Friday 20 January 2017

Kreativiti Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah

Kreativiti Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah
Ariegusrini Bte Agus
Mohamad Johdi Bin Salleh
International Islamic University Malaysia (IIUM)
1. Pengenalan
1.1 Pengenalan Kepada Matapelajaran Sejarah Sekolah Menengah
Matapelajaran Sejarah adalah merupakan salah satu matapelajaran yang diajari di
peringkat pendidikan menengah rendah dan menengah atas. Mata pelajaran ini diberi
status sebagai matapelajaran wajib di kedua-dua peringkat persekolahan dan diletakkan
dalam kelompok matapelajaran teras. Matlamat Pendidikan Sejarah adalah bagi
memupuk semangat setia kepada negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.1
Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air, pelajar-pelajar akan
dapat memahami keadaan masyarakat dan negara dalam mewujudkan semangat
perpaduan serta kekitaan terhadap masyarakat dan negara sebagai satu unit tunggal,
mewujudkan ingatan bersama terhadap sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran
kebangsaan dan memperkukuhkan perasaan cinta akan tanah air.
Objektif pengajaran dan pembelajaran Sejarah ialah untuk membolehkan pelajar:2
1) memahami perkembangan masyarakat dan negara dari segi politik, ekonomi, dan
sosial;
2) memahami dan menghargai ciri-ciri kemasyarakatan dan kebudayaan Melayu
serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian;
3) menghargai usaha-usaha dan sumbangan tokoh-tokoh yang memperjuangkan
kedaulatan dan kemerdekaan, dan tokoh-tokoh yang menghasilkan pembangunan
negara;
4) mempunyai kesedaran sejarah dalam pemahaman hakikat dan keadaan
masyarakat dan negara masa kini;
5) menganalisis, merumus, dan menilai fakta-fakta sejarah negara secara rasional;
6) mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan yang berasaskan iktibar
daripada pengalaman sejarah; dan
7) mempunyai kesedaran, kepekaan, dan semangat ingin melibatkan diri dalam
usaha-usaha mempertahankan kedaulatan, pembangunan, serta kemajuan negara.
1.2 Kreativiti dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah
Apabila guru diberi tanggungjawab untuk mengajar sesuatu matapelajaran,
tanggungjawab tersebut bukanlah hanya setakat mengajar semata-mata, malah seseorang
guru perlu merancang pengajarannya agar di akhir pengajaran para pelajar dapat serta
mampu menguasai kemahiran yang diajar.
1 Isa, Yaakub (1996). Almanak Pendidikan. Muka surat 289.
2 Ibid.
In Abdul Razaq and Isjoni (2009). Transformasi Pengajaran dan Pembalajaran Sejarah.
Penerbitan Bersama: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi; dan, FKIP,
Universitas Riau, Pekan Baru Indonesia. Hlm. 183 – 196. ISBN 978-602-8025-27-0.
2

Umumnya, matapelajaran Sejarah adalah antara pelajaran yang membosankan di
dalam bilik darjah. Walhal, Sejarah adalah salah satu matapelajaran wajib bagi semua
pelajar namun kebanyakan pelajar kurang berminat untuk mendalami subjek ini.
Mengapakah ianya terjadi sebegitu?
Kemampuan seseorang guru dalam menyampaikan pengajarannya adalah
bergantung kepada kreativiti yang dimiliki. Dengan adanya kreativiti atau kepelbagaian
dalam teknik mengajar, sudah pasti dapat menarik perhatian para pelajar. Kreativiti
adalah merupakan suatu bakat yang terpendam di dalam diri seseorang manusia. Bagi
menggalakkan pemikiran yang kreatif serta pembentukan seorang insan yang kreatif, satu
suasana yang selesa dan kondusif perlu disediakan.
Kreativiti di dalam bilik darjah boleh dan seharusnya memimpin murid-murid
supaya lebih berminat dan mengambil bahagian dalam pengalaman pengajaran dan
pembelajaran. Seorang guru yang kreatif dapat memupuk serta meningkatkan daya
kreativiti para pelajarnya. Sebaliknya, seorang guru yang tegas dan tidak fleksibel akan
membendung kecenderungan dalam pemikiran para pelajar. Maka, seseorang pendidik
yang kreatif akan bertindak sebagai pemberi motivasi dalam pembelajaran bagi pelajarpelajar.
Guru-guru yang kreatif adalah merupakan seorang pendidik yang boleh
menstrukturkan pengalaman-pengalaman pelajaran yang membolehkan perkembangan
kreativiti di kalangan para pelajarnya. Mereka (guru kreatif) boleh menunjukkan
kefleksibelan dalam cara pemilihan pendekatan-pendekatan, strategi pengajaran atau
pedagogi dalam menjalankan peranan mereka.3
3 Yong dan Biraimah (1996). Guru Yang Kreatif. Muka surat 48.
In Abdul Razaq and Isjoni (2009). Transformasi Pengajaran dan Pembalajaran Sejarah.
Penerbitan Bersama: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi; dan, FKIP,
Universitas Riau, Pekan Baru Indonesia. Hlm. 183 – 196. ISBN 978-602-8025-27-0.
3

1.3 Ciri-ciri Seorang Guru yang Kreatif4
4 Yong dan Biraimah (1996). Guru Yang Kreatif. Muka surat 49.
In Abdul Razaq and Isjoni (2009). Transformasi Pengajaran dan Pembalajaran Sejarah.
Penerbitan Bersama: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi; dan, FKIP,
Universitas Riau, Pekan Baru Indonesia. Hlm. 183 – 196. ISBN 978-602-8025-27-0.
4
2. Merancang Pengajaran Kreatif untuk Pembelajaran Aktif
2.1 Pengenalan
Tidak puas dengan status quo. Dengan
itu, mereka sentiasa mencari cara-cara
yang lebih baik untuk menyampaikan
pelajaran agar pengajaran mereka lebih
bermakna.
Kepuasan daripada membantu
pelajar-pelajar mereka mendorong
serta membimbing guru-guru yang
kreatif untuk mencari cara-cara
yang menarik untuk membimbing
pelajar-pelajar.
Mempunyai komitmen yang
tinggi dan komitmen ini
akan menjana kebolehan
kreatif dalam diri mereka.
CIRI-CIRI
SEORANG GURU
YANG KREATIF
In Abdul Razaq and Isjoni (2009). Transformasi Pengajaran dan Pembalajaran Sejarah.
Penerbitan Bersama: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi; dan, FKIP,
Universitas Riau, Pekan Baru Indonesia. Hlm. 183 – 196. ISBN 978-602-8025-27-0.
5
Sungguhpun tiada satu definisi yang mutlak akan istilah kreativiti, namun secara
umumnya, kreativiti dianggap sebagai suatu keadaan atau fenomena yang meliputi
pelbagai aspek seperti proses kreatif, hasil kreatif, insan yang kreatif, serta situasi yang
kreatif.
Menurut Yong dan Biraimah (1996), seorang guru yang kreatif adalah bersifat
terbuka, menerima pelajar-pelajarnya dengan sikap terbuka, dan mempunyai darjah
toleransi yang tinggi untuk individu-individu yang berbeza. Guru-guru yang kreatif juga
akan menghargai sifat keaslian dalam pelajar-pelajarnya dan akan menggalakkan
sumbangan-sumbangan unik dan jawapan-jawapan yang mengkagumkan daripada
pelajar-pelajarnya, iaitu jawapan-jawapan yang tidak terdapat dalam buku teks.
Di samping itu, Yong dan Biraimah (1996) juga menyatakan bahawa seorang
guru yang kreatif mempunyai harga diri yang tinggi mengenai kerjanya. Oleh itu, adalah
penting untuk seseorang guru melihat nilai terpenting dalam sumbangan mereka sebagai
seorang guru dan mereka perlu selalu mempertahankan “harga diri yang tinggi” mereka
sebagai guru.
Pembelajaran aktif di kalangan para pelajar merujuk kepada pembelajaran yang
menggalakkan secara aktif lebih daripada hanya menerima sesuatu daripada gurunya atau
daripada buku teks, atau menghafaz sesuatu dari buku teks dan kemudian
mengeluarkannya semula dalam bentuk lisan atau bertulis (Isa, 1996). Maka dengan itu,
pembelajaran aktif adalah suatu situasi di mana memerlukan para pelajar agar melakukan
pelbagai aktiviti, melibatkan diri dalam projek atau eksperimen.
Sebagai contoh, dalam melakukan ulngkaji matapelajaran Sejarah, pembelajaran
aktif memerlukan pelajar membuat sesuatu seperti menyediakan nota sendiri, bukan
dengan hanya membaca buku teks semata-mata. Corak pendidikan moden masa kini,
sebagaimana dalam program KBSM amat memerlukan pembelajaran yang dijalankan
secara aktif.
Maka, dapat disimpulkan di sini bahawa, pengajaran guru yang kreatif akan
menghasilkan corak pembelajaran yang aktif di kalangan pelajar. Dengan adanya
pembelajaran aktif, para pelajar mampu menghasilkan idea-idea yang unik yang juga
melibatkan pemikiran kreatif dan kritis.
2.2 Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah Secar Kreatif
Setiap pendidik berhasrat untuk menyampaikan pengajaran yang berkesan dan bagi
mencapai tujuan itu, beberapa langkah perlu dilakukan oleh para guru sebelum
memulakan pengajaran. Misalnya, guru perlu mengetahui secara mendalam tentang isi
kandungan pelajaran yang hendak diajar serta menentukan strategi, kaedah, teknik dan
cara Pendekatan yang terbaik.
Menurut Ashaari (1999), sebagai peringkat pertama sebelum proses pengajaran,
guru perlu mempunyai kebolehan untuk mentafsirkan sukatan bagi matapelajaran yang
hendak diajar. Pentafsiran sukatan pelajaran ini adalah bagi memudahkan para guru
dalam merancang pengajaran dan penggunaan kaedah yang lebih berkesan.
Sebagai contoh, dalam pengajaran Sejarah, Kementerian Pendidikan telah
menggariskan beberapa objektif penting. Antaranya ialah untuk melahirkan warganegara
yang akan mencurahkan taat setia di samping menanamkan semangat kasihkan tanah air.
Maka, dengan adanya objektif yang tersedia, guru boleh merangka beberapa matlamat
In Abdul Razaq and Isjoni (2009). Transformasi Pengajaran dan Pembalajaran Sejarah.
Penerbitan Bersama: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi; dan, FKIP,
Universitas Riau, Pekan Baru Indonesia. Hlm. 183 – 196. ISBN 978-602-8025-27-0.
6
lain untuk menyampaikan pengajarannya dengan menggunakan kaedah dan pendekatan
yang sesuai.
Untuk menjadi seorang guru yang kreatif, penguasaan dalam membuat persediaan
mengajar haruslah ada. Seseorang guru itu perlu mempunyai segala kemahiran khususnya
dalam memahami isi pelajaran dan segala konsep yang hendak disampaikan kepada para
pelajar. Selain itu, guru juga perlu mengenal latar belakang pelajar-pelajarnya agar dapat
menyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian dengan kemampuan dan kebolehan
pelajar-pelajar.
Di samping itu, guru juga perlu mengetahui tahap pemikiran dan pengalaman
pelajar. Guru akan dapat menggunakan pengetahuan yang sedia ada untuk membantu
pelajar memahami sesuatu topik. Sebagai contoh, menjalankan sesi soal jawab yang
ringkas atau set induksi. Dengan adanya teknik ini, ianya sudah pasti akan merangsang
para pelajar untuk memberikan respon dan seterusnya memberikan sepenuh perhatian
mereka terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.
Peruntukan masa yang sesuai juga perlu ditentukan pada peringkat ini agar masa
pengajaran dapat diselaraskan dan dilakukan dengan sempurna dan penglibatan para
pelajar dalam sesuatu aktiviti dapat dimaksimumkan. Dengan kata lain, guru perlu bijak
dalam mengawal keadaan bilik darjah mereka. Bilik darjah yang tidak terkawal adalah
punca hilangnya minat pelajar untuk belajar.
Seterusnya, dalam bahagian perkembangan, langkah pengajaran disusun secara
berperingkat-peringkat berdasarkan prinsip pengajaran. Dalam bahagian ini, guru
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan strategi dan kaedah yang
sesuai. Bagi memenuhi keperluan itu, persediaan yang perlu dilakukan ialah dengan
menyediakan kaedah, aktiviti serta bahan bantuan mengajar.
Dalam komponen penutup pengajaran pula, beberapa teknik perlu dirancang bagi
memilih cara penutupan pengajaran yang sesuai. Sebagai contoh, mengadakan aktiviti
susulan, membuat penilaian matlamat pengajaran, membuat rumusan, serta membuat
kesimpulan. Ini akan membantu para pelajar untuk memahami akan tujuan topik yang
telah mereka pelajari.
Selain daripada perancangan pengajaran yang disebutkan di atas, para guru juga
perlu mengenalpasti objektif pengajaran. Pada hakikatnya, objektif pengajaran
merupakan hasrat dan tujuan yang hendak disampaikan dalam bentuk pernyataan yang
menerangkan perubahan yang perlu dilakukan terhadap diri pelajar hasil daripada
pengajaran seseorang guru.
Menurut Mak Soon Sang (1993), objektif pengajaran dan pembelajaran boleh
dianggap sebagai hasil perlakuan pelajar setelah mereka didedahkan kepada suatu proses
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, untuk menjadi seorang guru yang kreatif perlulah
mempunyai persediaan yang rapi agar matlamat yang dirancang dapat berjalan dengan
lancar serta membuahkan hasil yang membanggakan.
2.3 Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Kreatif
2.3.1 Set Induksi
Kemahiran menyediakan pelajar dan menarik perhatian awal merupakan permulaan
sesuatu proses pengajaran. Kemahiran ini juga bertujuan untuk membina aliran fizikal
In Abdul Razaq and Isjoni (2009). Transformasi Pengajaran dan Pembalajaran Sejarah.
Penerbitan Bersama: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi; dan, FKIP,
Universitas Riau, Pekan Baru Indonesia. Hlm. 183 – 196. ISBN 978-602-8025-27-0.
7
dan mencetuskan minat pelajar supaya mereka menumpukan segala perhatian terhadap
aktiviti pengajaran yang hendak disampaikan oleh guru. Kemahiran memulakan
pengajaran juga disebut sebagai kemahiran set induksi dan ini merujuk kepada kaedah
guru memulakan pengajaran mereka.
2.3.2 Bahan Bantuan Mengajar
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perhatian awal pelajar adalah berkaitan
dengan apa yang dipandang dan didengarnya. Walaupun begitu, memberikan perhatian
adalah suatu perkara yang sukar hendak dipastikan kerana sungguhpun pelajar
menghadapkan mukanya kepada guru tetapi mungkin fikirannya melayang ke tempat
lain.
Kaedah untuk mendapatkan penggerakkan perhatian adalah dengan cara
menunjukkan objek yang dapat menarik perhatian semua pelajar di dalam kelas. Antara
beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menarik perhatian awal adalah dengan
penggunaan bahan bantuan mengajar yang canggih dan sesuai dengan tajuk yang
dibincangkan.
Penggunaan bahan bantuan mengajar juga telah tersebar luas sejajar dengan arus
kemajuan yang berlaku dalam dunia pendidikan hari ini. Peralatan yang dihasilkan
berasaskan teknologi moden dapat digunakan secara praktik dalam pengajaran dan
pembelajaran guru. Dengan itu, guru harus mengetahui cara mengendalikan projektor
slaid, projektor filem, serta alat bantu mengajar yang lain.
Kepentingan penggunaan bahan bantu mengajar ialah, ianya dapat mencetuskan
minat para pelajar akan subjek yang diajar. Ianya juga dapat mendorong pelajar-pelajar
agar bergiat cergas dan cerdas dalam proses pembelajaran. Bahan bantuan mengajar yang
digunakan oleh guru dapat menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan dan kekal dalam minda pelajar.
Untuk mengajar Sejarah, apa yang diperlukan ialah ingatan dan imaginasi guru
dan para pelajar. Maka, apabila guru menggunakan bahan bantuan mengajar, daya
ingatan pelajar menjadi lebih baik berbanding dengan pengajar yang tidak menggunakan
sebarang bahan bantuan mengajar.
Selain daripada itu, dengan adanya bahan bantu mengajar, konsep pengajaran
dapat dijelaskan dan diperkembangkan dengan lebih terperinci. Pengajaran guru juga
akan menjadi lebih bersifat kreatif dan tidak membosankan pelajar. Walaubagaimanapun,
guru perlu membuat perancangan yang teliti terlebih dahulu akan pemilihan bahan bantu
mengajar yang bersesuaian dengan topik yang ingin disampaikan.
2.3.3 Teknik Penyoalan
Kaedah lain yang lazim dilakukan ialah teknik penyoalan. Di sini, guru akan
mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan tajuk yang akan dibincangkan
dalam pengajaran. Selain membangkitkan rasa ingin tahu di kalangan para pelajar, ia juga
dapat membuatkan pelajar berlumba-lumba mencari jawapan kepada soalan tersebut.
Dengan penggunaan teknik ini, guru juga pasti membangkitkan rasa kehairanan
disebabkan soalan-soalan yang diajukan mampu menarik perhatian pelajar-pelajar.
Namun begitu, bagi memastikan penggunaan teknik berjalan dengan jayanya, guru
In Abdul Razaq and Isjoni (2009). Transformasi Pengajaran dan Pembalajaran Sejarah.
Penerbitan Bersama: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi; dan, FKIP,
Universitas Riau, Pekan Baru Indonesia. Hlm. 183 – 196. ISBN 978-602-8025-27-0.
8
perlulah melengkapkan diri dengan pengetahuan serta kemahiran yang bervariasi akan
tajuk yang dibincangkan.
2.3.4 Mewujudkan Motivasi
Menurut Ee Ah Meng (1990), komponen utama dalam kemahiran menarik perhatian awal
pelajar ialah dengan mewujudkan motivasi. Guru perlu tahu bahawa dirinya sendiri
merupakan sumber rangsangan yang kompleks yang mempunyai berbagai-bagai sifat dan
tingkah laku. Cara guru bercakap, tersenyum, dan memberikan tindak balas yang
berlainan terhadap tingkah laku pelajar sebenarnya juga merupakan suatu rangsangan.
Untuk memberi motivasi kepada para pelajar, guru boleh mewujudkan unsurunsur
ketegangan dan membangkitkan perasaan. Mereka mungkin menggunakan katakata
perangsang untuk mewujudkan minat terhadap pengajaran guru. Selain daripada itu,
guru juga boleh menunjukkan sesuatu aktiviti yang berguna ataupun menggunakan soalan
yang mencabar.
2.3.5 Membuat Perkaitan
Selain itu, kaedah lain yang bolah diketengahkan ialah dengan mengulangkaji tajuk yang
berkaitan. Guru juga boleh membimbing pelajar dengan cara mengingat kembali
pelajaran yang telah lepas dan sebagainya. Dalam melaksanakan aktiviti pengajaran pada
peringkat awal, guru hendaklah mengaitkannya dengan pengetahuan, kemahiran yang
sedia ada pada diri pelajar dengan isi pelajaran baru yang hendak disampaikan.
Tegasnya, pengajaran guru bermula dengan apa yang diketahui, dialami, dan
difahami oleh pelajar ketika di dalam kelasnya. Bertolak dari situ, guru akan terus
mengajar tentang perkara yang kurang diketahui oleh pelajar. Pengetahuan daripada apa
yang diketahui kepada perkara yang belum diketahui oleh pelajar perlu jelas. Dengan itu,
pelajar akan dapat mengikuti bahan pengajaran guru dengan mudah dan berkesan.
Sebagai contoh, dalam matapelajaran Sejarah di bawah topik “Masalah-masalah
Masyarakat Majmuk di Tanah Melayu Sebelum Merdeka”, guru boleh menggunakan
teknik penceritaan khususnya mengenai kedatangan orang bukan Melayu semasa
pemerintahan British. Selain itu, guru juga boleh meminta para pelajar memberitahu atau
menerangkan tentang bahasa pengantar di Sekolah-sekolah Cina dan Tamil yang mereka
tahu.
Dengan menggunakan teknik ini, ianya dapat membantu pelajar-pelajar untuk
memahami topik yang diajar dengan lebih mudah dan berkesan. Ini adalah kerana, secara
umumnya, pelajar gemar menyatakan sesuatu yang mereka tahu di sekeliling mereka.
Berasaskan pengetahuan itu, guru akan mengajar perkara yang di luar pengalaman pelajar
mereka. Langkah ini seterusnya akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
lebih bermakna.
2.3.6 Menarik Perhatian
Bagi menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu tahu tentang
bagaimana caranya untuk mendapatkan perhatian para pelajarnya. Khususnya kepada
guru-guru yang mengajar Sejarah, mereka sering berhadapan dengan pelajar yang
menunjukkan respon kurang berminat untuk belajar subjek ini.
In Abdul Razaq and Isjoni (2009). Transformasi Pengajaran dan Pembalajaran Sejarah.
Penerbitan Bersama: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi; dan, FKIP,
Universitas Riau, Pekan Baru Indonesia. Hlm. 183 – 196. ISBN 978-602-8025-27-0.
9
Ada guru yang berdiam sejenak di hadapan kelas sebelum memulakan
pengajarnnya sekiranya pelajar membuat bising. Ada juga guru yang menggunakan nada
suara yang agak perlahan daripada biasa. Maka, untuk mendengar dengan lebih jelas,
pelajar terpaksa berdiam. Ini merupakan antara kaedah yang boleh digunakan untuk
menarik perhatian pelajar.
Namun begitu, guru juga perlu sedar bahawa rentak suara yang sama atau
mendatar mampu mendatangkan kebosanan dalam diri pelajar. Oleh itu, guru boleh
mengubah rentak suaranya ketika menegaskan sesuatu perkara atau menerangkan faktafakta
yang penting.
Dalam mengajar Sejarah khususnya, guru boleh memulakan pengajarannya
dengan menunjukkan aktiviti yang luar biasa. Contohnya, dengan tiba-tiba guru
membawa kamera masuk ke kelas dan mengambil gambar para pelajarnya. Secara tidak
langsung, pelajar-pelajar akan menumpukan perhatian mereka terhadap pengajaran guru.
2.4 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Kreatif
2.4.1 Kerja Berkumpulan
Satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang biasa dilakukan ialah kerja berkumpulan.
Melalui pendekatan ini, guru boleh membahagikan pelajar-pelajarnya kepada beberapa
kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada gabungan pelajar yang berprestasi tinggi,
sederhana, dan rendah. Tujuannya adalah bagi menggalakkan proses pembelajaran yang
sihat di antara pelajar-pelajar.
Di samping itu, gabungan pelajar yang mempunyai berbeza tahap pembelajaran
juga dapat menggalakkan pelajar-pelajar saling membantu dan berinteraksi. Hal ini
kerana, jika guru meletakkan pelajar yang lemah tahap akademiknya di kumpulan yang
sama tahap dengannya, ini akan menyebabkan pelajar tersebut akan cenderung ke arah
sikap tidak ingin tahu dan sentiasa merasa bosan akan subjek yang diajar.
2.4.2 Pengajaran Individu
Pendekatan seterusnya ialah pengajaran individu. Menurut Ashaari (1999), konsep
pengajaran perseorangan adalah luas dan boleh disifatkan sebagai satu pendekatan
falsafah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran ini adalah lebih
berbentuk sistem tutor atau mentor-mentee iaitu seorang guru membimbing seorang
pelajar.
Pendekatan ini dilakukan kerana aras pemikiran pelajar tidak berkembang
sepenuhnya. Dengan itu, guru perlulah mencari alternatif yang kreatif untuk membantu
pelajarnya. Sebagai contoh, guru memberikan penerangan daripada perkara yang khusus
kepada berbentuk am. Ini akan membantu pelajar untuk memahami topik yang diajar
dengan lebih berkesan.
2.4.3 Drama
Drama adalah merupakan salah satu teknik yang boleh digunakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Melalui drama, para pelajar dapat berkongsi cerita
dan pengalaman bersama rakan-rakan dan guru. Penekanan utama melalui drama ialah
pendengaran dan pemahaman. Drama mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang
kondusif tanpa rasa bosan.
In Abdul Razaq and Isjoni (2009). Transformasi Pengajaran dan Pembalajaran Sejarah.
Penerbitan Bersama: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi; dan, FKIP,
Universitas Riau, Pekan Baru Indonesia. Hlm. 183 – 196. ISBN 978-602-8025-27-0.
10
2.4.4 Belajar di luar kelas
Kelas merupakan ruangan yang disediakan oleh pihak sekolah untuk belajar. Namun
begitu, pembelajaran di dalam bilik darjah secara berterusan sebenarnya boleh
menyebabkan pelajar berasa bosan dan tertekan. Ini adalah kerana, mereka hanya duduk
di tempat yang sama setiap waktu persekolahan. Oleh itu, guru seharusnya sekali-sekala
membawa pelajar-pelajar mereka untuk belajar di luar kelas.
Sebagai contoh, membawa pelajar melawat tempat-tempat yang menyimpan seni
sejarah seperti muzium. Tujuannya ialah untuk membuat lawatan sambil belajar. Di sini,
setiap pelajar akan cuba mengaitkan di antara pengalaman sebenar dengan ayat-ayat yang
terdapat dalam buku teks.
2.4.5 Melaksanakan sistem pengukuhan
Sistem pengukuhan bertujuan untuk memperkuatkan atau mempertingkatkan kekerapan
perlakuan atau respon yang diingini yang mana biasanya disusuli dengan ganjaran (Dr.
Ahmad Marzuki, 2009). Guru boleh memberitahu pelajar bahawa mereka telah
melakukan sesuatu yang baik dengan harapan mereka akan melakukannya lagi atau lebih
kerap. Sistem ini juga digunakan untuk pelajar yang memerlukan insentif tambahan bagi
mencapai hasil yang diingini.
Sistem pengukuhan boleh dilaksanakan untuk memotivasi para pelajar supaya
meminati pembelajaran mereka. Ini adalah kerana, guru akan memberikan gred yang baik
serta pujian kepada pelajar yang menunjukkan prestasi yang baik. Selain daripada itu,
guru juga boleh menggunakan sistem pengukuhan untuk mengeluarkan pelajar dari sikap
yang tidak disukai. Misalnya, mendenda pelajar yang tidur semasa guru mengajar.
1. Berani menghadapi risiko.
 Guru-guru perlu bersedia untuk mengambil risiko dan menghadapi
kritikan daripada orang lain serta rakan sekerja ataupun penyelia mereka
disebabkan oleh kerja atau kreativiti yang ingin mereka lakukan.
2. Berkeyakinan serta mempunyai komitmen yang tinggi.
 Guru-guru perlu sedar akan perhubungan terus atau korelasi di antara
komitmen kepada kerja dan kebolehan kreatif untuk memikirkan idea-idea
baru bagi menjalankan tugas-tugas tersebut. Guru-guru juga perlu
mengetahui bahawa terdapat prinsip-prinsip asas yang menyatakan
bahawa anda tidak boleh menjadi kreatif atau inovatif jika anda tidak
berkeyakinan serta tiada komitmen.
Bagaimanakah Guru Boleh Menjadi Kreatif?
In Abdul Razaq and Isjoni (2009). Transformasi Pengajaran dan Pembalajaran Sejarah.
Penerbitan Bersama: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi; dan, FKIP,
Universitas Riau, Pekan Baru Indonesia. Hlm. 183 – 196. ISBN 978-602-8025-27-0.
11
3. Tidak mudah berputus asa.
 Profesion perguruan adalah amat mencabar dan terdapat pelbagai halangan
yang perlu ditempuhi. Oleh itu, guru-guru perlu berusaha bersungguhsungguhdan
tidak mudah berputus asa sungguhpun keadaan sekeliling
tidak menggalakkan usaha kreatif mereka. Hal ini kerana, kejayaan pelajar
adalah intipati utama.
3. Kesimpulan
Sejarah merupakan matapelajaran yang mempunyai idea dan konsep yang khusus.
Pemahaman dan penghayatan tentang idea dan konsep tersebut amat penting untuk
menjadikan pengatehuan Sejarah relevan dan berguna dalam kehidupan seharian. Hal ini
kerana, Sejarah adalah pendukung utama dalam pemupukan semangat patriotik
dikalangan generasi muda.
MOTIVASI BELAJAR UNTUK PELAJAR…
1. Wujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
2. Maksimumkan kebarangkalian pelajar berusaha untuk belajar.
3. Berusaha membantu pelajar yang kurang berkeyakinan dengan
merancang aktiviti mencabar yang berkaitan dengan kemampuan
mereka.
4. Menggunakan ganjaran luar (extrinsic) dan dalaman (intrinsic).
 Luaran: hadiah, gred yang tinggi atau sijil.
 Dalaman: sikap, minat, keperluan, rasa ingin tahu dan kepuasan.
5. Galakkan pelajar untuk menghargai pembelajaran.
6. Galakkan pelajar untuk membantu sesame mereka.
7. Memberitahu pelajar akan kualiti dan ketepatan/ tahap kerja mereka.
8. Membantu pelajar menyelia dan memperbaiki pembelajaran mereka.
In Abdul Razaq and Isjoni (2009). Transformasi Pengajaran dan Pembalajaran Sejarah.
Penerbitan Bersama: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi; dan, FKIP,
Universitas Riau, Pekan Baru Indonesia. Hlm. 183 – 196. ISBN 978-602-8025-27-0.
12
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penekanan perlu dibuat terhadap
aspek nilai dan iktibar melalui pengalaman sejarah untuk memupuk semangat setia
negara, kebanggaan, dan keperibadian sebagai rakyat Malaysia. Di samping itu,
penekanan juga haruslah diberi dalam perkembangan kemahiran seperti mengumpul,
mengelaskan, mentafsir, menganalisis, mensintesis, dan mengaplikasi maklumat.
Penguasaan kemahiran belajar tersebut akan meningkatkan kefahaman, pemikiran, dan
minat terhadap matapelajaran Sejarah.
Dengan itu, untuk mengembangkan potensi serta meningkatkan keupayaan dan
kebolehan pelajar-pelajar secara menyeluruh dan seimbang, para pelajar perlu dilibatkan
secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan setiap pelajar secara
aktif pastinya dapat meningkatkan kefahaman, kemahiran, dan pemupukan nilai dengan
lebih berkesan.
RUJUKAN
Abd. Rashid, A. R. (2002). Model dan Pendekatan Pengajaran Sejarah KBSM (Cetakan
Kedua). Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor Darul Ehsan.
Abd. Razak, A. R. (1999). Pendidikan Sejarah: Falsafah, Teori, dan Amalan. Utusan
Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Ashaari, Omardin (1999). Pengajaran Kreatif untuk Pembelajaran Aktif. Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Daia, Musa (1992). Kaedah dan Teknik Penagajaran (Cetakan Pertama). Perpustakaan
Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Isa, Yaakub (1996). Almanak Pendidikan. Berita Publishing Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
Mager, R. F. (1923). Teknik Mendorong Pelajar Belajar: Tanpa Membunuh Semangat
Mereka. Siri Pembangunan Profesion Perguruan, Selangor Darul Ehsan.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Huraian Sukatan Pelajaran KBSM Sejarah
Tingkatan 5. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sang, M. S. (2004). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepas Ijazah):
Sekolah Menengah Semester 1 & 2 (Edisi Ketiga). Siri Pendidikan Perguruan, Subang
Jaya.
Sulaiman, Esah (2004). Pengenalan Pedagogi (Edisi Pertama). Universiti Teknologi
Malaysia, Johor Darul Ta’zim.
Yong, L. M. S dan Biraimah, K. L (1996). Guru yang Kreatif (Cetakan Pertama).
Arenabuku Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment