- Tugasan Empat ; Ulasan Kitab Sulalatus SalatinSulalatus Salatin yang juga dikenali sebagai Sejarah Melayu merupakan kitab hasilkepengarangan Tun Sri Lanang. Karya ini menceritakan zaman kesultanan Melayumelaka yang dikatakan dibawa dari Goa. Goa yang selama ini dianggap di India,sebenarnya merupakan suatu tempat yang terletak di Sulawesi Indonesia. Karya ini telahdikarang oleh Tun Sri Lanang ketika beliau menjadi Bendahara Paduka Johor antaratahun 1580 hingga 1615. Tun Sri Lanang telah dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor padatahun 1565. Sulalatus Salatin mengandungi 15 bab. Permulaan bab dibincangkan dengan juraiketurunan raja Melaka sehingga pembentukan Melaka ataupun sesudah pembukaanMelaka. Pembahagian perbincangan Sulalatus Salatin terbahagi kepada 2 bahagian ,iaitusebelum pembukaan kota Melaka [ mengandungi 4 bab] dan selepas pembukaan kotaMelaka [ mengandungi 11 bab ] Karya Sejarah Melayu ini mempunyai banyak versi. Namun, pembentang padahari tersebut tidak memberitahu secara jelas versi kitab yang dirujuk mereka untukpembentangan pada hari tersebut. Tiada dijelaskan juga mengenai perbezaan – perbezaanantara versi Kitab Sejarah Melayu yang lain. Berdasarkan pembentangan yang lalu, dapatsaya rumuskan bahawa karya agung ini mengutarakan pelbagai falsafah dan etika didalamnya. Pada hari pembentangan, para pembentang telah mengutarakan tujuh falsafah,iaitu ketaatan kepada pemerintah, keadilan, waad, nilai dan etika, adat, keberanian, dankekuasaan. Dalam karya ini, falsafah ketaatan dirujuk kepada beberapa orang tokoh yangdisebut dalam karya ini, antaranya ialah Demang Lebar Daun, Hang Tuah, BendaharaPaduka Raja, Hang Nadim dan Bendahara Seri Maharaja. Demang Lebar Daun seorangyang taat apabila membenarkan puterinya berkahwin dengan Seri Tribuana. Hang Tuahpula terlalu taat kepada sultan sehinggakan rela menerima hukuman bunuh dari sultan 15
- 16. setelah difitnah berkelakuan sumbang dengan dayang. Hang Tuah rela dihukum biarpunbeliau tidak bersalah. Baginda Paduka Raja dikatakan taat kepada sultan apabila akur dan tidakmemprotes apabila anaknya, Tun Besar dibunuh oleh anak sultan apabila bola sepakraganya terkena destar anakanda sultan lalu terjatuh ke tanah. Berpegang kepada prinsip“adat Melayu tidak perbah derhaka” maka Baginda Paduka Raja menerima perkaratersebut meskipun anaknya mati dibunuh. Kesimpulan yang dapat dibuat dari falsafah ketaatan ini, konsep ketaatan yangdiamalkan terlalu keterlaluan dan terlalu mengagung – agungkan sultan biarpun tindakansultan tersebut adalah salah dan melampau. Namun, saya berasa agak keliru keranaBaginda Seri Maharaja dikatakan seorang yang taat kepada sultan. Hal ini kerana,keengganan beliau mempersembahkan puterinya kepada Sultan Mahmud telahmenunjukkan ciri penderhakaan kepada sultan. Bendahara Seri Maharaja berpeluanguntuk membantah hukuman bunuh yang dijatuhkan ke atas beliau sekeluarga. Beliauketika itu dalam posisi sangat kukuh dari segi politik dan ekonomi sebaliknya beliaumelarang para pengikutnya daripada memberontak. Mungkin peristiwa ini menabalkanbeliau sebagai seorang yang taat kepada sultan. Falsafah kedua yang dibentangkan adalah Waad. Waad merupakan kontrak sosialdi antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba. Jika waad ini dilanggar, maka pelbagaibencana akan menimpa seperti menghidapi penyakit kerdal. Oleh itu, wujudnya perkaratulah dan daulat. Saya melihat waad ini sebagai suatu kontrak atau perjanjian di antaragolongan pemerintah dan rakyat. Terkandung pelbagai perjanjian yang bertimbal balik.Contohnya, rakyat tidak boleh menderhaka kepada raja dan raja juga tidak bolehmenzalimi rakyat. Rakyat tidak boleh menderhaka dan perlu taat kepada raja. Perjanjianini dapat membuatkan rakyat tunduk patuh kepada raja da sekiranya tidak patuh, merekaakan ditimpa bencana. 16
- 17. Falsafah ketiga yang diutarakan ialah falsafah keadilan. Contohnya, SultanMuzaffar Syah wujudkan undang – undang untuk mengelakkan menteri melakukankesilapan. Ganjaran kepada kesilapan adalah hukuman. Dalam kitab ini, tidak banyakyang ditonjolkan mengenai sikap raja yang adil. Ketidakadilan raja juga denganberaninya ditonjolkan oleh Tun Sri Lanang. Beliau patut dipuji kerana tidak hanyamenceritakan kebaikan sahaja, malah turut menceritakan kezaliman raja terhadap rakyatdan pembesar – pembesarnya. Terdapat banyak peristiwa yang mempamerkanketidakadilan raja. Falsafah keempat yang ditonjolkan telah dalam pembentangan adalah falsafahadat. Adat merupakan peraturan yang diamalkan sejak turun – temurun. Adat perludipatuhi. Dalam Kitab ini terdapat banyak adat Melayu yang diamalkan oleh golongandiraja dan golongan rakyat. Ada antaranya masih digunapakai dan ada juga di antaranyadiubahsuai supaya sesuai dengan peredaran masa. Falsafah kelima yang ditunjukkan adalah falsafah kekuasaan. Kitab ini terlalubanyak menceritakan kekuasaan raja. Raja sangat berpengaruh dari segala sudut. Rajaberkuasa menitahkan apa sahaja kepada rakyat da rakyat perlu menunaikannya jika tidakmahu dihukum. Saya melihat, kuasa raja sebagai kuasa mutlak terlalu banyak menindasgolongan rakyat. Kandungan kitab ini mempamerkan sikap raja yang kejam dan sanggupberbuat apa sahaja demi mendapatkan sesuatu. Raja pada zaman dahulu terlalu berkuasasehingga bertindak zalim di luar batas kemanusiaan. Justeru, tidak hairanlah mengaparakyat begitu patuh kepada raja biarpun diperlakukan dengan buruk rupa. 17
- 18. Falsafah keenam yang ditonjolkan dalam pembentangan ialah keberanian.Keberanian raja merujuk kepada keberaniannya menjajah da mentakluk negeri lain untukmeluaskan pengaruh jajahannya. Dalam kitab ini, turut diceritakan mengenai sikapkeberanian yang ditonjolkan oleh golongan rakyat biasa seperti badang. Kitab ini banyakmenonjolkan ketokohan keberanian Hang Tuah. Hang Tuah digambarkan sebagaiseseorang yang sangat hebat. Perkara ini seperti sengaja ditonjolkan untuk menunjukkankehebatan orang Melayu pada waktu tersebut. Falsafah ketujuh yang ditonjolkan ketika pembentangan adalah nilai dan etika.Etika dan nilai yang digarap dalam kitab ini diwarisi rakyat. Selain itu, kitab ini jugamenggariskan tugas – tugas raja dan pembesar dan peranan – peranan rakyat. Raja jugasebagai bayangan tuhan atau payung kepada rakyat. Justeru, taat dan setia perluditumpahkan kepada raja sepenuhnya.Kesimpulannya, secara keseluruhan dapat dilihat betapa karya agung ini bersifat sejagatdan menyeluruh. Namun, terdapat unsur – unsur mitos yang seakan – akan tidak masukakal di dalam kitab ini. Kekuasaan yang ditonjolkan oleh raja secara melampau dan jugakezaliman raja menunjukkan betapa tidak adilnya raja pada suatu ketika dahulu. Dalamkitab ini juga ditonjolkan secara melampau ketaatan kepada raja. Justeru, pepatah “ adatMelayu tidak menderhaka’ begitu terserap dalam masyarakat Melayu pada suatu ketikadahulu. 18
- 19. Tugasan lima : Ulasan Hikayat Abdullah.Hikayat Abdullah merupakan biografi atau penceritaan pengalaman hidup MunsyiAbdullah atau nama sebenarnya Abdullah Bin Abdul Kadir. Hikayat ini mengandungisegala hal yang berlaku pada diri Munsyi Abdullah dan masyarakat selat pada masapemerintahan Inggeris dan peralihan kuasa Inggeris kepada Belanda di Melaka. Hikayatini merupakan dokumentasi sejarah yang berlatar belakangkan peristiwa – peristiwa yangberlaku pada abad ke -19 yang diceritakan mengikut perspektif beliau yang hidup padazaman tersebut.. Turut diceritakan dalam hikayat ini mengenai kisah pembukaanSingapura dan pembangaunannya pada awal abad ke -19. Dalam hikayat ini, MunsyiAbdullah telah mengkritik gaya hidup da kepercayaan masyarakat yang berbilang kaumdi Melaka pada masa itu yang terdiri daripada empat kapitan, iaitu Keling, Cina, Nasrani,dan Melayu. Masyarakat pada zaman tersebut begitu taksub dengan kepercayaan tahyulterutamanya masyarakat Melayu yang begitu mempercayai penanggal dan polong.Perkara ini diceritakan dengan teliti tentang asal – usul makhluk – makhluk ini serta carauntuk membunuhnya. Dalam hikayat ini, beberapa kali Munsyi Abdullah menyatakankebencian beliau terhadap kepercayaaan karut-marut masyarakat Melayu pada ketika itu. Hikayat ini boleh dikatakan sebagai dokumentasi Abdullah. Munsyi Abdullahtelah telah membawa pembaca bertemu dengan tokoh – tokoh sejarah seperti Farquhar,Lord Minto dan Crawford. Hikayat ini telah menceritakan peribadi mereka mengikutpandangan Munsyi Abdullah yang berdampingan dengan mereka. Tokoh – tokoh inidigambarkan sebagai baik dan disanjungi oleh Munsyi Abdullah. Pembentang tidakmengulas lebih lanjut apakah kebaikan – kebaikan tokoh yang dilakukan terhadapMunsyi Abdullah sehinggakan tokoh yang kita anggap mereka jahat tetapi disanjungtinggi oleh Munsyi Abdullah. 19
- 20. Penceritaan hikayat ini jelas menunjukkan Munsyi Abdullah seorang yang gigihmenuntut ilmu. Munsyi Abdullah berketurunan peranakan Arab – India yang berjayamenguasai bahasa Melayu , bahasa Tamil, Hindustan, Inggeris dan Cina. Penguasaanbeberapa bahasa ini menunjukkan kegigihan Munsyi Abdullah mempelajari bahasa.Munsyi Abdullah juga mengkritik sikap masyarakat Melayu yang malas mempelajaribahasa Melayu. Perkara ini membuktikan betapa Munsyi Abdullah melakukan pelbagaikritikan sosial dalam hikayatnya. Dalam pembentangan yang dilakukan, pembentang telah mengemukakan limafalsafah yang terkandung dalam Hikayat Abdullah, iaitu falsafah ketuhanan, keadilan,kebenaran dan keindahan. Falsafah ketuhanan yang dibentangkan oleh pembentangmengenai kebencian karut dan tahyul masyarakat Melayu yang membelakangkan kuasaAllah S.w.t. Abdullah berfikiran rasional dan realistikdan tidak mempercayai bomoh,dukun dan pawang. Beliau juga mengkritik kepercayaan orang Melayu yang tidakmempercayai ilmu falak dan tidak mempercayai bahawa bumi ini bulat. Beliau jugamengkritik orang Melayu yang mempercayai peristiwa gerhana bulan disebabkan bulandimakan oleh Rauf (ular). Musnsyi Abdullah menyeru masyarakat supaya memandangsesuatu itu secara rasional dan berpegang kepada kuasa Allah. Perkara ini membuktikan,daalm karya ini Munsyi Abdullah amat menekankan aspek ketuhanan dalam karyanya. Falsafah kedua yang dikemukakan oleh pembentang ialah falsafah keadilan.Falsafah keadilan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan kes Syed Yasin, keskezaliman Sultan, keadilan Farquha yang sedia membantu golongan bawahan yangkesusahan. Pada hari tersebut, pembentang tidak pula mengutarakan pertikaian MunsyiAbdullah mengenai konsep perbezaan taraf dalam amalan dalam sistem masyarakatMelayu. Beliau menyeru dan menuntut kesamarataan dalam gagasannya yang terkandungdalam karya. Falsafah ketiga yang dikemukakan oleh pembentang ialah falsafah kebenaran.Munsyi Abdullah menyatakan perkara kebenaran dalam hikayatnya. Apa yangdiceritakan merupakan perkara yang betul – betul berlaku dan diamalkan sehingga ke hari 20
- 21. ini seperti kepercayaan tahyul oleh masyarakat Melayu. Ketika pembentangmembentangkan falsafah ini, tidak begitu jelas diterangkan mengenai falsafah kebenaranyang dimaksudkan oleh kumpulan pembentang. Falsafah keempat yang diutarakan oleh pembentang ialah falsafah keindahan.Keindahan yang dimaksudkan dari segi bahasa, adat dan pemikiran yang diutarakandalam hikayat. Hikayat Abdullah membawa perubahan tema, plot, dan jalan cerita sepertikarya – karya yang ditulis dalam zamannya. Beliau telah menjadikan pengalaman beliausebagai bahan penulisan. Perkara ini menjadikan karya beliau bersifat realiti dan tidakdiselitkan dengan cerita – cerita dogeng seperti karya – karya lain yang ditulis dalamzamannya. Beliau menyelitkan pantun, syair dan kiasan untuk menyampai kan sesuatupemikirannya. Selain itu, terdapat banyak kosa kata baharu dan penggunaan teknik dialogdalam karya ini. Boleh dikatakan bahawa hikayat ini sebagai permulaan karya Melayumoden yang boleh diibaratkan seangkatan ASAS 50 yang lahir seratus tahun selepaskelahiran hikayat ini. Jelas menunjukkan pemikiran Munsyi Abdullah tidak dibatasi olehmasa. Falsafah terakhir yang dibentangkan ialah falsfah etika yang terkandung dalamhikayat ini. Undang – undang Singapura dikatakan sebagai hasil kebijaksanaan Raffles.Pembentang juga mengatakan falsafah etika ini dikaitkan dengan penceritaan kisah TuanBangoor yang begitu mementingkan nilai kebersihan. Adat menggunakan keris jugadikatakan sebagai falsafah etika yang diutarakan dalam karya ini oleh pembentang. Namun, terdapat lagi falsafah lain yang tidak dibincangkan oleh pembentang.Contohnya seperti falsafah pemikiran. Tidak dibincangkan mengenai pemikiran MunsyiAbdullah yang jauh ke depan dan bersifat revolusioner. Beliau juga dianggap sebagaitokoh yang menerajui perkembangan sastera moden di tanah Melayu pada ketika itu.Selain itu, perlu juga ditelusuri betapa Munsyi Abdullah ini begitu teruja dan terpegundengan orang asing yang menjajah Tanah Melayu pada ketika itu.Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia. 21
Saturday, 6 April 2013
Sejarah Melayu dan Hikayat Abdullah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment