Thursday 26 July 2012

Kejatuhan Melaka

Melaka dapat diselamatkan jikalau terdapatnya seorang bendahara yang bijak berbanding dengan memiliki seorang pemerintah Melaka

Apakah pandangan anda?

Kejatuhan Melaka

Kemerosotan Melaka adalah disebabkan oleh tindakan pemimpin Melaka

Setujukaha anda?

Friday 13 July 2012

Buku Rujukan Sejarah

Salam buat untuk guru pelatih Institut Pendidikan Guru Major dan Minor Sejarah

Terdapat tiga buku rujukan sejarah di pasaran untuk kegunaan guru paltih PPISMP. Buku ini mengandungi maklumat megikut proforma yang ditulis oleh para pensyarah IPG

1. Pengantar Sejarah

2. Sejarah Sosio ekonomi Malaysia

3. Pembinaan Negara Bangsa


Buku ini diterbitkan oleh Penerbitan Multimedia

Kegemilangan Melaka


PEMBETUKAN UNDANG-UNDANG MELAKA

Undang-undang atau sistem perundangan adalah suatu cara untuk menyelesaikan berbagai-bagai bentuk konflik dan kekecohan dalam masyarakat (antara sesama individu,dikalangan antara kelompok atau antara induvidu dan kelompok dengan sistem keadilan yang telah pun ditentukan dalam masyarakat tersebut). Di Melaka,dalammemastikan kestabilan politik dan Negara,Kerajaan Melaka pada masa tersebut telah mengubal undang-undang yang bertujuanuntuk melancarkan pentadbiran.Terdapat dua buah teks undang-undang tradisional diMelaka. Undang-undang yang pertama dikenali sebagai hukum kanun melaka yang merupakan undang-undang darat melaka yang mana merangkumi peraturan yang harus diikuti oleh semua masyarakat di melaka dan merupakan undang-undang yang bertujuan untuk mengawal keselamatan dan keamanan 

Pada mulanya Hukum Kanun Melaka ditentukan berdasarkan hukum dan adat setempat. Namun, semasa zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah, Hukum Kanun Melaka ditukar berdasarkan Hukum Hudud. Ini dapat dibuktikan berdasarkan fasal 7.2 dalam Hukum Kanun Melaka;„Adapun jikalau ia mencuri, maka tertangkap lalu dibunuhnya maka kenalah denda akan dia setengah harganya.... Adapun pada hukum Allah orang yang mencuri itu tiada harus dibunuh, melainkan dipotong tangannya“. Perubahan teras ini adalah disebabkan oleh pengaruh Islam di Melaka pada ketika itu. Hukum Kanun Melaka diwujudkan bagi menjaga keamanan dan keselamatan rakyat di Melaka termasuklah bangsa asing yang tinggal dan singgah di Melaka. Namun begitu, undang-undang Islam hanya dilakukan kepada orang Islam manakala bangsa lain akan dihukum mengikut agama atau adat masing-masing. Sebagai contoh, jika seorang lelaki Islam telah berzina dengan seorang perempuan cina. Lelaki tersebut akan dihukum berdasarkan undang-undang Islam dan perempuan tersebut akan dihukum mengikut adab dan agamanya. Peraturan umum seperti mencuri, merompak dan sebagainya akan dilaksanakan untuk semua bangsa di Melaka termasuklah bangsa asing. Ini menunjukkan sikap Raja Melaka yang bertoleransi dan adil dengan rakyatnya. Baginda hanya menghukum rakyat yang benar-benar melakukan kesalahan sahaja. Hal ini telah menarik bangsa lain seperti pedagang dari China dan Gujerat, Orang Arab serta ramai lagi untuk datang dan menetap di Melaka..manakala teks yang kedua pula dikenali sebagai undang-undang laut melaka atau adat pelayaran melaka.teks ini diterjemah sebagai “the maritime laws of Malacca”. Undang-undang Laut Melaka yang dikenali sebagai Adat Pelayaran Melaka, Kitab Peraturan Pelayaran dan Hukum Undang-undang Laut. Undang-undang Laut Melaka mengandungi peraturan dan tatatertib berniaga, cara berjual beli, hukum-hukum jenayah di kapal, larangan-larangan dan tanggungjawab nakhoda, kiwi serta anak kapal. Undang-undang Laut Melaka diwujudkan untuk melancarkan urusan pedagangan di Selat Melaka. Ini telah menggalakkan kedatangan pedagang asing dari luar untuk terus berdagang di Melaka. .undang-undang di melaka telah dilaksanakan berdasarkan hukum syarak.contohnya hukumanpotong tangan akan dikenakan terhadap pencuri yang tertangkap.hal yang demikian dirujuk berdasarkan hokum hadd dalam kesalahan jenayah pada hokum yang dikenakan terhadap para jenayah yang tertangkap. dengan adanya undang-undang tersebut,melaka telah berjaya manjadi sebuah negeri yang aman dan selamat sehingga muncul sebagai pusat politik di nusantara.


HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN CHINA


Antara faktor lain yang mejadikan Melaka sebagai pusat kegiatan politik yang
terkenal di Alam Melayu ialah kejayaan Melaka dalam menguasai tanah-tanah jajahannya.Bagi mengukuhkan lagi kuasanya Melaka telah menjalankan dasar penaklukkan,kerajaan Melaka telah menakluki kerajaan-kerajaan lain bagi menanbah pengaruhnya.Hal ini dapat mengukukkan lagi politik Melaka,dengan adanya pengaruh yang ramai.Malah pada masa yang sama Melaka juga akan digeruni oleh kuasa lain,yang sekaligus mengiktiraf Melaka sebagai penaung.Kejayaan Melaka dalam menjalin hubungan diplomatic dengan China juga merupakan salah satu faktor yang terpenting dalam perkembanggan politik Melaka.Peristiwa ini dapat dilihat apabila Parameswara telah menghantar utusan ke Peking pada tahun 1405 untuk menjalinkan hubungan baik dengan negeri China.Ekoran daripada penghantaran utusan tersebut,Parameswara diberi pengakuan secara rasmi pada tahun 1406,pengakuan tersebut disertakan dengan penyerahan cop mohor,persalinan pakaian daripada kain sutera dan payung kuning.Pada masa tersebut negeri China dikatakan negeri yang mepuyai kuasa yang terkuat di asia.dengan menjalinkan hubungan dengan China,Melaka mendapat perlindungan daripada China.Hal dapat menjamin keselamatan Melaka,khasnya daripada ancaman Siam. Ini dapat dibuktikan apabila laksamana Cheng Ho yang diutuskan oleh kerajaan China untuk ke Melaka telah diarahkan untuk singgah di Siam dahulu yang bertujuan untuk memberi amaran kepada Siam supaya tidak menyarang dan menancam Melaka kerana Melaka telah diiktiraf dibawah naungan China.


PERDAGANGAN
PERANAN SELAT MELAKA
Faktor utama yang menjadikan melaka sebagai pusat perdagangan di rantau
Melayu ialah kedudukan Melaka yang srategik iaitu dikawasan perairan Selat Melaka yang mana merupakan laluan utama pedagang dari Timur ke Barat dan sebaliknya.Selat Melaka juga merupakan kawasan yang terlindung daripada tiupan angina monsoon.Hal ini menyababkan para pedagang akan singgah ke Melaka untuk berlindung daripada tiupan angin monsoon.Disamping itu mereka boleh menjalankan aktiviti perdagangan di Melaka kerana Melaka mempunyai kuasa beli yang tinggi.Perdagangan di Melaka juga berkembang ekoran daripada beberapa foktor lain yang disediakan oleh pemerintah untuk memudahkan para pedagangan.Contonnya perkhidmatan membaiki kapal,rumah tumpangan,stor barangan dagangan dan sebagainya.kebijaksanaan pemarintah telah menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan di Nusantara.Contohnya pemerimtah Melaka berjaya menjaga keamanan dan keselamatan para padagangdi Melaka dengan menubuhkan sistem pentadbiran di pelabuhan bagi melancarkan aktiviti perdagangan di pelabuhan.ini sekaligus dapat menarik minat para pedagang dari luar untuk berdagang di melaka.Malah pada masa yang sama Melaka juga telah bertindak sebagai pelabuhan enterport yang mana berfungsi sebagai pusat pertukaran barangan daganagan antara para padagang.Denagan adanya pelabuhan interport,melaka telah dikenali di seratapelosok.Hal ini,sekaligus telah menjadikan melaka terkenal sebagai pusat perdagangan pada abad ke-15 masihi dan abad ke-16 masihi.

HUBUNGAN DENGAN CHINA

Selain itu,terdapat juga faktor lain yang menjadikan Melaka sebagai pusat
perdagangan,iaitu Melaka telah menjalinkan hubungan dengan China.sebagai tanda persahatan,Melaka kerap menhantar rombongan melawat Negara China.Tujuannya ialah untuk mengeratkan lagi tali persahabatan dan juga untuk memperluaskan perdagangan Melaka. Contohnya pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah,baginda
meneruskan hubungan dengan negera China bagi mematikan kepentingan perdagangan Melaka dapat diteruskan dan berkembang.negara China merupakan sebuah Negara yang
luas dan sudah tentunya mempunyai pasaran dan kuasa beli yang tinggi,ini merupakan kesempatan bagi para pedagang Melaka untuk mendagangkan barangan dagangan mereka di China.Hal ini sudah tentu akan memberi keuntunagan kepada Melaka.Namun pada masa yang sama perhubungan dengam China juga dapat memenuhi keperluan barangan di Melaka.Dengan terjalinnya hubungan dengan Negara China , perkembangan perdagangan Melaka telah berlaku dengan pesat sehingga menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan yang terkenal di Alam Melayu.

PERANAN ORANG LAUT

Di sekitar perairan selat melaka telah didiami oleh orang laut ekonominya adalah berasaskan aktiviti morompak dan melanin.Mereka akan menyamun para pedagang yang melalui selat melaka.Hal ini akan menakutkan para padagang untuk berdagang dan melalui selat melaka.Kebijaksanaan pemerintah yang telah berjaya menguasai orang laut,sekaligus dapat menghapuskan aktiviti perlanunan di selat melaka.Orang laut dikatakan sungguh taat dan setia kepada Parameswara dan keturunannya sehingga keturunan yang terakhir di Johor pada 1699. Orang-orang laut telah diberikan pangkat
dalam istana oleh sultan supaya dapat menjamin keselamatan perairan selat melaka.pada masa yang sama orang juga telah dijadikan angkatan tentera laut bagi megawasi perairan selat melaka.Dengan kemahiran yang sedia ada,orang laut dapat mengawal perairan selat melaka dengan mudah.Contohnya mereka dapat mengalahkan musuh dengan mudah kerana mereka mempunyai kemahiran dalam mengendalikan kapal,mambaca tiupan angin,dan sebagainya.Ekoran daripada kejayaan menguasai orang laut,Melaka dapat menarik minat para pedagang dari luar kerana terdapat jaminan keselamatan yang telah disediakan.

KEBUDAYAAN
Kehadiran pelbagai bangsa menyebabkan terdapat 84 jenis bahasa yang dituturkan oleh masyarakat di Melaka. Namun begitu, bahasa Melayu tetap dijadikan sebagai lingua franca atau bahasa perantaraan di Melaka. Hal ini kerana bahasa Melayu mudah difahami dan menjadi bahasa utama masyarakat di rantau ini. Pemerintah Melaka membenarkan rakyatnya dan bangsa asing bertutur dalam bahasa masing-masing. Sebagai contoh, pedagang China boleh bertutur dalam bahasa cina untuk berkomunikasi antara mereka. Bukti penggunaan bahasa asing di Melaka dapat dilihat dengan penggunaan istilah bahasa Jawa di kalangan masyarakat Jawa seperti Manira dan Kulo. Istilah ini digunakan oleh masyarakat Jawa terhadap pihak yang superior sebagai tanda hormat. Namun begitu, pedagang asing menggunakan bahasa Melayu dan tulisan jawi apabila berurusan dengan pegawai dan pedagang di pelabuhan.

PENILAIAN
Bukti Melaka Sebagai Warisan Kepada Srivijaya
Apabila kita membicarakan tentang Melaka sebagai warisan kepada Srivijaya, semacam kita mampu mendedahkan yang Parameswara, pemerintah yang melarikan diri itu berasal dari Palembang-Srivijaya. Kenyataan ini dapat dilihat berdasarkan bukti yang dikemukakan pada proses Peralihan Pemerintahan Dari Palembang Ke Melaka, dan beberapa bukti lain. Bukti terawal yang boleh diperjelaskan ialah berdasarkan Sejarah Melayu yang secara terang-terangan menegaskan pengasas Melaka datang dari Palembang. Edidi Teks Terawal ( 1612 Masehi ) memberikan gambaran awal tanpa keraguan tentang kecemerlangan Palembang dahulu dan proses peralihan yang berlaku. Setelah mengkaji Raffles SM No. 18, sarjana berpendapat perkembangan sejarah Melayu abad ke-11 Masehi dikaji dalam abad ke-15 Masehi. Maka satu ketetapan telah diperolehi, iaitu pengkaji salasilah raja-raja Melayu memutuskan bahawa pemerintah dan pengasas kerajaan Melaka berasal dari empayar Srivijaya yang mempunyai pusat pentadbiran di Palembang, pada separuh abad ke-11 Masehi.
Bukti seterusnya dapat dilihat berdasarkan pentafsiran Wolters. Pada abad ke-14 Masehi, istilah Srivijaya semacam lenyap dari catatan sejarah. Hanya Palembang sahaja yang disebut sebagai tanah taklukan Malayu-Jambi. Walau bagaimanapun, setelah diserang oleh Jawa, pemerintah Palembang mengundurkan diri. Wolters menambah Temasik ( Singapura ) adalah tempat persinggahan pemerintah Srivijaya itu sebelum ke Melaka. Pada masa yang sama, kekuasaan Palembang dan Jambi semakin merosot. Keadaan ini seolah-olah berlaku sekali lagi dalam dunia Melayu, iaitu apabila Melaka diserang oleh Portugis. Pentafsiran Wolters memaparkan satu budaya warisan Melaka yang diasaskan di Srivijaya, kerana apa yang berlaku semacam pernah berlaku di Srivijaya juga.
Bukti seterusnya dapat dilihat berdasarkan kepada pentafsiran ke atas pendapat Tome Pires. Pires menyifatkan bahawa Parameswara ialah raja Palembang, dan menyifatkannya sebagai, “... seorang yang istimewa dan bersedia untuk pergi berperang...” Parameswara sedar akan kekuatan abang iparnya ( Jawa ) dan berusaha untuk menyerang kembali Jawa. Kekalahan Parameswara ke atas Jawa sedikit pun tidak merendahkan kedudukan dan martabat Parameswara. Hal ni kerana penduduk di pulau itu masih menumpahkan taat setia kepada Parameswara. Pengunduran ke Singapura ( Temasik ) pun ada rasionalnya. Hal ini kerana Singapura adalah tempat yang strategik untuk perdagangan kelautan dan berhampiran dengan Kepulauan Riau yang dianggap sebagai kuasa tentera kelautan ketika itu. Maka Pires menyifatkan Singapura sebagai lokasi yang sesuai untuk Parameswara membangunkan kembali kekuasaannya.
Selain itu, bukti Melaka sebagai waris kepada Srivijaya dapat dilihat berdasarkan peranan ahli salasilah yang mencorakkan perjalanan penulisan Sejarah Melayu itu sendiri. Ahli salasilah menyifatkan Raja Iskandar Shah tiba ke Melaka dengan kekuasaan yang sama dengan kekuatan Tri Sri Buana. Ahli salasilah juga mahu menjaga air muka pengasas Melaka supaya dapat menjernihkan keadaan huru-hara dalam sejarah alam Melayu ketika itu, selain dapat menerangkan assl-usul Parameswara. Dalam Raffles SM No. 18 pun, kedaulatan raja-raja Melayu akan dizahirkan dengan merujuk kepada keluarga diraja Palembang. Hal ini mendedahkan kepada kita bahawa apa yang berlaku di Melaka mempunyai perkaitan dengan perkembangan Srivijaya-Palembang ketika sedang masyhur dahulu.

Bukti Lain Melaka Sebagai Waris Kepada Srivijaya

Setelah berjaya mengasas dan mendirikan kerajaan Melaka sekitar tahun 1399/ 1400 Masehi, Parameswara meninggalkan dua orang pengganti iaitu Megat Iskandar Syah dan Seri Maharaja. Kedua-duanya mempunyai kebolehan dari segi politik dan pentadbiran untuk menerajui sebuah kerajaan yang baru ditubuhkan itu. Ketiga-tiga tokoh tersebut telah menanamkan tradisi berkerajaan dan mengasaskan tunjang pensejarahan Melayu untuk dijadikan warisan bukan sahaja oleh pengganti mereka sehingga tahun 1511 Masehi malah tradisi ini terus diamalkan dalam bentuk semangat dan amalan sistem sosiopolitik serta kerajaan pada institusi kesultanan di beberapa buah negeri di negara ini.
Dengan perkataan lain, pengalaman politik dan pentadbiran yang dimiliki oleh Parameswara dan para penyokong serta pengikutnya yang terdiri daripada para menteri dan pembesar sejak berada di Singapura dan Palembang dahulu merupakan landasan penting dan sumber pengetahuan yang asas dan berguna untuk membentuk kerajaan di Melaka. Pengalaman Parameswara semasa menjadi pemerintah untuk beberapa tahun di tanah asalnya, Palembang yang amat praktis. Ia juga memberikan pengetahuan kepada beliau untuk berpolitik. Ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang aneh kerana pengetahuan itu adalah warisan yang diturunkan dan telah dipusakai oleh Parameswara daripada kalangan kerabatnya sendiri dan keluarga ahli politik Palembang. Palembang adalah tempat asal Parameswara dan tempat bakat kepimpinan beliau dipupuk untuk menerajui empayar Melayu-Srivijaya.
Pengalaman berpolitik dan mentadbir yang diperoleh ketika menjadi raja di Palembang dan Singapura itulah yang menjadi landasan kebolehan Parameswara untuk memerintah dan merancang skema untuk memajukan Melaka. Kemudian, pengganti Parameswara hanya meneruskan sahaja usaha yang telah dirintisnya itu. Dasar dan prinsip berpolitik di Palembang dijadikan model oleh beliau untuk bergerak cergas di Melaka pula.
Di Srivijaya, sistem politiknya didukung oleh satu sistem pentadbiran yang berpaksi kepada raja dan juga satu barisan kepimpinan yang mempunyai fungsi masing-masing dan disokong oleh kesetiaan Orang Laut di Selat Melaka. Contohnya, Senapati, Nyaka, Pratyaya, Hajipratyaya dan Dandanayaka. Senapati merupakan ketua kepada hulubalang dan fungsinya sama dengan Laksamana pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Nayaka pula berperanan sebagai Penghulu Bendahari. Di Melaka, hierarki pemerintahannya terdiri daripada raja dan kerabatnya, golongan pembesar, bangsawan, rakyat merdeka dan hamba. Tempat tinggal berdasarkan pola demografi iaitu raja dan kerabatnya tinggal di atas bukit yang strategik, pembesar-pembesar di lereng bukit dan kampung-kampung, Orang Laut di tepi pantai dan rakyat pula berumahkan atap rumbia di kaki bukit dan di seberang sungai.
Maka dalam konteks dan proses budaya politik serta fenomena sejarah serantau yang berlegar di Selat Melaka itulah kerajaan Melayu Melaka pada abad ke 15 muncul dan membangun. Proses dan babak-babak sejarah yang terdahulu terjadi hingga abad ke 14 berterusan lagi. Tetapi kali ini penerusan serta kelanjutan ini terjadi di Melaka pula. Malah semangat politik dan tradisi sosiobudaya Srivijaya itulah yang mempengaruhi penubuhan Melaka kepada sebuah empayar seperti pengalaman Palembang-Srivijaya dahulu. Tambahan pula tokoh yang mengasaskan Melaka adalah keturunan darah dan kerabat dari Palembang dan berkaitan pula dengan kekerabatan Jawa semenjak tahap-tahap kegemilangan Singosari pada abad ke 13 lagi. Gaya politik Srivijaya praperiode Melaka telah dijadikan model dan ilham cara berpolitik yang amat baik oleh raja-raja Melaka untuk menggiatkan kegiatan diplomatiknya.
Selari dengan corak pengaliran tadi, Melaka sebenarnya telah mengambil alih peranan politik Palembang-Srivijaya yang telah pudar itu. Malah tradisi pensejarahan Melaka selama seabad lebih itu adalah pengulangan semula tradisi pensejarahan Srivijaya. Cuma faktor asas yang menjadi tunggak perubahan kedua-dua kuasa thalassocracy Melayu dalam lingkungan kedinamikkan budaya serantau dan seperairan ini iaitu faktor agama Islam. Ini bermaksud karisma kepimpinan yang ada pada Parameswara dan pemerintah yang seterusnya telah dilambang dan diberikan unsur sosiopolitik tradisi yang istimewa terhadapnya sebagai tokoh pemerintah yang dianggap berdaulat terhadap rakyat. Pengalaman menyusun sistem pentadbiran untuk menubuhkan sebuah kerajaan dalam suatu institusi politik telah pun dimiliki oleh Parameswara sejak berada di Palembang lagi. Karisma Parameswara sebagai raja yang berdaulat di Palembang dan Singapura sebelum tahun 1400 Masehi, telah menjadi pendorong utama untuk menggerak dan menggagaskan eksploitasi politik yang lebih besar di Selat Melaka pada awal abad ke 15 atau sekitar penghujung abad ke 14

Kegemilangan Melaka


Kegemilangan Kesultanan Melaka
"Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka; terlalu ramai bandar Melaka ketika itu".
Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.
Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.
Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya tumbang setelah banyak kawasan jajahan telah dikuasai oleh Melaka pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.

Kejayaan Melaka
Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam dan Srivijaya. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden.
Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan perlindungan daripada kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah, dan Patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat daripada Melaka. Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka. Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam. Hal ini menunjukkan Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan wilayah.
Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.

Thursday 12 July 2012

Pengaruh Srivijaya Dalam Pembentukan Negeri Melaka

1. Mengapakah pemilihan lokasi sangat penting dalam pembentukan negara?

2. Apakah tindakan yang diambil oleh Parameswara dalam memajukan negeri Melaka?

3. Mengapakah Parameswara mengadakan hubungan dengan negeri-negeri yang berdekatan dengan
    Melaka?

Zaman Kegemilangan Melaka

Mengapakah penglibatan tokoh sangat penting dalam perkembangan negeri Melaka?