Friday 20 January 2017

CONTOH RPH SEJARAH TAHUN LIMA

Contoh Format RPH Praktikum


Mata Pelajaran dan Kelas Sejarah Tahun 5
Tema / Tajuk Kedaulatan Negara / 6. Warisan Negara Kita
Masa 8.40 – 9.40 pagi (60 minit)
Standard Kandungan 6.1   Institusi Raja.
Standard Pembelajaran 6.1.4 : Menyenaraikan negara-negara lain di Asia yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja pada masa kini.
K6.1.6 : Menyatakan kepentingan mempertahankan institusi raja.
K6.1.7 : Menyatakan penghargaan terhadap institusi raja.
Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:
1.    Menamakan sekurang-kurangnya empat daripada enam negara-negara lain di Asia yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja pada masa kini.
2.    Mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga daripada lima kepentingan mempertahankan institusi raja.
3.    Menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga daripada lima penghargaan terhadap institusi raja.
Aktiviti 1.    Murid akan ditayangkan dengan video mengenai sistem pemerintahan beraja pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
2.    Murid akan menamakan negara-negara lain di Asia yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja pada masa kini.
3.    Murid akan mengenal pasti lima kepentingan mempertahankan institusi raja dalam perbincangan kumpulan.
4.    Dalam kumpulan, murid akan menyenaraikan penghargaan terhadap institusi raja dalam bentuk peta i-Think.
5.    Guru membuat rumusan.
Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) Isu dan Masalah Masa Lalu:
–       Melihat perubahan dan kesinambungan
Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
Nilai Murni                            : Kerjasama, Keyakinan, Bertanggungjawab
KPS                                      : Isu dan Masalah Masa Lalu (Melihat perubahan dan kesinambungan)
Dimensi Kewarganegaraan  :
TMK                                      : belajar dengan TMK
KBAT                                    : Menganalisis
Bahan Bantu Belajar Komputer riba, LCD, Pakej Slaid Pengajaran dan Pembelajaran, Lembaran kerja
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran  
Refleksi *Sila rujuk lampiran catatan refleksi
PROSEDUR PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Langkah
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran
dan Pembelajaran
 KAEDAH/TEKNIK /
BBM / EMK / KPS
Set Induksi
(5 minit)
 Tayangan video : “Sultan Melaka”
·         Menunjukkan bagaimana taatnya rakyat kepada raja.
·         Menggambarkan sistem pemerintahan beraja pada masa lalu.
·         Menunjukkan bagaimana kuasa raja melebihi segalanya.
Tajuk : Institusi Raja
Isi Pelajaran:
· Negara-negara lain di Asia yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja pada masa kini.
· Kepentingan mempertahankan institusi raja.
·Penghargaan terhadap institusi raja.








1.    Guru mengarahkan semua murid senyap sebelum memulakan sesi pembelajaran untuk memastikan semua murid memberi tumpuan  dan perhatian.
2.    Guru menayangkan klip video “Sultan Melaka”.
3.    Murid-murid diminta menyatakan tentang isi kandungan video tersebut.
4.    Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran dan seterusnya memperkenalkan tajuk pelajaran.
KAEDAH/TEKNIK
Kaedah pandang dengar
BBM
Komputer riba
Projektor LCD
Pakej Slaid PdP
EMK
TMK
NM   – Bertanggungjawab
TKP  – Visual Ruang
KBAT  – Menganalisis
Langkah 1
(30 minit)
Negara-negara lain di Asia yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja pada masa kini.
1.    Malaysia (Yang di-Pertuan Agong)
2.    Arab Saudi (Raja)
3.    Thailand (Raja)
4.    Jepun (Maharaja)
5.    Kemboja (Raja)
6.    Brunei (Sultan)
 Kepentingan mempertahankan institusi raja.
1)    Simbol penyatuan rakyat.
2)    Melindungi hak rakyat.
3)    Menjamin keamanan negeri.
4)    Melantik pembesar negeri.
5)    Ketua agama Islam.
 KPS:   Isu dan Masalah Masa Lalu:
–       Melihat perubahan dan kesinambungan (institusi raja yang masih kekal hingga ke hari ini).
1.  Guru menerangkan tentang institusi raja di Asia kepada pelajar dengan bantuan pakej slaid PdP yang dipaparkan melalui Projektor LCD.
2.  Kemudian, guru menjelaskan tentang kepentingan mempertahankan institusi raja.
3.  Pelajar mendengar penerangan guru sambil mencatat isi-isi penting dalam buku catatan atau pada kertas kosong.
4.  Guru menilai tahap penguasaan pelajar terhadap standard pembelajaran 6.1.4 dan K6.1.6 melalui soalan-soalan kuiz yang dipaparkan melalui Projektor LCD seperti berikut :
  1. Namakan negara-negara lain di dunia yang mengamalkan institusi raja.
  2. Apakah kepentingan mempertahankan institusi raja?
5.  Guru memberikan lembaran kerja dalam bentuk peta i-Think untuk menguji sejauh mana tahap kefahaman murid terhadap topik yang telah diajar.
6.  Guru membuat rumusan dan seterusnya menerapkan nilai bertanggungjawab.
 KAEDAH/TEKNIK
Kaedah Penerangan
(Model Ekspositori)
 BBM
Komputer riba
Projektor LCD
Pakej Slaid PdP
Peta buih
EMK
TMK
NM  – Bertanggungjawab
TKP – Visual Ruang
KPS
Isu dan Masalah Masa Lalu:
-Melihat perubahan dan kesinambungan
Langkah 2
(20 minit)
Penghargaan terhadap institusi raja.
1)    Bersatu padu memajukan negara.
2)    Mematuhi arahan sultan atau raja.
3)    Meraikan ulang tahun Hari Keputeraan sultan atau raja dengan aktiviti yang berfaedah.
4)    Menghargai sumbangan institusi beraja.
5)    Mengekalkan kestabilan negara.
6)    Mematuhi undang-undang negara.
7)    Mengekalkan kesetiaan terhadap sultan atau raja.
1.      Murid-murid dibahagikan kepada 7 kumpulan.
2.      Ketua kumpulan mengambil gambar, berbincang dan seterusnya menyenaraikan cara menghargai institusi raja dalam peta i-Think.
3.      Pelapor diminta untuk menyatakan hasil kerja kumpulan iaitu berkaitan dengan cara menghargai institusi raja.
4.      Guru membuat rumusan dan seterusnya menerapkan nilai kerjasama dan bertanggungjawab.

 KAEDAH/TEKNIK
Kaedah perbincangan kumpulan
BBM
Komputer riba
Projektor LCD
Pakej Slaid PdP
Peta bulatan
EMK
TMK
NM  – Bertanggungjawab,
Kerjasama
TKP – Verbal-Linguistik
KBAT – Menganalisis
Penutup
(5 minit)
1.   Penutup Kognitif
      IsI kandungan Pelajaran
  • Negara-negara lain di Asia yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja pada masa kini.
  • Kepentingan mempertahankan institusi raja.
  • Penghargaan terhadap institusi raja.
2.  Penutup Sosial
  • Perasaan pencapaian
  • Peneguhan positif
  • Membuat perkaitan
  • Perasaan ingin tahu
1.  Guru merumuskan keseluruhan isi kandungan pelajaran dengan bantuan slaid pengajaran dan pembelajaran yang dipaparkan melalui Projektor LCD.
2.  Guru menimbulkan perasaan pencapaian murid dan memberikan peneguhan positif.
3.  Guru mengaitkan pelajaran hari ini dengan pelajaran yang akan datang.
BBM
Komputer riba
Projektor LCD
Pakej Slaid PdP
EMK
TMK
NM – Bertanggungjawab

No comments:

Post a Comment