Thursday 12 July 2012

Pengaruh Srivijaya Dalam Pembentukan Negeri Melaka

1. Mengapakah pemilihan lokasi sangat penting dalam pembentukan negara?

2. Apakah tindakan yang diambil oleh Parameswara dalam memajukan negeri Melaka?

3. Mengapakah Parameswara mengadakan hubungan dengan negeri-negeri yang berdekatan dengan
    Melaka?

8 comments:

  1. 1.
    -Pedagang boleh menjalankan aktiviti perdagangan.
    -penting dari segi keselamatan penduduk dan pedagang.
    2.
    -pemerintahan yang berjaya menjaga menjaga keamanan.
    - Pilihan parameswara begitu tepat sekali kerana kedudukan melaka yang strategik.
    - Perkahwinan Parameswara dengan Puteri Pasai ternyata telah banyak membawa kebaikan kepada kedua-dua kerajaan. Melaka dan Pasai sering bertukar-tukar perwakilan untuk mempelajari aspek-aspek teologi Islam.
    -beliau telah berjaya meletakkan asas kemajuan negeri Melaka sebagai pusat perdagangan dan perkembangan agama Islam di rantau ini.

    3.
    - tanda persahabatan
    - mengeratkan lagi tali persahabatan
    - meluaskan perdagangan
    * Pasai membekalkan lada hitam, emas dan beras
    * Jawa membekalkan beras, bahan makanan dan rempah
    * Kampar dan Siak membekalkan emas

    ReplyDelete
  2. SOALAN 1

    Pemilihan lokasi sangat penting dalam pembentukan negeri Melaka kerana:

    a) Berperanan Sebagai Pusat Perniagaan Enterport

    Perkembangan ekonomi perdagangan di Melaka bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh pelabuhan Melaka sebagai pusat entrepot. Pelabuhan Melaka terletak di kawasan yang mempunyai hasil dagangan penting iaitu rempah ratus yang sangat diperlukan oleh saudagar dari timur dan barat. Ini telah menggalakkan kedatangan mereka untuk mengunjungi pelabuhan Melaka.

    b) Dapat Meluaskan Aktiviti Perdagangan

    Kedudukan Melaka yang strategik menyebabkan ia menjadi tumpuan pedagang dari kawasan Asia Tenggara dan Barat. Menurut Andaya dan Andaya dalam Sejarah Malaysia, kedudukan Melaka yang strategik iaitu terletak di tengahtengah jalan perdagangan antara India dan China. Sementara itu pelabuhannya terlindung daripada angin, kedudukan yang dalam dan jauh daripada paya bakau

    SOALAN 2

    Tindakan yang diambil oleh Parameswara dalam memajukan negeri Melaka ialah :

    a)Mengadakan Sistem Pemerintahan Teratur
    1.Melantik pembesar mengurus hal ehwal balairong seri
    2.40 orang bentara menjalankan perintah raja
    3.Biduanda kecil membawa alat kebesaran diraja

    b)Menyediakan Kemudahan Pelabuhan
    1.Bekalan air dan makanan
    2.Tenaga kerja
    3.Membaiki kapal
    4.Tempat penginapan pedagang

    c)Mengadakan Hubungan diplomatik
    1.Tujuan untuk menjaga keselamatan dan mengiktiraf kedaulatan Melaka.
    2.Menjalin hubungan diplomatik dengan China sejak tahun 1404.

    d)Bantuan Orang Laut
    1.Menjaga keselamatan perairan

    e)Ikatan Konsep Daulat
    1.Hubungan raja dan rakyat umpama akar dan pohon

    SOALAN 3

    Parameswara mengadakan hubungan dengan negeri-negeri yang berdekatan dengan Melaka adalah untuk:

    a)Memajukan ekonomi melalui kegiatan perdagangan seperti Pasai- membekalkan lada hitam, emas dan beras,Jawa-membekalkan beras, bahan makanan dan rempah, dan Kampar dan Siak-membekalkan emas

    b)Memperluaskan hubungan perdagangan seperti menjalinkan hubungan diplomatik dengan China semasa pemerintahan Maharaja Yung Lo (Dinasti Ming). Pada tahun 1405, Parameswara telah menghantar satu utusan ke China dan kerajaan Ming telah bersetuju memberi perlindungan dan mengiktiraf Parameswara sebagai raja Melaka.Hubungan perdagangan dengan China terjalin apabila pedagang-pedagang China datang berdagang ke Melaka lalu menjadikan Melaka sebagai tempat persinggahan atau menunggu pertukaran angin sebelum bertolak ke India.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. 1 - dapat menjalinkan hubungan dengan nagara-negara lain.
    - dapat memajukan lagi ekonomi.
    - dapat menjamin keselamatan dan meningkatkan lagi
    keamanan.
    - dapat memperluaskan lagi empayar sesebuah negara.

    2 - menjalin hubungan diplomatik dengan negara luar.
    - mendapatkan jaminan keselamatan daripada kuasa besar
    seperti negara china.
    - berjaya menjaga keamanan dan keselamatan para pedagang.
    - menubuhkan sistem pentadbiran di pelabuhan untuk
    melancarkan aktiviti perdagangan di pelabuhan.
    - dapat menghapuskan aktiviti perlanunan di selat melaka
    dengan menguasai orang laut.

    3 - untuk mengekalkan keamanan.
    - untuk meningkatkan aktiviti ekonomi.
    - mengukuhkan hubungan diplomatik dengan negara luar.
    - mendapat negara sekutu yang kuat untuk menjamin
    keselamatan.

    ReplyDelete
  5. SOALAN 1
    Pemilihan lokasi sangat penting kepada pembentukan negara kerana:
    -membolehkan pelbagai aktiviti seperti perdagangan berjalan dengan lancar.
    -lokasi yang strategik akan memudahkan perhubungan dengan negara-negara berdekatannya.
    -untuk memajukan ekonomi sesebuah negara dengan aktiviti perdagangan.
    -memudahkan Melaka menyediakan pelbagai kemudahan kepada pedagang yang datang berdagang di Melaka.

    SOALAN 2
    Tindakan yang diambil oleh Parameswara dlm memajukan ngri Melaka ialah:
    -mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar seperti China.
    -mendapatkan jaminan keselamatan daripada kerajaan China.
    -menyediakan pelbagai kemudahan kepada para pedagang seperti gudang dan perkhidmatan membaiki kapal.
    -menubuhkan sistem pentadbiran yang unggul.
    -pemerintah yang berjaya menjaga keamanan dan keselamatan para pedagang.
    -mengupah Orang Laut menjaga persisiran laut Selat Melaka daripada ancaman lanun-lanun.

    SOALAN 3
    Parameswara mengadakan hubungan dengan negeri2 yang berdekatan dengan Melaka kerana:
    -ingin memperluaskan empayarnya.
    -ingin mendapat perlindungan.
    -untuk meningkatkan ekonomi negeri Melaka.
    -untuk menjalinkan hubungan yang lebih kukuh untuk melawan kuasa luar.
    -menerima dan membekal barang2 dagangan daripada negeri2 yang berdekatan.

    ReplyDelete
  6. 1.) Mengapakah pemilihan lokasi sangat penting dalam pembentukan negara?
    - Bentuk muka bumi berbukit bukau menjadi panduan pelayar dan kawasan selat lebih mudah dikawal.
    - Pokok bakau dan api-api benteng pertahanan dan pelindung semulajadi.
    - Bekalan air dan makanan senang diperolehi.
    - Berupaya memperluaskan kuasa@empayar.
    - Tempat persinggahan@laluan pedagang.

    2.) Kegigihan Parameswara Membangunkan Kesultanan Melayu Melaka.
    a)Sistem Pemerintahan yang teratur
    -Menyusun sistem pentadbiran
    -Melantik
    i)Pembesar
    -Menguruskan Balirungseri
    -Menjalankan perintah raja
    -Membawa alat kebesaran raja
    ii)40 batara
    iii)Biduanda kecil
    b)Kemudahan Pelabuhan
    -Parameswara menyediakan
    i)Tempat membaiki kapal
    ii)bekalan air bersih
    iii)makanan
    iv)tenaga kerja
    v)tempat penginapan pedagang
    c)Hubungan Diplomatik
    -Parameswara mengadakan hubungan diplomatik dengan Siam untuk
    i)mengelakkan Melaka diserang oleh Siam
    ii)mengiktiraf kedaulatan Melaka
    -Melaka juga mengadakan hubungan dengan China untuk :
    i)meminta perlindungan
    ii)mengiktiraf Melaka
    iii)selamat dari ancaman Siam dan Majapahit
    d)Bantuan Orang laut
    -Demi menjamin keselamatan untuk keamanan Melaka,Parameswara meminta bantuan orang larut yang cekap dalam bidang kelautan untuk mengawasi perairan Melaka
    -Orang laut juga taat setia pada Sultan dan Kerajaan British
    e)Ikatan Konsep Daulat
    Pembangunan Melaka dibantu oleh :
    i)Orang Melayu (Rakyat Melaka)
    -memegang jawatan sepertu hulubalang dan biduandayang menguruskan pentadbiran.
    ii) Orang Asli
    -membekalkan hasil hutan untuk perdagangan
    iii) Orang Laut
    -membekalkan hasil laut dan menjaga keselamatanSelat Melaka.
    -Kemajuan Melaka banyak bergantung kepada kesetiaan,pengorbanan,menghormati pemimpin dan ketaatan yang ditunjukkan oleh rakyat Melaka ini.

    3.) Mengapakah Parameswara mengadakan hubungan dengan negeri-negeri yang berdekatan dengan
    Melaka?
    a.) Hubungan Melaka dengan Pasai
    1. Pertukaran pendapat tentang hukum agama
    2.Melaka dan Pasai dianggap kerajaan setaraf.
    3.Melaka memperoleh bekalan lada hitam, emas dan beras dari Pasai.
    b.) Hubungan Melaka dengan Jawa
    1. bentuk perdagangan
    2. membekalkan beras, bahan makanan dan rempah kepada Melaka
    c.) Hubungan Melaka dengan negeri –negeri lain keran
    1. Siak & Kampar bekalkan emas kepada Melaka
    2. Melaka menguasai Kampar & Siak – menguasai hasil perdagangan
    3. Membekalkan tenaga manusia
    4. Membekalkan makanan dan minuman

    ReplyDelete
  7. SOALAN 1

    Pemilihan lokasi sangat penting kepada pembentukan negara kerana:

    Kedudukan geografi sesebuah negara yang strategik membolehkan negara itu mengadakan hubungan diplomatik dengan negara lain dengan berkesan.Negara itu juga dapat menjalankan aktiviti perdagangan seperti aktiviti eksport,import dan entreport dengan lancar.Negara itu juga boleh menjadi tempat memasarkan barang dagangan oleh pedagang-pedagang dari luar negara.Selain itu,negara itu boleh menjadi negara yang kuatdari segi ekonomi dan politik.Bekalan air dan makanan dapat disalurkan sepanjang masa.



    SOALAN 2

    Tindakan yang diambil oleh Parameswara dalam memajukan negeri Melaka ialah:

    -Mewujudkan rangkaian hubungan yang dalam di kawasan pedalaman.
    -Bagi menjamin keselamatan negara Parameswara membina kediamanya di Hulu Sg Melaka (Sg Bertam)
    -Mengadakan hubungan diplomatik dengan Negara China
    -mendapatkan jaminan keselamatan daripada kerajaan China.
    -menyediakan pelbagai kemudahan kepada para pedagang seperti perkhidmatan pergudangan dan perkhidmatan membaiki kapal.
    -Mengambil tindakan untuk ketatkan keselamatan kepada pedang-pedagang di Selat Melaka.
    -Mendapatkan bantuan daripada orang laut untuk mengawal dan menjaga kawasan perairan Selat Melaka.



    SOALAN 3

    Parameswara mengadakan hubungan dengan negeri-negeri yang berdekatan dengan Melaka kerana:

    -Dapat menjamin keselamatan Melaka
    -Dapat menjaga kepentingan Perdagangan antarabangsa Melaka
    -Dapat barangan seperti beras,kayu jati dan bahan makanan dari Parsi,Jawa,Siak dan Kampar.
    - Melaka bertukar pandangan mengenai soal-soal yang berkaitan dengan hukum agama Islam dengan Negara Pasai.
    -Kebanyakkan negara-negara seprti Patani,Palembang,Kepulauan Riau-Lingga,Kerajaan Kedah dan Asahan di Sumatera menjadi negeri naungan Melaka meninggikan Prestij Melaka di mata antarabangsa.

    ReplyDelete
  8. soalan 1 :
    Tanpa ada lokasi tiada aktiviti perdagangan berlaku.
    -dapat menjalankan aktiviti perdagangan
    -memberi kesempatan kepada pedagang untuk menjalankan aktiviti perdagangan dengan lancar.
    -menjamin keselamatan para pedagang.
    -

    soalan 2 :
    -menjalankan sistem kerajaan yang lancar.
    -pelantikan sistem pmbesar yang baik.
    -melaksanakan protokol dan adat istiadat istana.
    -berdamai dengan siam dan membayar ufti
    [selepas itu Siam membekalkan beras kepada Melaka]
    -menubuhkan sepasukan Orang laut untuk melindungi pedagang daripad lanun di Selat Melaka.
    -Jaminan keselamatan menambahkan minat para pedagang asing untuk berdagang di Melaka.
    -Dapat menjamin keselamatan.
    -dapat menjaga kepentingan perdagangan antarabangsa Melaka.
    -Hubungan Melaka dengan China menbolehkan Melaka berkembang pada tahap awal bebas daripada ancaman Siam.
    -Juga mempengaruhi perkembangan perdagangan antara China dengan Melaka.
    menjalin hubungan diplomatik dengan Siam, Pasai, Jawa, Siak, dan Kampar

    Soalan 3 :
    -Meningkatkan hasil ekonomi.
    [cth : Pasai->lada hitam dan emas,, Jawa-> beras,bahan makanan dan rempah,, Siak dan Kampar-> emas.]
    -merapatkan lagi hubungan diplomatik dengan negara-negara yang lain.
    -mendapatkan keselamatan.
    [cth : Melaka dapatkan perlindungan yang besar dari negara China ]
    -sebagai hubungan persahabatan

    ReplyDelete