahuan Britain tentang Tanah Melayu masih cetek lagi dan dengan adanya catatan atau penulisan seperti ini akan dapat menambah pengetahuan kerajaan kolonial tentang tanah jajahannya. Implikasi kepada kehadiran kuasa imperialis Barat ke Tanah Melayu telah menyebabkan masyarakat  kita terdedah kepada corak penulisan sejarah  secara saintifik iaitu dengan mentaati peraturan seperti  mengutamakan ketepatan tarikh dan fakta.

Namun tidak dapat dinafikan dari segi penulisan sejarah, antara tahun 1900 sehingga meletusnya Perang Dunia I terdapat sekurang-kurangnya tujuh karya yang telah dihasilkan oleh sejarawan tempatan. Syair Sultan Abu Bakar[25][25], Buku Sejarah Nik Yusof,[26][26] Cetera Raja Muda[27][27], Hikayat Pahang[28][28], Hikayat Johor dan Tawarikh Al-Marhum Sultan Abu Bakar Johor[29][29], Salasilah atau Tarekh Kerja-an Kedah[30][30] dan Hikayat Kelantan[31][31]. Di antara 7 buah karya itu beberapa ciri perlu diperhatikan. Istilah “hikayat” masih digunakan dan terdapat juga sejarah yang ditulis dalam bentuk “syair”. Ciri yang baru pula ada pada Salasilah atau Tarekh Kerja-an Kedah  iaitu ditulis dalam tulisan rumi dan ciri yang kedua adalah penggunaan istilah “Tarikh” yang hanya selepas Perang Dunia I dipopularkan melalui sistem persekolahan Melayu yakni “Tawarikh”. Kesemua karya di atas adalah bukti menunjukkan adanya perkembangan pensejarahan Melayu  dan kebanyakan sejarah yang dipaparkan dalam karya-karya tersebut adalah bersifat politik yang tertumpu kepada golongan atasan dan terhad kepada negeri-negeri tertentu kecuali Syair Sultan Abu Bakar yang ada memaparkan Sejarah Pahang Moden.

Menjelang dekad 1920an, orang-orang Melayu telah mempunyai sedikit kefahaman yang jelas akan makna sejarah dalam konsep sejarah moden sebagaimana yang digunakan pada hari ini. Umpamanya dalam akhbar al-Imam[32][32], Jilid 1 yang bertarikh 23 Julai 1906 ada menyatakan:

Sejarah itu ilmu yang merupakan hawadith (peristiwa) yang telah lalu boleh mengambil iktibar dengan dia dan boleh mengambil kiasan daripadanya oleh segala mereka yang berakal bagi barang yang akan datang.[33][33]



Manakala terdapat juga beberapa akhbar lain yang telah memuatkan tulisan untuk mengambarkan kefahaman serta kesedaran sejarah seperti tulisan Shamsudian bin Muhammad Yunus, “Tarikh” dalam Edaran Zaman yang memberi makna sejarah:

“…suatu daripada ilmu-ilmu yang sangat memberi manfaat maka setengah daripada pekerjaannya itu ialah menghuraikan kepada kota-kota, hal kejadian yang telah lalu berkenaan dengan manusia samada ia tertulis dalam kitab atau didapati daripada lain waritah, maka di dalam tiap-tiap rencana yang membentangkan hal-ehwal umat-umat yang telah lalu berkenaan manusia akan terdapat dua jenis perhatian, yang satu selidik atau menyiasat dan yang lagi satu itu pula mementingkan pendapat atau keputusan tahlik. Sanya tarikh itu boleh dimisalkan oleh suatu rantai yang berumbai-umbai dengan cincin kejadian dan sebabnya dan lain ialah suatu cermin di mana kita dapat melihat kekurangan atau cacat yang ada pada tubuh supaya dapat kita berikhtiar tentang menjalankan kewajipan kita mudah-mudahan merasailah kita hemah-hemah terpuji dan cita-cita yang sempurna.”[34][34]



Perkembangan pensejarahan Malaysia pada abad ke-20 memperlihatkan bahawa masyarakat Melayu telah memahami  akan erti sejarah dalam pengertian moden. Al-Imam sebuah akhbar yang menjadi medium menyalurkan idea Kaum Muda dari Timur Tengah telah menyatakan bahawa sejarah adalah ilmu yang merupakan segala hawadith (peristiwa) yang telah berlaku dan manusia boleh mengunakan sejarah apabila mengambil iktibar dalam menempuh hari-hari yang mendatang. Masyarakat yang tidak mempunyai sejarah sudah tentulah masyarakat itu tidak mempunyai tradisi dan tanpa tradisi masyarakat itu tidak dapat memperlihatkan suatu keperibadian yang tersendiri.













[1][1] Masyarakat berbilang keturunan atau masyarakat majmuk di Malaysia bukan wujud secara semulajadi. Sebaliknya kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai detik sejarah dan latar belakangnya yang tersendiri. Apa yang jelas lagi nyata ialah masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai kaitan rapat dengan dasar zaman kolonial British. Anwar Ibrahim, Menangani Perubahan, Berita Publishing, Kuala Lumpur, 1989, hlm. 52, Milne dan Mauzy , Politic and Government in Malaysia, Federal Publishing, Singapore,1978, hlm. 23
[2][2] Sungguhpun Malaysia telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 tetapi hubungan kaum masih perlu diperbaiki. Apabila menjelang Pilihanraya 1969, isu-isu perkauman telah ditimbulkan oleh pelbagai pihak dan kemuncak ketegangan hubungan antara kaum tercetusnya Peristiwa 13 Mei 1969.Peristiwa itu sudah cukup memberi tauladan dan pengajaran besar kepada mana-mana pemimpin dan generasi masa depan agar tidak terjebak dalam malapetaka yang serupa. Malangnya meskipun sudah 37 tahun peristiwa itu berlaku tetapi politik perkauman masih tidak dapat dihapuskan kerana seringkali pemimpin-pemimpin politik menggunakan isu-isu perkauman menjelang kempen pilihanraya. Lihat Jomo ,Kemiskinan : Isu takrif dan kemampuan dlm Dewan Budaya, Sept.2001 hlm.20-23, Wan Liz Ozman Wan Omar, Mengurus Abad ke-21: Cabaran dan persiapan dalam era globalisasi, Golden Books Centre Sdn. Bhd., Kuala Lumpur 2000, hlm. 77
[3][3] Lihat Abdullah Zakaria Ghazali, “Etika dalam Penulisan Sejarah” dalam Bengkel Pasca Siswazah, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 19 Ogos 2006, hlm. 3-14
[4][4] Khoo Kay Kim, Etika dalam Penulisan Sejarah dalam Bengkel Pasca Siswazah, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 19 Ogos 2006, hlm. 2
[5][5] Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayuddin Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm. 1
[6][6] H.M Omemar Bakry, Tafsir Rahmat, Kuala Lumpur, Victory Agencie, 1988, hlm. 861
[7][7] Ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 26 April 1986 di Rumah Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
[8][8] Khoo Kay Kim, Etika dalam Penulisan Sejarah,…. hlm. 7
[9][9] Encyclopedia Britannica, Vol. II, William Benton Publisher, Chicago, London, Toronto, 1970, hlm. 529; 530 -544
[10][10] Muhd. Yusof Ibrahim adalah antara tokoh sejarawan yang banyak menjalankan kajian tentang histriografi di Malaysia antara hasil penyelidikan beliau adalah:, Pengertian dan Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan Kaedah (1986), Sejarah Sejarawan dan Pensejarahan (1988), Pensejarahan Sejarahan Melayu 1800-1960 (1994), “Akhbar dan Majalah ditinjau dari sudut Pensejarahan Melayu” dlm Mohd. Sarim Mustajab (ed) Akhbar dan Majalah di Malaysia : Sejarah dan Pembangunan (1988), “Kesedaran Sejarah Satu Tinjauan Umum Mengenai Pengertian, Fungsi dan Perkembangannya di dalam Masyarakat Melayu” dlm Seminar Sejarah Malaysia Moden: Penilaian terhadap Pembinaan Negara - Bangsa (1992) dan beliau banyak menghasilkan makalah-makalah dalam jurnal-jurnal sejarah di Malaysia.
[11][11] Muhd. Yusof Ibrahim & Mahayuddin Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,1988   , hlm. 1
[12][12] Pada pandangan penulis, karya sejarah bukan hanya buku-buku sejarah, malah kajian ini akan melihat beberapa bentuk penulisan seperti makalah di dalam akhbar dan majalah, cerpen dan novel yang ditulis dengan berlandaskan peristiwa sejarah.
[13][13] Khoo Kay Kim, Panji-panji Gemerlapan dalam Ungku Abd. Aziz & Shahril Talib (Penyelenggara) Syarahan Perdana : Dua Puluh Lima Tahun Pertama,Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 1988, hlm. 337.
[14][14] Muhd. Yusof Ibrahim & Mahayuddin Haji Yahaya…, hlm. 8
[15][15] Mohd. Taib Osman, Bahasa, Jilid IV. Bil. 1, 1964/65 , hlm. 44 tetapi bagi ahli sejarah yang mementingkan kebenaran dan ketepatan maklumat, sejarah bercorak sastera adalah lebih bernilai daripada sastera yang bercorak sejarah kerana dalam sastera bercorak sejarah fakta sejarah kerap diubahsuai atau bahkan diselewengkan demi mencapai hasrat tertentu atau kerana seni sasteranya.Namun begitu, ini tidak bermakna sastera bercorak sejarah atau hasil-hasil kesusasteraan secara umum tidak berguna dalam kajian sejarah. Malah dalam kajian ini penulis telah menggunakan beberapa karya kesusasteraan untuk melihat sejauhmanakah penulis sesebuah karya itu menerapkan unsur patriotisme dalam karya tersebut di samping menyelami pemikiran dan perasaan masyarakat yang menghasilkannya dan sebab karya itu dihasilkan. Ini amat bererti terutama apabila masyarakat penghasil karya dikongkong kebebasan mereka atau merasa diri mereka tidak selamat andainya sesuatu itu dinyatakan secara tepat dan terbuka.
[16][16] Perkembangan disiplin sejarah di Malaysia, perkembangan pensejarahan  telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu lagi. Penulis membahagikan tahap-tahap perkembangan kajian ini kepada: (i). Zaman Tradisional (ii) Zaman Kolonial (iii) Zaman Jepun dan (iv) Zaman Moden.
[17][17] Mengenai pensejarahan Melaka Tradisional sebelum 1900 telah ditemukan sekurang-kurangnya tiga buah karya pensejarahan; (i) Sejarah Melayu (dalam pelbagai versi dan ada pendapat mengatakan terdapat 29 naskah mengenainya seperti yang dinyatakan oleh R. Roolvink, “The Variant Version of the Malay Annals”cetakan semula rencana ini dalam C.C. Brown, Sejarah Melayu: Malay Annals, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm xv – xxxi (ii) Syair Lancang Melaka (iii) Syair Perang Rokan. Lihat Mohd. Yusof Hashim, “Naskah Kesusasteraan Melayu Tradisional Yang Bercorak Sejarah dan Pensejarahan Malaysia,” dalam Siti Hawa Salleh (pnyt)  Cendikia Kesusasteraan Melayu Tradisional, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, hlm, 40
[18][18] Khoo Kay Kim, Pensejarahan Malaysia :Syarahan Tun Seri Lanang, Kuala Lumpur, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, 1975, hlm. Kata pengantar
[19][19] Muhammad Yusof Hashim, Kesultanan Melayu Melaka : Kajian beberapa aspek tentang abad ke-15 dan abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia , Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 334
[20][20] Lihat Siti Hawa Salleh (pnyt) Hikayat Merong Mahawangsa, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka,1970; Dzulkifli  Salleh, Hikayat Merong Mahawangsa Sebagai Sumber Sejarah, Dewan Bahasa, ix.10 (Oktober).1965.
[21][21] Misalnya Salasilah Negeri Kelantan, Salasilah Keturunan Raja Bugis, Silsilah Melayu dan Bugis, Silsilah Raja-raja Di Dalam negeri Perak dan Hikayat Salasilah Perak. Lihat J.C. Bottom “Malay Historical Worker” dalam K.G. Tregoning (pnyt) Malayan Historical Sources, Singapura, 1965, hlm. 58-59.
[22][22] Khoo Kay Kim, Panji Gemerlapan … hlm. 338
[23][23] Lihat contohnya C.J.Irving, ‘Memorandum relative to the Affair of Perak, with reference to a visit to that Country in April anad May 1872 and subsequaent occurrences up to the 15th June 1872’ dalam Correspondence Relating to the Malay Peninsula 1872-1877; A. Skinner, “Precis of Perak Affair, 10 Jan, 1874 dlm Lampiran Surat Sir A. Clarke kepada Kimberley, 24 Feb 1874. Laporan-laporan lain oleh Irving termasuk ‘Memorandum relative to Affairs of Selangor, with reference to visit to that Country in April and May 1872 and subsequent up to the 15th June 1872’dlm Government Paper Relating to the Malayan Peninsular 1870-1882 .
[24][24] Lihat J. de Vere Allen, “Two Imperialists: A Study of Sir Frank Swettenham and Sir Hugh Clifford” JMBRAS vol. XXXVII, pt.1, 1964 dan lihat juga W.R.Roff, Stories by Sir Hugh Clifford (Kuala Lumpur, 1967) dan Stories and Sketches by Sir Frank Swettenham (Kuala Lumpur, 1967). Karya Cliford lebih banyak daripada karya Frank Swetteham jika dikira berdasarkan karya yang telah diterbitkan. Antara karya Clifford termasuklah  Since the Beginning, London, 1898; In Court and Kampong, London, 1903, Heroes in Exile, London, 1906, ‘Rival Systems and the Malayan People The North American Review, vol. 177, In Corner of Asia, London, 1899, Sally: A Sequel, London, 1908, Malayan Monochromes, London, 1913, ‘A Journey through the Malaya States of Terengganu and Kelantan’ The Geographical Journal, vol.IX, 1897, “Expedition to Trengganu anad Kelantan”JMBRAS vol. XXXIV,pt.1, 1961. Buku-buku lain oleh Hugh Clifford ialah Studies in Sepia White and Yellow, London, 1898, Further India, London, 1904, In Days that are Dead, London, 1926, A Prince of Malaya, London, 1929 dan Bushwhacking and Other Asiatic Tales and Memories, London 1929. Untuk lebih lanjut sila lihat kajian tentang penulisan Clifford lihat Saw Gaik-choo  The Works of Sir Hugh Clifford: A Literary anad Biographical Approach’ Tesis M.A Jabatan Inggeris, Universiti Malaya, 1969)
[25][25] Pengarang tidak diketahui dan karya ini selesai diselengarakan sekitar tahun 1899-1900
[26][26] Karya ini telah ditulis oleh Nik Yusof bin Nik Abdul Majid (Datuk Sri Paduka) dan karya ini selesai ditulis sekitar 1900 karya ini belum ditemui namun ada disebutkan dalam Hikayat Seri Kelantan.
[27][27] Tidak diketahui pengarang karya ini dan diselesaikan penulisannya pada 1900, karya ini juga belum ditemui tetapi kewujudan karya ini ada disebutkan dalam Hikayat Seri Kelantan.
[28][28] Tidak terdapat nama pengarang dan karya ini telah disiapkan pada 1909
[29][29] Pengarangnya ialah Haji Mohd. Said bin Haji Sulaiman, Johor Bahru dan telah siap ditulis pada 1911. (Kajian tentang karya ini telah dilakukan oleh Ismail Hussein dalam tesis sarjana yang berjudul “Hikayat Johor: Satu Penyelenggaraan Teks”)
[30][30] Ditulis oleh Wan Yahya bin Wan Mahammad Taib diterbitkan di Pulau Pinang dalam dua versi jawi dan rumi pada tahun 1911
[31][31] Dikarang oleh Haji Nik Mahmud bin Haji Ismail pada 1914.(Mohd. Taib Osman telah melakukan kajian ilmiah untuk tesis sarjana beliau yang bertajuk “Hikayat Seri Kelantan Sebuah Naskah tulisan tangan dari Kelantan”.)
[32][32] Al-Imam sebuah majalah berkala dalam bahasa Melayu mula diterbitkan pada 1906 di Singapura yang mempunyai 31 keluaran. Hampir semua keluaran sekurang-kurangnya mempunyai sebuah rencana, selalunya lebih menganalisis kepada penyakit-penyakit masyarakat. Dalam celaan dan tegurannya terhadap masyarakat Melayu, Al-Imam berperanan memberi kesedaran dan menunjukkan kemunduran orang-orang Melayu, penguasaan bangsa asing terhadap diri mereka, kemalasan mereka, kecuaian mereka, kekecohan mereka sesama sendiri dan ketidakmampuan mereka bersatu demi kebaikan bersama. Lihat William R. Roff, Nasionalisme Melayu , Ahmad Boestamam (terjemahan) Kuala Lumpur, Penerbit Universiti Malaya, 2003, hlm. 64 ; Mohd. Sarim Haji Mustajab, “Akhbar dan Majalah Agama Sebelum Perang: Sumbangan dan Peranannya Dalam Perkembangan Masyarakat” dalam Akhbar dan Majalah di Malaysia: Sejarah dan Perkembangan, Bangi, Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 32-43
[33][33] Muhd. Yusof Ibrahim, “Bentuk Perkembangan Pensejarahan Melayu Dekad 1920an-1930an” dalam Kertaskerja Kongres Sejarah Malaysia, Anjuran Persatuan Sejarah Malaysia  pada 26-28 Ogos 1996, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 1; Lihat Al-Imam, Jilid 1 (1 Jamadil’akhir 1324 Hijrah : 23 Julai 1906, hlm. 1
[34][34] ibid, hlm. 1